Kata |
Takrif |
Sumber |
nahu sarwajagat | pengkajian bahasa secara umum (tidak terhad kpd sesuatu bahasa sahaja); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
autokrasi | 1. pemerintahan oleh orang atau individu yg mempunyai kuasa penuh (tidak terhad); 2. negara yg diperintah oleh individu yg mempunyai kuasa penuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ingatan maya(virtual memory) | Teknik pengurusan ingatan yang memindahkan maklumat pada satu halaman, di antara ingatan utama dengan ingatan sekunder, untuk memberi kemampuan ingatan seolah-olah saiz ingatan utama itu tidak terhad. | Kamus Komputer |
terbuka | 1. tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan, dsb); 3. terkembang, terbentang (layar, payung, dsb); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan dsb), tersedia: peluang pekerjaan ~ luas kpd anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia dsb), terdedah, terbongkar: rahsianya telah ~; 6. tidak terhad (tersekat) kpd orang tertentu sahaja; rapat ~ rapat yg boleh dihadiri oleh setiap orang; rumah ~ rumah yg dapat dikunjungi oleh semua orang (biasanya pd hari-hari perayaan tertentu spt Hari Raya Aidil Fitri dsb); surat ~ surat kpd orang tertentu tetapi dihantar utk disiarkan dlm akhbar (sbg menyatakan bantahan dsb); ~ kpd dibenarkan (boleh) disertai oleh (orang yg dinyatakan dsb); 7. secara terang-terangan, tidak secara rahsia, tidak tersembunyi; perang ~ perang secara terang-terangan (bukan perang gerila dsb); 8. terus terang (sikap, kelakuan); 9. senang dan lega (fikiran, hati, dsb), lapang: fikiran yg ~; 10. luas: pandangan yg ~; laut ~ laut yg luas; 11. mudah menerima (pengaruh luar dsb), terdedah: masyarakat di pinggir bandar lebih ~ kpd pengaruh kemajuan di bandar; 12. timbul keinginan utk melakukan sesuatu (spt makan dsb): ~ nafsu (selera); ~ di hati terasa (timbul, terlintas) dlm hati (sanubari); ~ rezeki, mudah mendapat rezeki, murah rezeki; dgn tangan ~ a) dgn murah hati; b) dgn senang hati, dgn rasa gembira; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memunasabahkan | menjadikan munasabah: operasi perang yg terhad tidak ~ penggunaan senjata nuklear; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nahu | cabang ilmu linguistik yg berkaitan dgn sintaksis, morfologi, dsb, tatabahasa; ~ bentuk nahu yg mengkaji bentuk kata dan kata-kata terbitannya, morfologi; ~ huraian nahu yg mengkaji bahasa dlm penggunaan yg sebenarnya (pd lapisan masyarakat yg berlainan, membandingkan yg formal dgn yg tidak, yg baku dgn yg tidak, yg bertulis dgn yg digunakan dlm percakapan dll) dlm rangka ilmu bahasa; ~ sarwajagat pengkajian bahasa secara umum (tidak terhad kpd sesuatu bahasa sahaja); ilmu ~ ilmu jalan bahasa (penyusunan kata dan ayat); nahuan bkn atau berkaitan dgn nahu: rangkai kata nahu yg hanya menerbitkan makna ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbatas | terhad, tersekat, tidak luas: pengorbanan yg saya maksudkan bukan hanya ~ kpd harta benda sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertutup | 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. | Kamus Pelajar |
tutup | 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. | Kamus Pelajar |
tertutup | 1 sudah ditutup; terkunci: Tingkapnya ~ saja kerana hari hujan. 2 ki tidak bebas; terhad: Pintu rezeki mereka belum ~ lagi. 3 ki bukan utk umum: sidang ~ sidang mesyuarat utk anggota-anggota saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
transnational crime | jenayah transnasional | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Jenayah yang bersifat antarabangsa dan tidak terhad kepada mana-mana negara, dan mangsa boleh berada di mana-mana negara. Contohnya, penipuan kad kredit yang melibatkan sindiket antarabangsa. |
wanderlust | gemar merantau | Pelancongan | Tiada | Keinginan individu untuk mengembara tanpa menetapkan destinasi yang dituju dan tidak terhad pada masa tertentu. |
free goods | barang percuma | Ekonomi | Tiada | Barang yang ada permintaan, pemasaran yang tidak terhad, serta tidak melibatkan proses pengeluaran. Tiada bayaran yang dikenakan untuk menggunakan barang percuma. Misalnya, udara dan air sungai. |
artificial general intelligence (AGI) | kecerdasan umum buatan (AGI) | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknologi yang memiliki kecerdasan fungsi yang tidak terhad dan mempunyai kemampuan kognitif (pengetahuan) setaraf dengan manusia seperti pemprosesan bahasa dan imej. |
lower low water datum | datum air surut rendah | Sains Marin | Tiada | Penghampiran kepada purata air surut rendah yang digunakan sebagai datum pasang surut untuk kawasan yang terhad dan kekal untuk jangka masa yang tidak terhad. Istilah ini juga digunakan dalam bidang kejuruteraan awam dalam sungai dan pelabuhan. |
economics | ekonomi | Ekonomi | Tiada | 1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan. |
