Kata |
Takrif |
Sumber |
impersonal | tidak dipengaruhi atau melibatkan perasaan peribadi, tidak merujuk orang tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kacau I | 1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk: susunan kad itu ~; 2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak tenteram: fikirannya ~; 3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram: pemimpin-pemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura; ~ daun mengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dsb, orang lain; 4. = berkacau; berkacau 1. bercampur baur, bergaul betul: tunggu sampai cat itu sudah ~ benar; 2. bercampur aduk (dgn hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur: suasana pd masa itu ~ dgn soal perkauman; fikirannya ~; mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; mengacaukan 1. menjadikan bercampur (bergaul) betul; 2. menjadikan berkacau dgn hal-hal lain; 3. mengacau, menimbulkan keadaan yg kacau: satu pembaikan yg agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dr segi keselarasan vokal yg dahulunya hal ini amat ~; memperkacaukan menjadikan berkacau; kacauan (sesuatu) yg bercampur aduk: bahasa Melayu pasar ialah bahasa ~; kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosakkan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja; pengacauan perihal mengacau; pengacau 1. (orang) yg mengacau, perusuh; 2. alat utk mengacau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
individu | orang perseorangan; orang seorang diri: Setiap ~ berhak menyuarakan pendapatnya selagi tidak menyinggung peribadi orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
individu | orang perseorangan; orang seorang diri: Setiap ~ berhak menyuarakan pendapatnya selagi tidak menyinggung peribadi orang lain. | Kamus Pelajar |
urus | ; ~ janji hal yg berkaitan dgn urusan per-niagaan; salah ~ tidak dikelolakan (diselang-garakan) dgn baik atau teratur; tidak ~ tidak terpelihara (teratur); berurus 1. berhubungan utk menyelesaikan sesuatu perkara dll: Pak Utih belum pernah sekali pun datang ~ ke pejabat Pak Busu yg baru itu; 2. dijaga (terpelihara) dgn baik, tersusun rapi: tidak ~ kamar ini; rambutnya tidak ~; mengurus 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; terurus sudah diurus, terjaga (terpelihara) dgn baik: mereka melihat rambut yg tidak ~; kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik; teruruskan dapat diuruskan: kalau tidak ~, saya akan membincangkan hal itu melalui PIBG; urusan 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya men-jalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri sese-orang; ~ rumah tangga segala sesuatu yg mengenai rumah tangga; ~ umum urusan mengenai berbagai-bagai hal; berurusan 1. mengadakan hubungan (dgn), berhubungan (dgn): negara itu tidak akan ~ lagi dgn badan-badan khusus Bangsa-Bangsa Bersatu spt UNICEF, FAO, dan UNESCO; ini orang Afrika Selatan yg pertama kali ~ dgn aku; 2. turut campur (dlm sesuatu hal), ikut serta (mencampuri): aku tidak mahu ~ dgn hal keluarga engkau; 3. mempunyai urusan (dgn), ada kaitannya (dgn), ada sangkut-paut (dgn), bersangkut-paut (dgn): mereka telah terbukti ~ dgn penye-ludupan candu itu; 4. mempunyai sesuatu perkara dll yg harus diselesaikan (dgn sesuatu pihak dll): dia segan ~ dgn polis mengenai perkara itu; 5. mengelolakan (memberi perhatian kpd) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dll): mereka ~ dgn hal masing-masing; keurus, keurusan Jk; tidak ~ tidak ter-pelihara (dijaga, diurus) dgn baik; pengurusan perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yg dipilih oleh penduduk mukim atau kampung; kepengurusan (hal-hal) yg berkaitan dgn cara mengurus sesuatu, selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus: kerajaan Jepun telah berjaya mewujudkan sistem ~nya sendiri seiring dgn kemajuan teknologi; pengurus 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah di-lantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengen-dalikan) sesebuah syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berhad | berbatas, berhingga: kekuasaan Tuhan tidak ~; syarikat ~ syarikat yg tanggungannya terbatas kpd modal dan hartanya sahaja (tidak meliputi harta peribadi pemiliknya atau pemegang