Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan DBP, ayat manakah betul? 1. Berhati-hati dengan kereta semasa berada di jalan raya. 2. Berhati-hati akan/kepada kereta semasa berada di jalan raya. 3. Berhati-hati terhadap kereta semasa berada di jalan raya. Walaupun ayat yang lazim digunakan masyarakat ialah ayat (1), iaitu dengan penggunaan kata sendi nama "dengan", tetapi saya maklum bahawa kata sendi nama "dengan" bermaksud "bersama-sama", jadi, ayat (1) akan bermaksud: Berhati-hati bersama-sama kereta semasa berada di jalan raya. Maksudnya, seseorang disuruh berhati-hati bersama-sama kereta semasa seseorang dan kereta berada di jalan raya. Salah! Kereta bukan manusia, jadi tidak dapat membuat sesuatu aktiviti bersama dengan kita, jadi ayat (1) salah. Ayat (2) dan ayat (3) saya rasakan dapat diterima sebagai ayat betul. Apakah pandangan tuan? | Pandangan tuan betul, ayat kedua dan ketiga lebih gramatis dan tepat dari aspek makna. Walau bagaimanapun ayat pertama telah mantap dan banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Untuk tujuan pepriksaan, sila rujuk guru di sekolah tuan. | Tatabahasa | 31.01.2015 |
Aiman melintas jalan dengan berhati-hati. Aiman melintas dengan berhati-hati. Yang manakah satu betul? | Ayat yang gramatis ialah Aiman melintas jalan dengan berhati-hati. | Tatabahasa | 27.07.2012 |
Para pemandu perlu memandu dengan berhati-hati ketika hujan kerana jalan raya menjadi licin. Saya ingin tanya,dalam ayat di atas, adakah kata 'berhati-hati' berfungsi sebagai kata adjektif ? Terima kasih. | Perkataan "berhati-hati" ialah kata adjektif. | Tatabahasa | 24.05.2016 |
Adakah 'nilai berhati-hati' betul dalam bahasa Melayu? | Berhati-hati ialah sikap atau cara kita menangani sesuatu perkara. Nilai ialah sifat ketinggian dalam masyarakat seperti nilai murni. | Tatabahasa | 06.03.2015 |
Adakah kedua-dua dialog ini sama maksud dan betul?? "Abang, ayah berpesan supaya abang menunggang basikal dengan berhati-hati" " Abang, ayah berpesan supaya berhati-hati semasa menunggang basikal." | Kedua-dua ayat tersebut sama maksudnya. Walau bagaimanapun ayat yang betul ialah “Abang, ayah berpesan supaya berhati-hati semasa menunggang basikal.” | Tatabahasa | 24.07.2024 |
1. Ali melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2. Ali melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya. Ayat 1 atau 2 betul? | Ayat 1. | Tatabahasa | 20.04.2013 |
hemat bermaksud berhati-hati atau berjimat. jadi apa maksud 'pada hemat saya', adakah frasa ini boleh digunakan dalam membina ayat dan karangan pelajar. | Selain daripada berhati-hati dan berjimat, hemat juga bermaksud pemerhatian dan pengamatan. Oleh itu, frasa "pada hemat saya" betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 01.04.2012 |
Ayat manakah yang betul : 1. Kita haruslah berhati-hati apabila (memuat naik/ memuatnaikkan) gambar (ke / ke dalam) laman media sosial. | Ayat yang betul ialah Kita haruslah berhati-hati apabila memuat naik gambar ke laman media sosial. | Tatabahasa | 03.11.2021 |
Ayat yang manakah lebih sesuai? 1. Rumput-rumput panjang itu ditebas dengan berhati-hati oleh Encik Rosli. 2. Rumput-rumput panjang itu ditebas oleh Encik Rosli dengan berhati-hati. | Ayat 2. | Tatabahasa | 11.03.2013 |
Sila nasihat manakah ayat-ayat berikut adalah yang betul dan sebabnya. 1. Ani melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2.Ani melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat tersebut merupakan ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| hati (kata nama) | Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;, | | Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati, |
|
Peribahasa |
---|
| 253 More haste, worse speed Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati). Terlalu cepat jadi lambat She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste. Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|