breeder stock | stok pembiak baka | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Sekumpulan ternakan haiwan jantan dan betina yang digunakan untuk suatu program pembiakbakaan. Stok pembiak baka mestilah mempunyai ciri yang terbaik untuk sesuatu baka agar generasi baka seterusnya dapat dikekalkan. Pemilihan stok pembiak baka tidak terhad pada ciri seperti kesusukan badan dan tahap prestasi haiwan dalam penghasilan susu, telur dan bulu. Sebaliknya ciri yang perlu diberikan perhatian adalah dari segi kesihatan, ketahanan fizikal dan kualiti produk yang dihasilkan. |
permanet total disability benefit | faedah hilang upaya menyeluruh kekal | insurans | Tiada | Faedah ganti rugi dengan bayaran berkala, biasanya mingguaan, akibat hilang upaya yang tidak membolehkan insured melakukan sebarang pekerjaan. Pampasan sebegini dihadkan oleh tempoh atau amaun, tetapi jika tidak terhad pembayarannya akan berterusan sepanjang hayat. |
sign | tanda | Kesusasteraan | Tiada | Unit komunikasi yang paling asas. Unit ini berbentuk linguistik (huruf atau perkataan) atau bukan linguistik (baju, gambar, atau apa-apa yang boleh dianggap mempunyai makna). Sesuatu tanda pada hakikatnya tidak mempunyai sebarang makna, melainkan pengguna mengiktirafnya sebagai suatu tanda. Maksud sesuatu tanda perlu dipelajari oleh pengguna dan nilai tanda boleh berubah-ubah. Penanda dan petanda saling berkait. Penanda merujuk kepada kosa kata, manakala petanda merujuk kepada entiti atau idea yang dihubungkannya. Contohnya, perkataan kucing ialah tanda yang mengandungi penanda yang membentuk kata kucing, dan petanda ialah imej mental seekor binatang dalam minda pembaca. Penanda tidak terhad kepada kosa kata sahaja, tetapi juga merangkumi sebarang sistem yang memberi makna termasuklah lukisan, sistem lampu trafik, dan bahasa isyarat. Kritikan semiotik dalam sastera banyak memanfaatkan konsep tanda ini. Tanda dalam bahasa Latin bermaksuk nota atau simbol. |
hedge fund | dana perlindungan | Ekonomi | Tiada | Dana yang dikumpulkan untuk pelaburan oleh rakan kongsi terhad. Dana ini pula akan diuruskan oleh rakan kongsi umum yang boleh berkongsi keuntungan yang didapati daripada pelaburan rakan kongsi terhad itu. Tidak seperti pelaburan syarikat, dana perlindungan boleh memperoleh leveraj dengan meminjam wang dari bank dan boleh melalui pembelian sekuriti untuk jangka masa pendek. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
botutong Kd Km | sifat pendiam. | Setahuku, Ita perempuan yang botutong. Tidak banyak bercakap, dan amat terhad pergaulannya. Mukanya yang bulat dan lembut itu segera terpeta dalam di mataku. | Trauma | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang mengandungi sel yang merembeskan asid hidroklorik dan enzim pencernaan seperti selulase, pepsin dan renin. Bahagian ini juga dikenali sebagai perut sebenar. (BIO) aboospore (aboospora) Oospora yang berkembang secara partenogenesis, iaitu tidak melalui perse- abiogenesis aboospore Kamus Sains.indb 2 7/8/08 11:44:02 AM 3 nyawaan atau pembiakan seks. (BIO) abortifacient (abortifasien/agen penggugur) Agen, ubat atau lain-lain
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Lumpur 2011 SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau indd 9 6/6/11 4:01:22 PM xx Lope Zainal Abidin selaku penyelenggara projek. Kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan kamus ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan kamus ini bermanfaat dalam usaha pembakuan bahasa dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan kita. Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
|
Kamus Thai 2.indb Negara Thai. 3 mengacukan: ชายในเครื่ องแบบนั้ น จ ้ องปืนของเขามาที่ เรา Lelaki berpakaian seragam itu mengacukan senapangnya ke arah kami. จองหอง [c:h:] ว sombong: ฉันไม ่ ชอบเขาเพราะเขาจองหองมาก Saya tidak suka padanya kerana dia sangat sombong. จอแจ [c:cε:] ว hingar-bingar, hi ngar-bangar, hiruk-pikuk, bising, ri- uh-rendah: บรรยากาศที่ ตลาดนั้ นจอแจมาก Keadaan di pasar itu hingar-bingar ] ว 1 (สี) muda: สีของผนังนี้ ยัง จางอยู ่ ต ้ องทาสีอีกชั้ นหนึ่ ง Warna cat pada dinding ini masih muda, sapulah sela pis lagi. 2 (กลิ ่ น) kurang, tidak kuat จ ้ าง [ca:] ก mengupah: บริษัทท ่ องเที่ ยว จ ้ างนักศึกษาเก็บข ้ อมูลการวิจัย Syarikat pe lancongan mengupah pelajar memu ngut data kajian. จาน [ca:n] น
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
pergerakan Brown | Brownian movement | Pergerakan secara rawak yang berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Gerakan Brown tidak terhad kepada pergerakan zarah gas sahaja tetapi juga berlaku pada cecair. | Menengah Rendah |
sumber tenaga tak boleh dibaharui | non-renewable energy sources | Sumber tenaga yang tidak boleh dijana semula atau diperbaharui kerana bekalan yang terhad atau penjanaan semula tenaga tersebut adalah mustahil. | Menengah Rendah |
|
|