Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kita biasa dengar atau baca sumbangan DBP kepada masyarakat, tetatpi jarang sekali kita dengar tentang sumbangan masyarakat kepada DBP. Adakah apa-apa artikel atau pendapat tenteng sumbangan masyarakat kepada DBP? Dimana boleh saya dapatkan maklumat tentang perkara ini? | Saudara bolehlah ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP bagi mendapatkan maklumat berkenaan. | Lain-lain | 28.07.2010 |
Saya biasa dengar peribahasa menahan lukah di pergentingan, baru-baru ini saya terbaca pulak ada menahan lukah di penggentingan. Adakah pergentingan dan penggentingan itu perkataan yang sama maksud walaupun sedikit berlainan ejaan dan boleh juga diterima dari segi bahasa? | Ejaan yang betul ialah pergentingan yang bermaksud tempat yang genting. Penggentingan bermaksud perihal atau perbuatan menggentingkan. | Ejaan | 04.03.2008 |
Saya sudah biasa menggunakan ungkapan mutiara kata. Tajuk buku Mutiara Kata Sasterawan Negara terbitan DBP menunjukkan penggunaan ungkapan itu sudah mantap. Saya mendapati mutiara kata ialah istilah Malaysia dan Brunei bagi apothegm. Namun, saya menjadi serba salah apabila ada rakan ahli bahasa di Malaysia cuba mempopularkan ungkapan kata mutiara, iaitu istilah yang diterima di Indonesia. Apakah nasihat pihak KNDBP kepada saya? | Berdasarkan aturan Hukum D - M dan beranalogikan ungkapan "kata hikmat", maka ungkapan "kata mutiara" adalah yang paling tepat. Walau bagaimanpun ungkapan "mutiara kata" juga boleh digunakan dan penggunaan ini telah mantap dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 01.05.2012 |
perbezaan bahasa biasa yang digunakan seharian dengan bahasa sastera? | Bahasa biasa ialah bahasa pengucapan yang digunakan sehari-hari, manakala bahasa sastera atau laras sastera banyak digunakan dalam karya kreatif. Saudara digalakkan mengunjungi perpustakaan atau mana-mana pusat sumber untuk mendapatkan lanjut. Terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |
1. ADAKAH DBP MASIH MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENERBITAN CARA BIASA(BUKAN MELALUI PORTAL),YANG MELIPUTI ASPEK-ASPEK EDITING(KUALITI KANDUNGAN, BAHASA,FORMAT), PERCETAKAN & PEMASARAN DAN BAGAIMANA MEMPEROLEHI PERKHIDMATAN TERSEBUT?. 2. DARI SEGI PULANGAN KEPADA PENULIS, APAKAH PERBEZAAN DIANTARA KAEDAH BIASA DAN KAEDAH BARU(MELALUI E-KARYAWAN)? 3. APAKAH IMPLIKASINYA APABILA PENULIS MENDAFTAR DALAM E-KARYAWAN? | 1. DBP masih menyediakan perkhidmatan penerbitan cara biasa. 2. DBP memberi pulangan mengikut kaedah seperti biasa. 3. Tiada implikasi buruk terhadap penulis, tetapi ini merupakan kaedah alternatif untuk mempercepatkan proses penerbitan sesebuah buku. | Lain-lain | 15.08.2007 |
Berapakah saiz font yang biasa digunakan dalam penerbitan buku untuk kanak-kanak / buku kerja sekolah rendah? | Saiz fon yang biasa digunakan ialah 16 poin (tanpa serif) bagi buku aktiviti sekolah rendah. | Lain-lain | 27.07.2010 |
Berapakah jumlah royalti yang biasa diterima dari penerbitan buku oleh DBP? | Salam, Untuk makluman saudara royalti yang biasa dibayar kepada penulis buku yang diterbitkan oleh DBP adalah berbeza-beza mengikut peringkat/kategori buku. Royalti yang dibayar adalah antara 10-20% bagi setiap buku. Walau bagaimanapun peratusan royalti juga bergantung kepada jumlah penulis yang terlibat dalam penghasilan sesuatu buku tersebut. | Lain-lain | 28.04.2009 |
APAKAH ISTILAH INDAH YANG BIASA DIGUNAKAN DALAM SESUATU FORUM?--MUNGKIN ADA ISTILAH MENARIK LAIN BAGI 'TUAN PENGERUSI MAJLIS', 'AHLI PANEL', 'PENDAPAT', 'KESIMPULAN'...? | Cadangan perkataan yang sama makna dengan kesimpulan ialah akhirulkalam yang juga biasa digunakan sebagai penutup surat dan huraian. Perkataan yang boleh menggantikan ahli panel yang dicadangkan ialah barisan pembentang, barisan penghujah. Penggunaan gelaran hendaklah bertepatan dengan majlis atau konsep yang dianjurkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 10.02.2009 |
Apa maksud dan contoh frasa kata kerja biasa dan kata kerja lembur?..terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat "kerja lembur" ialah kerja yang dibuat di luar waktu pejabat (kerja malam), kerja lebih masa. Manakala kerja biasa atau kerja tetap ialah kerja yang dilakukan berterusan dan lazim dilakukan. | Tatabahasa | 14.01.2013 |
assalamualaikum. mahu bertanya, adakah frasa "marhaen" itu boleh diterjemahkan sebagai rakyat biasa dan kebanyakan? | Untuk makluman, marhean merupakan perkataan bahasa Melayu yang bermaksud rakyat jelata seperti petani, nelayan, dan lain-lain. Perkataan rakyat biasa dan kebanyakan boleh digunakan. | Istilah | 08.02.2013 |