Kata |
Takrif |
Sumber |
tenang | 1 tidak berkocak atau tidak berombak (ttg air, laut dll); teduh (ttg angin, ribut dll): Air yg ~ jangan disangka tiada buaya. | Kamus Pelajar |
tenang | 1 tidak berkocak atau tidak berombak (ttg air, laut dll); teduh (ttg angin, ribut dll): Air yg ~ jangan disangka tiada buaya. 2 ki tidak berasa gelisah (runsing dsb); aman dan tenteram (ttg keadaan dlm negeri dll): Beliau telah menjawab segala soalan itu dgn ~. Setelah anaknya kembali dgn selamat, barulah ~ fikirannya. ~-lenang sangat tenang. bertenang berbuat sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru). menenangkan menjadikan atau menyebabkan tenang; menenteramkan; meredakan: Dia bernyanyi-nyanyi utk ~ hatinya yg runsing. ketenangan keadaan atau hal tenang; ketenteraman; keamanan. penenang 1 sesuatu (ubat, kata-kata dsb) yg menenangkan. 2 orang yg menenangkan: Anak tunggalnyalah yg menjadi ~ hidupnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tenang | 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll): ~ bagai air dlm kuali; laut yg biasanya bergelora telah bertukar menjadi ~; 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan): ~ fikirannya; ia duduk dgn ~; setelah keadaan menjadi ~, mereka pun kembali ke kota; ~-lenang tenang sekali;bertenang, bertenang-tenang mengerjakan sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa): dia harus ~ utk menghadapi peperiksaan; Aini yg sedang bertenang-tenang itu tidak menghiraukan apa yg dikatakan oleh ibunya;menenangkan menjadikan tenang, menenteramkan, meredakan: beliau mencuba ~ fikirannya; ~ fikiran (perasaan) a) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yg susah; b) mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur; ~ hati menenteramkan hati; ketenangan perihal tenang, keamanan, ketenteraman penenang (sesuatu) yg menenangkan: ubat ~ jiwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laut I | 1. air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi, lwn darat: L~ Merah; L~ China dll; biru air ~; 2. kumpulan sesuatu benda yg amat banyak: ~ api; ~ madu; 3. utara; barat ~ arah di antara barat dgn utara; timur ~ arah di antara timur dgn utara; 4. Ph, ki jauh ke tengah (sungai, tasik, dll); ~ api a) kebakaran yg besar; b) kumpulan api yg besar; ~ janggawari laut yg besar; ~ kalzum sl Laut Merah; ~ lepas (berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) laut yg terbentang luas; ~ budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai; ~ ditembak darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajati; ~ ditimba akan kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu dibelanjakan; ~ mana yg tak berombak, bumi mana yg tak ditimpa hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (segala pekerjaan ada kesulitannya); tak ada ~ yg tidak berombak prb tidak ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya; melaut 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~ luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~akhirnya balik ke tepi juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga; melauti pergi belayar di laut, melayari; melautkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; memperlaut melayarkan kapal (perahu dll), mengirim barang-barang dgn kapal; lautan 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; kelautan yg berkaitan dgn laut: iklim ~; pelaut orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar; kepelautan kemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau mengendalikan kapal, bot dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alun | ombak yg memanjang dan tidak memecah, ombak yg bergulung-gulung: perahu itu berayun-ayun dilenggang ~; beralun, beralun-alun 1. berombak memanjang: air laut yg ~; padi di sawah ~-alun ditiup angin; 2. berbentuk tinggi rendah spt ombak (bkn rambut), berombak-ombak, ikal: bahan-bahan pemeliharaan rambut menjadikan rambut berseri, bermaya dan ~; 3. berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (bkn suara); mengalun, mengalun-alun 1. mengombak memanjang, mengombak membuai-buai; 2. berirama tinggi rendah, beralun: suara azan ~ ke udara; mengalunkan menjadikan sesuatu (suara, lagu, dll) beralun (berirama tinggi rendah): ~ suara menyanyikan sebuah lagu asli; alunan 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan kapal, ~ gelombang menyebabkan kepalanya pening; 2. irama atau rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ombak | ombak 1. gerakan air yg turun naik atau bergulung-gulung, gelombang kecil: hanyut dibawa ~ ke tepi pantai; orang ~ ark orang yg gerak-gerinya sangat gelisah; mabuk ~ mabuk laut; 2. ki gerak fikiran atau rasa hati yg tidak tetap (kacau): ia tak dapat lagi menahan ~ di dadanya; ~ fikiran; ~nya kedengaran, pasirnya tiada kelihatan prb telah kedengaran beritanya dia orang kaya tetapi belum ada buktinya lagi; ~ yg kecil jangan diabaikan