Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan antara kosong dan sifa ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kosong bermaksud 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; manakala sifar pula ialah (angka) kosong. | Istilah | 21.10.2009 |
Assalamualaikum / Selamat sejahtera, Saya sedang menterjemah satu rencana di internet. Untuk pendekkan cerita, saya tidak dapat jumpa istilah sepadan bagi perkataan "fullerene" dan "buckyball"/"buckministerfullerene" di PRPM. "Fullerene" ialah satu jenis alotrop karbon yang berbentuk sfera berongga, tiub atau elipsoid, dan "buckyball" ialah sejenis "fullerene" sfera dengan 60 atom karbon. Soalan saya, apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan tersebut? Tekaan saya bagi terjemahan perkataan "fullerene" ialah "fulerina" kerana perkataan "benzene" diterjemahkan sebagai "benzena", atau "fulerin" kerana perkataan "fluorine" diterjemahkan sebagai "fluorin". Tetapi kedua-dua istilah itu tidak ditemui juga di PRPM. Bantuan pihak anda amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. | Untuk makluman, kedua-dua istilah "fullerene' dan "buckyball/buckministerfullerene" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, berdasarkan tatacara pembentukan istilah, padanan bahasa Melayu untuk "fullerene" ialah fulerena. Istilah "bucky ball/buckministerfullerene" akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 24.06.2013 |
Assalamualaikum / salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang perkataan bola bebola. Adakah wujud perkataan ini atau ia wujud dalam 2 perkataan yang berasingan iaitu bola dan bebola? Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bola bermaksud benda bulat atau bujur, padat atau berongga, digunakan dalam permainan atau sukan. Bebola bermaksud sesuatu (objek dsb) yang berbentuk bulat seperti bola. Oleh itu, penggunaan bola atau bebola bergantung pada konteks dan konsep istilah tersebut. | Istilah | 02.12.2011 |
Kata Banyak Makna: PADAT I. Muyassarah meletakkan Kamus Dewan di dalam beg saya kerana begnya terlalu padat. II. Amirah mempunyai jadual belajar yang padat setiap hari. Soalan: Pilihan jawapan yang mana boleh diterima sebagai betul? Terima kasih. | Muyassarah meletakkan Kamus Dewan di dalam beg saya kerana begnya terlalu padat. Amirah mempunyai jadual belajar yang padat setiap hari. Kedua-dua ayat ini adalah betul kerana padat bermaksud tidak berongga sedikit pun kerana diisi penuh-penuh. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
|
|