sahamnya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peribadi | 1. manusia sbg diri sendiri (diri perseorangan): perkara ini adalah soal diriku sendiri, soal ~; pendapat ~ pendapat sendiri seseorang (sbg orang perseorangan); pengawal (penolong, setiausaha) ~ pengawal (penolong, setiausaha) utk diri sendiri; 2. sifat-sifat (kelakuan, sikap, dll) seseorang yg sudah sebati dgn dirinya sendiri utk merupakan wataknya (yg terasing drpd yg umum): puasa adalah satu drpd beberapa latihan utk membentuk kesopanan dan ~ yg tinggi; berperibadi mempunyai peribadi (sifat-sifat dll diri sendiri): seorang pengarang harus merupakan seorang manusia yg ~ sendiri, dgn pendapatnya dan pendiriannya sendiri; keperibadian perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam; berkeperibadian mempunyai keperibadian: usaha membina bangsa Malaysia yg kreatif, dinamis dan ~ sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batang tubuh | a. tubuh badan (tidak termasuk kaki dan tangan). b. diri sendiri; peribadi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
vegetarian | /végétarian/ orang yg tidak makan daging, ikan, dsb tetapi hanya makan sayur-sayuran atas sebab-sebab peribadi, kepercayaan, dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
vegetarian | (végétarian) orang yg tidak makan daging, ikan, dsb tetapi hanya memakan sayursayuran atas sebab-sebab peribadi, kepercayaan, dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
impressionistic criticism | kritikan impresionistik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang termampu pada tindak balas peribadi pengkritik terhadap sesebuah karya sastera. Kritikan ini berusaha menghasilkan kembali tanggapan peribadi pengkritiknya. Oleh sebab itu, kritikan ini tidak memanfaatkan mana-nmana teori sastea untuki mengalisis teks. Kebebasan kritikan ini dikawal oleh kritikan baru dan kritikan praktikal yang mementingkan tatacara analisis teks sastera yang lebih formal sifatnya. Contoh pengkritik terkemuika yang mengamalkan kritikan ini laah Walter Pater (1839-1894). |
confessional poetry | puisi pengakuan | Kesusasteraan | Puisi | Puisi kisahan yang mengandungi suatu pengakuan yang sangat peribadi sifatnya. Pengakuan itu tidak semestinya dilafazkan oleh pengarang, tetapi mungkin juga oleh watak dalam puisi itu. Contohnya, puisi "Nyanyian Angsa" dan "Sajak Anak Muda" karya W.S. Rendra. |
occasional criminals | penjenayah sambilan | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pelaku jenayah yang bukan profesional dan tidak menjadikannya sebagai karier. Pelaku jenayah ini melakukan jenayah secara tidak terancang dan hanya melakukannya apabila ada godaan atau faktor pemangkin seperti keperluan peribadi atau sosial. |
connotation | pengertian | Kesusasteraan | Puisi | Makna sesuatu perkataan dalam sesebuah puisi tidak harfiah. Konotasi ini berkaitan dengan hal-hal peribadi seseorang sama ada yang riang, gembira, manis, mahupun pahit. Contohnya, perkataan bunga yang membawa makna gadis atau kupu-kupu malam yang membawa konotasi perempuan yang rendah akhlak. Sinonim konotasi. |
anonymisation | penyahnamaan | Teknologi Maklumat | Tiada | Teknik pemprosesan data dengan mengubah suai atau menggugurkan maklumat peribadi bagi menghasilkan data tanpa nama yang tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana individu. |
machine politics | politik jentera | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pengurusan sesuatu parti atau organisasi yang tidak telus dan menjadi personal dengan kemunculan pemimpin tertentu yang menguasainya secara peribadi seperti seorang penaung. Pengurusan politik ini melibatkan aktiviti kebajikan dan bersifat responsif terhadap kehendak ahli. Politik ini sangat tertumpu kepada kuasa ketua yang bersifat suka mengarah dan tidak mengambil kira persoalan tanggungjawab, kecekapan, semak dan imbang serta ketelusan pengurusan. Walaupun begitu, sebahagian daripada tumpuan parti bertujuan membantu orang yang mengalami kesusahan. Contohnya, pengurusan Parti Demokrat New York yang lebih dikenali sebagai Tammany Hall pada abad ke-19 sering dikaitkan dengan amalan politik jentera. |
