Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita. | 1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul? 2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan. 3. Ya. 4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari. 5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai; Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah. 6. Kedua-dua ibu bapa. 7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-... sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008. 8. Kedua-duanya betul. 9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. | Lain-lain | 20.12.2008 |
Jika saya ingin memulakan TAJUK BERITA dalam karangan saya, misalnya saya menulis karangan tentang kemalangan jalan raya, bagaimanakah saya tulis tajuk berita itu? Saya tidak pasti sama ada perkataan itu mesti guna huruf besar atau huruf kecil. Yang manakah paling sesuai? (cuma contoh) (a) "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh" (b) "Kemalangan jalan raya kian bertambah di Ipoh" ATAU (c) "KEMALANGAN JALAN RAYA KIAN BERTAMBAH DI IPOH" | Lazimnya untuk tajuk karangan ditulis dengan huruf kecil (tidak dengan huruf besar pada keseluruhan perkataan) kecuali huruf besar pada perkataan pertama seperti, "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh". | Tatabahasa | 05.04.2011 |