prb jangan dipermudah-mudahkan perkara-perkara kecil yg boleh mendatangkan bahaya; bagai ~ Purus prb a) deru yg amat menghibakan; b) riuh suara orang ramai; menguap(-nguap) bagai orang ~ prb perihal orang yg ketagihan candu dll; payah-payah dilamun ~, tercapai juga tanah tepi prb setelah beberapa lama menanggung susah akhirnya tercapai juga cita-citanya (terlepas juga drpd sengsara); spt ~ membanting diri prb perihal seseorang yg dlm keluh-kesah oleh sesuatu kesusahan; silih berganti bagai ~ di tepi pantai prb keadaan hidup yg tiada tetap (sekali susah, sekali senang); yg ~ itu ~ jua, yg air itu air jua prb serupa benar; berombak, berombak-ombak 1. mempunyai ombak, bergelombang kecil-kecil: angin bertiup dan laut pun ~; 2. berkeluk-keluk turun naik (spt gelombang kecil): tirai ~ sbg latar belakang tambah mencantikkan rekaannya; rambutnya ~ rambutnya ikal; 3. sesak (spt orang yg bernafas dgn kencang), sebak (kerana tekanan perasaan): dadanya semakin ~; suara bisikan halus itu membuat jiwanya ~ dgn seribu kemarahan; mengombak 1. membuat ombak; 2. spt ombak; rambut pendek yg diombak-ombak rambut yg dikeritingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luncur | 1 lucut drpd pegangan; terlepas; lulus: Wangnya ~ dr poket. 2 tidak berlaku lagi (bkn janji dll); lelap (bkn barang gadaian): Jam tangan yg digadaikannya itu telah ~. ~ air sukan yg menggunakan papan luncur utk meluncur di atas permukaan laut yg berombak tinggi. ~ ais sukan yg menggunakan sepatu luncur yg berbilah besi di bahagian tapak utk meluncur di permukaan gelanggang ais yg rata dan licin. ~ angin sukan yg menggunakan papan luncur yg dilengkapi layar, palang dll, yg peluncurnya berdiri di atas papan luncur sambil berpegang pd palang yg dipasangi layar. ~ salji sukan yg menggunakan papan luncur yg dipasangkan pd kasut, dan dua batang tongkat utk membantu pergerakan di kawasan bukit yg bersalji. meluncur 1 menggelongsor turun; melungsur: ~ dr tebing ke dlm sungai. 2 bergerak dgn pantas: Kereta tsb ~ masuk ke pekarangan rumah Ahmad. meluncuri bergerak dgn cepat di: Kereta itu ~ jalan yg kecil dan gelap. meluncurkan menggerakkan sesuatu dgn cepat; melancarkan: ~ perahu. terluncur terlepas ke bawah; tergelincir. luncuran gerakan meluncur. peluncuran perihal (perbuatan dsb) meluncur, meluncuri atau meluncurkan. peluncur 1 orang yg meluncur (dlm luncur air, luncur angin dsb). 2 alat yg digunakan utk meluncur atau meluncurkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
luncur | 1. = meluncur melungsur, menggelongsor: anak itu ~ drpd pangkuan ibunya; 2. lucut (drpd pegangan dll), lelap (barang gadaian): barang yg digadaikan itu telah ~; 3. bergerak dgn cepat (kereta dll): sebuah kereta besar meluncur masuk dan berhenti di sisinya; 4. keluar dgn lancarnya (kata, percakapan, dll): suatu teguran sedia meluncur drpd mulut ayahnya; ~ air sukan yg menggunakan papan luncur utk meluncur di atas permukaan laut yg berombak tinggi; ~ ais sukan yg menggunakan sepatu luncur yg berbilah besi di bahagian tapak utk meluncur di permukaan gelanggang ais yg rata dan licin; ~ angin sukan air yg menggunakan papan luncur yg dilengkapi dgn layar, palang dll, yg peluncurnya berdiri di atas papan luncur tersebut; ~ salji sukan yg menggunakan papan luncur yg dipasangkan pd kasut, dan dua batang tongkat utk membantu pergerakan di kawasan bukit yg bersalji; berseluncur meluncur-luncur di tempat yg licin (di atas lumpur dll); meluncuri bergerak dgn cepat di, meluncur di: sebuah kereta ~ jalan yg sepi itu; meluncurkan 1. melancarkan, melungsurkan: ~ kapal; 2. mengeluarkan (kata-kata dll) dgn lancar: ia pun ~ kata-kata ini; terluncur terlepas ke bawah, tergelincir; luncuran gerakan meluncur: dr segi teori utk menghasilkan ~ yg maksimum, sudut balingan mestilah 45º; peluncuran 1. tempat utk meluncur; 2.perihal (perbuatan atau proses) meluncur,meluncuri atau meluncurkan; peluncur 1. orang yg meluncur (dlm luncurair, luncur ais dsb); 2. alat yg digunakan utkmeluncur atau meluncurkan; pesawat ~ Id sj pesawat (kapal) terbang yg tidak memakai enjin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
pentastich | pancabaris | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
paleg | 1 bh beralun, berombak; 2 ki tidak tenteram. | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang mengandungi sel yang merembeskan asid hidroklorik dan enzim pencernaan seperti selulase, pepsin dan renin. Bahagian ini juga dikenali sebagai perut sebenar. (BIO) aboospore (aboospora) Oospora yang berkembang secara partenogenesis, iaitu tidak melalui perse- abiogenesis aboospore Kamus Sains.indb 2 7/8/08 11:44:02 AM 3 nyawaan atau pembiakan seks. (BIO) abortifacient (abortifasien/agen penggugur) Agen, ubat atau lain-lain
|
|
Puisi |
---|
|
Apa diharap padi rendang, Daun berombak ditiup bayu; Apa diharap budinya orang, Tidak sama budinya ibu.
Lihat selanjutnya... |
|