Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 minggu | Pengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan yg lain, sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih. | Lain-lain | 11.09.2008 |
Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataan baharu padanannya 'new' Bagaimana pula terbaru @ terbaharu . Umum mula menggunakan TERBAHARU kerana beranggapan perkataan BARU sudah ditukar ejaannya menjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INI menjadi BAHARU-BAHARU INI.. Bukankah perkataan yang berkaitan dengan masa menggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialah ejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohon penjelasan. | Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan new kepada baru dan baharu. Oleh itu, dalam kamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbaru dan terbaharu bagi menandai latest dalam bahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudara akan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan, memperbaharu dan kebaharuan. | Tatabahasa | 26.09.2012 |
tolong jelaskan penggunaaan perkataan baru, baharu dan bahru. | Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baru. Baru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba. | Makna | 04.02.2008 |
Perbezaan perkataa baru dengan bharu, tolong jelaskan. | Perkataan baru atau baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu. Perkataan Baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru sampai, baru-baru ini. Perkataan bharu digunakan seperti dalam nama bandar Kota Bharu. | Tatabahasa | 03.01.2009 |
adakah penggunaan perkataan 'kesulitan'dalam ayat ini betul? ' Baru-baru ini, ayah saya kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari.' | Perkataan 'kesulitan' dalam ayat tersebut boleh digunakan tetapi perlu dibuat pembetulan dengan menambah perkataan mengalami menjadi Baru-baru ini, ayah saya mengalami kesulitan untuk bernafas setelah mengalami selesema beberapa hari. | Tatabahasa | 01.03.2012 |
saya ingin bertanya, mana yang betul? baju baru atau baju baharu? Satu lagi soalan saya,mana yang betul? baru-baru ini atau baharu-baharu ini. Berikan sebab. Sekian, terima kasih. | Baju baru dan baju baharu kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa makna yang sama, iaitu belum (tidak) ada sebelumnya. Manakala 'baru-baru ini' adalah betul yang maksudnya belum berapa lama lagi. | Makna | 25.11.2007 |
1. kebelakangan ini, kes peras ugut semakin menjadi-jadi. adakah belakangan ini merupakan diksi yang lebih betul yang membawa maksud baru-baru ini/ akhir-akhir ini. | Perkataan 'belakangan' yang digunakan dalam ayat ini betul.Kata ini juga membawa maksud baru-baru ini atau akhir-akhir ini. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Benarkah perkataan 'baharu' adalah perkataan bagi menggantikan 'baru'. Adakah ia membawa maksud yang sama? | Perkataan baharu atau baru membawa maksud yang sama. Penggunaan perkataan baharu/baru seperti dalam konteks tahun baharu/baru. Perkataan baru digunakan dalam konteks baru-baru ini. | Tatabahasa | 05.08.2008 |
MANA YANG BETUL AMANAT TAHUN BARU ATAU AMANAT TAHUN BAHARU | Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif. Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu. | Tatabahasa | 03.01.2013 |
baru-baru ini saya ada terbaca artikel tentang peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi". Penulis tersebut menyatakan peribahasa tersebut kurang tepat tetapi yang sebetulnya ialah "harapkan pegar, pegar makan padi". Mohon penjelasan | Sehingga kini belum ada dapatan sahih tentang peribahasa tersebut. Walaupun pendapat yang mengatakan peribahasa "harapkan pegar, pegar makan padi" adalah betul tetapi tidak ada satu dapatan yang mengesahkannnya. Perlu kita ingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Mungkin juga ada benarnya pendapat yang mengatakan kesilapan ejaan berlaku sewaktu pemindahan teks daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi tetapi tidak ada dapatan yang dapat mengesahkannya. | Lain-lain | 07.02.2012 |