Kata |
Takrif |
Sumber |
am | 1. berkaitan dgn semua orang (tidak terbatas atau terkhusus kpd orang atau golongan tertentu), umum (lwn khas): hari kelepasan ~; kebajikan ~; orang ~ orang kebanyakan, orang banyak, orang biasa; 2. tidak terbatas atau terkhusus kpd sesuatu bidang (lapangan dsb) tertentu: pengetahuan ~; perkara-perkara ~; mengamkan menyediakan dsb utk orang banyak, mengumumkan (tidak mengkhususkan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leluasa | 1. tidak terbatas atau tersekat-sekat (kelakuan, perbuatan, dsb), bebas: bilakah kita akan bertemu pula dgn ~? 2. lapang (kawasan dll), terbuka, luas; berleluasa berbuat sesuatu dgn bebas atau sesuka hati: pd suatu masa pencuri dan penyamun ~ dlm negeri Melaka; keleluasaan perihal leluasa (pergerakan, kelakuan, dsb), kebebasan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
autokrasi | pemerintahan yg tidak terbatas kekuasaannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
autokrasi | pemerintahan yg tidak terbatas kekuasaannya. | Kamus Pelajar |
autokrat | pemerintah yg mempunyai kuasa yg tidak terbatas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
autokrat | pemerintah yg mempunyai kuasa yg tidak terbatas. | Kamus Pelajar |
kepentingan umum | kepentingan orang banyak, kepentingan semua orang (tidak terbatas kpd orang atau golongan tertentu); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diktator | orang yg memerintah dgn kuasa mutlak atau tidak terbatas. kediktatoran sifat (sikap) sbg diktator: ~ seseorang itu berubah-ubah dr zaman ke zaman apabila bilangan penduduk bertambah. | Kamus Pelajar |
hak mutlak | hak yg penuh ke atas sesuatu (hak yg tidak terbatas, bersyarat, atau berkecuali); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pasigrafi | (Lin) sistem tulisan yg menggunakan lambang yg diterima secara meluas dan tidak terbatas kpd sesuatu bahasa tertentu, mis sistem angka Arab, 1, 2, 3. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
freedom of speech | kebebasan bersuara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang tidak menghalang sebarang penyuaraan idea, cadangan atau pemikiran. Kebebasan ini tidak terbatas walaupun bersifat kritikan kepada pemerintah. Perlembagaan negara memberi jaminan kebebasan bersuara melainkan jika mengancam keselamatan negara. Jaminan perlembagaan ini terbukti melalui amalan harian yang membolehkan setiap individu melahirkan pandangan mereka. Kebebasan bersuara merangkumi kebebasan menerbit, menyiar, mempamer dan membuat sebarang kenyataan rasmi sama ada melalui pengucapan sendiri, menulis di akhbar, menyuarakan di radio, televisyen dan sebagainya. Penyuaraan ini juga tidak perlu melalui badan penapis atau lembaga pemeriksa. Kebebasan bersuara ini merupakan satu unsur asas dalam pemerintahan demokrasi. |
imperialism | imperialisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial atau budaya. Dengan penguasaan ini, penjajah akan mengeksploitasi segala sumber dan tenaga yang terdapat dalam negara tersebut untuk kepentingan negara mereka. Penguasaan ini tidak terbatas kepada aspek dan keuntungan ekonomi semata-mata tetapi juga terhadap aspek budaya, minda dan pemikiran rakyat di negara yang dijajah. Dengan pelbagai dasar yang dilancarkan seperti pelaksanaan sistem pendidikan, budaya, penyerapan nilai moral dan nilai estetika yang berorientasikan penjajah telah mempengaruhi pemikiran masyarakat yang dijajah itu. |
heterogenous society | masyarakat heterogen | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat kompleks yang terdiri daripada berbilang etnik dengan pelbagai amalan agama, bahasa, budaya dan warna kulit. Dalam masyarakat heterogen, tidak wujud satu unsur identiti yang jelas bagi satu-satu kelompok masyarakat. Perbezaan ini tidak terbatas kepada unsur etnik dan budaya semata-mata tetapi juga dari sudut jenis pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan, gender dan kelas. Masyarakat ini lebih kompleks daripada masyarakat majmuk yang melihat perbezaan kaum itu selari dengan perbezaan bahasa, agama dan budaya. Dalam masyarakat heterogen ini, perbezaan juga boleh terdapat dalam satu kaum. Contohnya, masyarakat metropolitan kota yang besar seperti Kuala Lumpur, London dan New York merupakan masyarakat heterogen. |
supranationalism | supranasionalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat nasionalisme yang melangkaui sehingga luar kawasan negara asal. Semangat nasionalisme biasanya bersifat kecintaan rakyat terhadap negaranya sahaja, namun dalam konteks supranasionalisme, semangat itu mencapai hingga ke peringkat luar wilayah sama ada wilayah bekas penjajahnya atau wilayah yang berdekatan dengan negaranya. Contohnya, nasionalisme rakyat India tidak terbatas kepada pembinaan identiti dan cinta kepada negaranya tetapi menjangkau kepada benua kecil India seperti Nepal, Pakistan, Bangladesh dan sebagainya. |
pure burning cost | kos hangus tulen | insurans | Tiada | Kos tuntutan di bawah insurans kumpulan atau reinsurans yang digunakan untuk mendapatkan nisbah tertentu. Di U.K. untuk insurans kebakaran, nisbah tersebut mungkin kos tuntutan dibahagi dengan premium atau jumlah diinsuranskan. Dalam reinsurans pula nisbah tersebut adalah kerugian reinsurans tertanggung dibahagi dengan premium syarikat mengesid. Penggunaan istilah ini tidak terbatas pada insurans kebakaran sahaja. |
ultramontanism | ultramontanisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mengutamakan kuasa gereja dalam pemerintahan negara. Fahaman ini berkembang pada zaman kegemilangan Rom semasa agama atau gereja memainkan peranan penting dalam urusan pemerintahan. Fahaman ini juga berkembang sebagai reaksi kepada perkembangan rasionalisme dan humanisme yang cuba menggugat peranan gereja. Pendukung fahaman ini telah melaksanakan berbagaibagai gerakan bagi memelihara kedudukan tinggi agama dan pope. Kini perbincangan mengenai ultramontanisme tidak terbatas kepada agama Kristian semata-mata. |
shir ?l-rith? | shir ?l-rith? | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang mengandungi unsur ratapan, penderitaan dan rintihan terhadap orang yang meninggal dunia. Penulisan puisi ini menjadi kebiasaan masyarakat Arab zaman Jahiliah. Walau bagaimanapun, pada masa itu penulisan hanya ditujukan kepada mereka yang mati secara biasa, bukannya mati dalam peperangan. Mereka yang mati dalam peperangan tidak akan diratapi dengan shir ?l-rith? kerana mereka berperang untuk mati. Pada Zaman Umaiyyah, sebelum kematian Khalifah Muawiah, shir ?l-rith? hanya berbentuk ratapan. Namun selepas kematian Khalifah ini, shir ?l-rith? mengalami perubahan ketara. Penulisan shir ?l-rith? tidak terbatas kepada orang yang meninggal dunia sahaja. Malah kepada perkara lain seperti kemusnahan kota, kematian haiwan kesayangan, atau sebarang kejadian yang membangkitkan perasaan sediah dan kecewa si penyair. Tradisi ini diteruskan dalam kesusasteraan pada Zaman Abbasiah. Penyair shir ?l-rith? yang terkemuka pada zaman ini ialah Abu Tammam. Dalam sastera Parsi, Farrukhi Sistani mencipta sajak shir ?l-rith? sempena kemangkatan Sultan Mahmud Ghaznavi. Lihat juga shir ?l-?khr, shir ?l-m?d?. |
syair | syair | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi karangan bersajak yang terdiri daripada empat baris satu rangkap, dan empat perkataan sebaris dengan jumlah suku kata 7-12 sebaris. Syair memperlihatkan pola rima ?, ?, ?, ? untuk setiap rangkap dan setiap barisnya membawa makna kepada setiap rangkap. Syair mempunyai kaitan dengan puisi Arab shir atau saj, tetapi bentuknya tidak menampakkan persamaan dengan bentuk puisi tersebut atau bentuk puisi Arab yang awal. Syair secara formalnya diperkenalkan oleh Hamzah Fansuri pada kurun ke-17 melalui karyanya Rubai Hamzah Fansuri. Semenjak itu, syair menjadi genre puisi yang amat popular dalam kalangan pengarang Melayu tradisional. Syair diperkenalkan selepas kedatangan Islam, oleh itu syair merupakan puisi yang disampaikan dalam bentuk bertulis. Syair mempunyai persamaan dengan pantun iaitu terdiri daripada empat baris satu rangkap, tetapi berbeza dari segi skema rimanya. Skema syair ialah ?, ?, ?, ? manakala skema pantun ialah ?,b, ?,b. Syair mempunyai rangkap yang bukan merupakan unit-unit makna yang bebas. Makna syair dimunculkan melalui perkembangannya dalam rangkap yang berurutan. Tema syair biasanya berplot, contohnya, contohnya, syair naratif yang berbentuk roman seperti Syair Agong. Syair boleh pendek dan terdiri daripada beberapa rangkap, iaitu syair nasihat atau syair agama. Syair boleh menjadi panjang sehingga beratus-ratus bait terutamanya syair naratif. Syair juga boleh dilagukan untuk diperdengarkan, justeru baris-baris syair dikawal oleh lagu, sehinggakan terdapat perkataan yang tidak membawa makna tetapi dimasukkan untuk memenuhi keperluan lagu tersebut. Syair mencakupi tema yang tidak terbatas, daripada yang bersifat fiksyen kepada sejarah, daripada syair roman kepada nasihat, agama dan falsafah, dari yang berfungsi sebagai hiburan kepada yang serius, didaktik, dan berunsur dakwah. Contoh syair yang popular ialah Syair Siti Zubaidah dan Selendang Delima. Contoh satu rangkap syair adalah seperti yang berikut: Wahai anakanda hendaklah ingat, Hidup di dunia amatlah singkat, Banyakkan amal serta ibadat, Supaya selamat dunia akhirat. Syair berasal daripada bahasa Arab shir yang bermaksud puisi. Lihat juga pengisi matris, shi`r. |
opposition party | parti pembangkang | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik bukan kerajaan yang bergerak untuk bersaing dengan parti pemerintah, menyemak perjalanan pentadbiran kerajaan dan berusaha mendapatkan kuasa pemerintahan. Konsep parti pembangkang tidak sahaja terbatas kepada parti yang memiliki kerusi di dewan perwakilan tetapi juga parti pembangkang yang tidak memiliki sebarang kerusi perwakilan. Parti pembangkang juga boleh bergerak secara sendirian atau gabungan. Contohnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Rakyat Malaysia. |
limited monarchy | monarki terhad | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang masih meletakkan golongan diraja, menduduki jawatan ketua negara sebagai simbol dan tujuan rasmi tanpa memiliki kuasa eksekutif. Monarki terbatas ini disebut juga sebagai monarki berperlembagaan apabila kegiatan raja itu perlu berlandaskan perlembagaan. Kuasa raja bersifat tidak mutlak dan tugasnya lebih tertumpu kepada upacara rasmi seperti merasmikan persidangan parlimen, pembukaan masjid dan sekolah serta melakukan lawatan rasmi ke negara lain sebagai ketua negara. Antara negara yang mengamalkan monarki terhad ini ialah Malaysia, Thailand, Jepun, Sweden, Belanda dan Denmark. Sinonim monarki terbatas. |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Lumpur 2011 SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau indd 9 6/6/11 4:01:22 PM xx Lope Zainal Abidin selaku penyelenggara projek. Kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan kamus ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan kamus ini bermanfaat dalam usaha pembakuan bahasa dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan kita. Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
|
Kamus Thai 2.indb mana pun boleh. กก 1 [kok] น menderung: ชาวบ ้ านปลูกต ้ น กกเพื่ อป ้ องก ั นตลิ่ งพ ั ง Penduduk kampung menanam pokok menderung supaya tebing sungai tidak runtuh. กก 2 [kok] ก mengeram: นกกระทากำล ั งกกไข ่ Burung puyuh sedang mengeram. ก ๊ ก [kok] น kumpulan, kelompok: ก ่ อน สม ั ยกรุงธนบุรี กองท ั พไทยแตกเป็นก ยานพาหนะต ้ องเคารพกฎจราจร Pemandu kenderaan harus mematuhi peraturan lalu lintas. กฎธรรมชาติ [-tammaca:t] น hukum alamiah: เกิดและตายไปเป็นกฎธรรมชาติที่ ทุก คนไม ่ สามารถหลีกเลี่ ยงได ้ Hidup dan mati menjadi hukum alamiah yang tidak dapat dielakkan oleh semua orang. กฎบัตร [-bat] น piagam: ประเทศ สมาชิกต ้ องเคารพกฎบ ั ตรสหประชาชาติ Ne- gara ahli mesti mematuhi piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. กฎมนเทียรบาล [-montianba:n] น undang
|
|
|