Kata |
Takrif |
Sumber |
remeh-temeh | tidak mustahak, tidak penting, tidak berharga: orang yg tidak suka kpd segala perkara yg ~; meremeh-temehkan meremehkan: kecenderungannya memegah-megahkan satu pihak dan ~ pihak lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
remeh | /réméh/ tidak mustahak; tidak penting; tidak berharga: Perkara ini tidak boleh dipandang ~. meremehkan memandang remeh; menganggap tidak penting. keremehan keadaan remeh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
remeh /réméh/ | tidak mustahak; tidak penting; tidak berharga: Perkara ini tidak boleh dipandang ~.meremehkan memandang remeh; menganggap tidak penting. remeh-temeh hal-hal yg remeh. meremeh-temehkan menjadikan remeh-temeh. | Kamus Pelajar |
remeh-temah | tidak mustahak (penting), tidak berharga; ® remeh-temeh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barang-barang mewah | barang-barang yg elok tetapi tidak mustahak benar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
temeh | (téméh); remeh-~ tidak mustahak (penting), tidak berharga; ® remeh-temeh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
remeh | (réméh) tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga: masalah itu tidak boleh dipandang ~; ~-cemek ark remeh-temeh; meremehkan menganggap remeh (tidak penting, kecil, dll), mengabaikan, menghinakan: kita tidak mengatakan bahawa kita harus ~ kekuatan musuh; keremehan perihal remeh (kecil, tidak berharga, tidak penting, dll): seorang rahib dr Najran berkhutbah-khutbah memperkatakan ~ hidup dunia serta kebesaran hidup akhirat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
enteng | /énténg/ 1 tidak berat timbangannya; ringan. 2 tidak mustahak atau tidak penting; ringan; mudah. mengentengkan menganggap enteng; meringankan; memudahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cuai | 1. tidak hati-hati dlm membuat sesuatu, lalai, abai: orang yg menjaganya ~, sebab itu budak-budak itu jahat belaka; 2. tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga; mencuaikan 1. mengabaikan, melalaikan, tidak mengendahkan (tugas, pekerjaan, dll): rumah tangga yg dicuaikan kerana berkhidmat kpd tanah air; 2. menganggap tidak penting (tidak berharga, rendah, dll); kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; pencuaian perihal mencuaikan, pelalaian: ~ perintah itu boleh menimbulkan masalah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecil | 1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |