Kata |
Takrif |
Sumber |
galak | mempunyai tabiat suka melawan serta menyerang (bkn binatang); buas dan ganas; garang: ~ benar anjing engkau ini. menggalak menjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang: Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya. menggalakkan 1 menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2 memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. galakan semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll; sokongan dr segi moral: Salah satu sebabnya anak-anak bangsa kita lemah dlm pelajaran adalah kurang mendapat ~ drpd ibu bapa mereka. penggalak 1 orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2 bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
galak | mempunyai tabiat suka melawan serta menyerang (bkn binatang); buas dan ganas; garang: ~ benar anjing engkau ini. menggalak menjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang:Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya. menggalakkan 1. menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2. memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. galakan semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll; sokongan dr segi moral: Salah satu sebabnya anak-anak bangsa kita lemah dlm pelajaran ialah kurang mendapat ~ drpd ibu bapa mereka. penggalak 1. orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2. bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah. | Kamus Pelajar |
jinak | 1. tidak liar (buas, garang, galak, dll): binatang yg ~; 2. bp tidak takut-takut (malu-malu, segan-segan, dll), ramah: perempuan yg ~; 3. Id tidak bersemangat, tidak revolusioner; ~-~ lalat seseorang yg bercampur dgn orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra; ~-~ merpati perempuan yg kelihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri; berjinak-jinak 1. = berjinak-jinakan beramah-tamah, bergaul dgn ramah; 2. ki mengadakan hubungan (pertalian dsb) dgn, bermesra: lambat laun mereka akan mula ~ dgn kedai-kedai lain; semakin hari semakin ramai orang ~ dgn puisi dan madah; menjinaki menegur dgn ramah-tamah, beramah-ramah dgn; menjinakkan, memperjinak 1. membuat (melatih dll) supaya jinak: sejak zaman purbakala manusia sudah pandai ~ binatang; 2. berusaha supaya menjadi ramah: mereka nampaknya berebut-rebut ~ diri mereka; kejinakan perihal (sifat atau keadaan) jinak: kami leka dgn ~ burung-burung itu; penjinakan perbuatan (usaha dsb) menjinakkan (binatang): mengikut kajian sejarah, ~ binatang yg ada sekarang ini kebanyakannya berlaku di benua Asia dan Eropah; penjinak orang yg menjinakkan binatang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperisterikan | memberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasi II | sudah dihilangkan alat jantannya; tidak ada sifat jantannya lagi; kembiri: Tuan laksana lembu ~, galak saja melawan tidak. mengasi menghilangkan alat jantannya; mengembiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merenyam-renyam | 1. berasa gatal, miang: badannya berasa merenyam apabila tersentuh ulat bulu; 2. bk galak, gatal (perempuan): tidak boleh nampak lelaki, nak ditegurnya, ~ sangat! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kasi II | sudah dihilangkan alat jantannya; tidak ada sifat jantannya lagi; kembiri:Tuan laksana lembu ~, galak saja melawan tidak. mengasi menghilangkan alat jantannya; mengembiri. | Kamus Pelajar |
galak I | 1. berangsang, ganas, garang, suka melawan: anjing yg ~; 2. kuat dan memuncak (bkn tangisan): ngongoi Mak Esah semakin ~ jadinya: 3. tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat (aktif): kameranya ~ merakam; kegiatan kongsi gelap tidak se~ dulu; 4. Kl gembira, ria; 5. Kd, Pn mempunyai sifat-sifat tidak bermalu (bkn lelaki suka mengusik perempuan dsb, bkn perempuan suka bergaul bebas dgn lelaki dsb), gatal;menggalak menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb); menggalakkan 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya;galakan dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan;penggalakan perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka membincangkan ~ industri kecil;penggalak orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merenyam | , merenyam-renyam 1. berasa gatal, miang: badannya berasa merenyam apabila tersentuh ulat bulu; 2. bk galak, gatal (perempuan): tidak boleh nampak lelaki, nak ditegurnya, ~ sangat! | Kamus Dewan Edisi Keempat |
renyam I | ; merenyam, merenyam-renyam 1. berasa gatal, miang: badannya berasa merenyam apabila tersentuh ulat bulu; 2. bk galak, gatal (perempuan): tidak boleh nampak lelaki, nak ditegurnya, ~ sangat! merenyamkan menyebabkan berasa merenyam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ayong | terlindung (oleh pokok kayu, rendang dll) di bawah naungan; dilindungi: pun buah nya enda galak laban ~ kayu besai pokok buah itu tidak subur kerana dinaungi pokok besar; | Iban | |
|
Puisi |
---|
|
Ayam putih berkokok lalu, Daun serbat di dalam padi; Adik putih alang gemalu, Tidak galak di dalam hati.
Lihat selanjutnya... |
|