confidentiality | kerahsiaan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Set peraturan atau perjanjian yang mengehadkan capaian bagi jenis maklumat tertentu. Set ini mencakupi aspek keselamatan bagi memastikan maklumat rahsia tidak diketahui. Contohnya, dalam e-kesihatan, kerahsiaan maklumat peribadi pesakit mengikut tahap kebenaran yang diperuntukkan dan hanya boleh dicapai oleh individu yang telah diberikan kebenaran. |
cybersexploitation | eksploitasi seks siber | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan yang melibatkan pemilikan, pembuatan, pengedaran, perbualan atau pertukaran maklumat atau bahan yang berorientasikan seks dalam talian secara tidak sah. Perbuatan ini dilakukan untuk kepuasan seksual atau kepentingan peribadi. |
taste | cita rasa | Kesusasteraan | Tiada | Pertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat. |
economic man | manusia ekonomi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu yang bertindak dalam apa juga aspek kehidupannya untuk kepentingan peribadi. Sifat ini boleh dilihat sebagai mementingkan diri dan ada juga yang melihatnya sebagai manusia yang rasional. Ia akan memikirkan segala keputusan atau tindakannya yang hanya membawa faedah kepadanya dan tidak langsung memikirkan kepentingan orang lain atau masyarakat. Dalam konteks politik, individu ini akan hanya membuat keputusan politik yang boleh memberi manfaat kepadanya sama ada dalam pengundian pilihan raya, pemilihan menganggotai parti dan menyokong atau menolak sesuatu dasar. |
Kamus Sains.indb ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang mengandungi sel yang merembeskan asid hidroklorik dan enzim pencernaan seperti selulase, pepsin dan renin. Bahagian ini juga dikenali sebagai perut sebenar. (BIO) aboospore (aboospora) Oospora yang berkembang secara partenogenesis, iaitu tidak melalui perse- abiogenesis aboospore Kamus Sains.indb 2 7/8/08 11:44:02 AM 3 nyawaan atau pembiakan seks. (BIO) abortifacient (abortifasien/agen penggugur) Agen, ubat atau lain-lain
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Lumpur 2011 SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau indd 9 6/6/11 4:01:22 PM xx Lope Zainal Abidin selaku penyelenggara projek. Kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan kamus ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan kamus ini bermanfaat dalam usaha pembakuan bahasa dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan kita. Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
|
Kamus Thai 2.indb ธรณีประตู [-pratu:] น bendul pintu ธรณีวิทยา [-wi ttaya:] น geologi ธรณีสงฆ ์ [-so] น tanah milik wat: ที่ ธรณีสงฆ ์ ไม ่ สามารถซื้ อขายได ้ Tanah mi- lik wat tidak boleh dijual beli. ธรรม [tam] น ajaran Buddha ธรรมจักร [-macak] น roda Buddha ธรรมชาติ [-maca:t] น alam semula jadi ธรรมดา [-mada:] ว biasa: ในเวลาไม ่ ทำงานเจ ้ าหน ้ าที่ ตำรวจคนนั้ นสวมชุดธรรมดา Waktu tidak bertugas anggota polis itu memakai pakaian biasa. ธรรมนูญ [-manu:n] น piagam: ธรรมนูญ สหประชาชาติไดัรับการลงนามและอนุมัติจาก สมาชิก 50 ประเทศในว ้ นที่ 24 ตุลาคม ปี ค.ศ. 1945 Piagam Bangsa-bangsa Bersatu telah
|
Kamus Thai 2.indb ศาสตราจารย ์ สมปราชญ ์ ไม ่ สามารถร ่ วมการประชุมปฏิบัติการ รม ร ่ วม Kamus Thai 2.indb 309 4/15/2008 11:11:59 AM ร 310 ในวันนี้ Profesor Somprach tidak dapat menyertai bengkel pada hari ini. ร ่ วมใจ [-cai] ว bersatu hati: ชาวบ ้ าน ร ่ วมใจกันต ่ อต ้ านโครงการวางท ่ อก ๊ าซไทย มาเลเซีย Orang kampung 2 (แปลงผ ั ก) batas ร ่ องรอย [-r:y] น kesan: โจรเข ้ าไปใน บ ้ านนั้ นโดยไม ่ ทิ้ งร ่ องรอย Pencuri memasu ki rumah itu dengan tidak meninggal- kan sebarang kesan. ร ้ อง [r:] ก berteriak: เด็กคนนั้ นร ้ อง ด ้ วยเสียงอันดัง Budak itu berteriak de ngan suara yang lantang. ร ้ องทุกข ์ |
Kamus Thai 2.indb 58:32 AM Cetakan Pertama 2008 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2008 พิมพ ์ ครั ้ งท ี ่ 1 พ.ศ. 2551 © สภาภาษาและหน ั งสือ (DBP) 2551 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau kepada bidang keilmuan dan perdagangan kedua-dua buah negara pastinya cukup besar. PRAKATA Kamus Thai 2.indb 8 4/15/2008 10:58:36 AM ix Semoga usaha DBP yang tidak seberapa ini akan memberikan sejuta manfaat kepada rakyat kedua-dua buah negara. Saya juga berharap hubungan dua hala antara Malaysia dengan Thailand, khususnya dalam bidang kebahasaan akan terus berkembang, terutamanya
|
|
|