Kata |
Takrif |
Sumber |
imaginatif | 1. mempunyai imaginasi: Baha Zain mengatakan bahawa betapa kreatif dan ~nya seseorang pengarang, ia tidak boleh lari jauh drpd bahasa masyarakatnya; 2. terhasil (tercipta) drpd imaginasi atau daya khayalan, menunjukkan imaginasi atau daya kreatif yg berasaskan khayalan: romantisisme mempunyai ciri kehibaan yg lebih emosional dan ~ serta mementingkan unsur-unsur keindahan dan keseronokan indera; kekuatan seseorang penulis menyampaikan perutusan melalui bahasa yg kreatif dan ~; pembaharuan ~ dlm organisasi sosial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
non- | pref 1. (with adj) a. not, tidak; (tech) tak: ~emotional, tidak emosional; ~taxable, tak kena cukai; ~volatile, tak mudah meruap; ~porous, tak poros; b. not included in specified category, bukan: ~skilled workers, pekerja bukan mahir; ~technical subjects, mata pelajaran bukan teknikal; 2. (with n of designation) bukan [n], [orang yg] tdk [ v]: >~- members, bukan ahli or orang yg tdk menjadi ahli; ~smoker, bukan perokok or orang yg tdk merokok; ~Muslims, bukan Muslim or orang yg tdk beragama Islam; 3. (with n derived from v or adj) ketak...an, ketidak...an, [various translations]: ~acceptance, ketakterimaan; ~existence, ketidakwujudan; ~ alignment, berkecuali, tdk memihak; ~-belligerency, tdk berperang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
bounded rationality | rasionaliti terikat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan. |
|
|