Kata |
Takrif |
Sumber |
salah-salah | 1. walaupun (sungguhpun, meskipun) salah: ~ dibebaskan juga; 2. jika tidak bernasib baik, jangan-jangan: ~ bersikap, takut akan tertuduh pula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malang | tidak bernasib baik; ditimpa kecelakaan dll; sial: Jika baginda berjumpa dgn fakir miskin atau orang-orang yg ~, disuruhnya orang itu datang ke istananya. kemalangan 1 apa-apa bencana yg berlaku dgn tidak disangka-sangka; kejadian yg merosakkan yg berlaku dgn tidak diduga; kecelakaan. 2 ditimpa bencana; ditimpa kecelakaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sial I | 1. tidak beruntung (selalu gagal dlm mendapat sesuatu dll), tidak bernasib baik (selalu ditimpa kemalangan, selalu susah, dll), celaka, malang: kami juga mengisahkan tuah ~ masa hadapan anak-anak kami; ~ benar nasib mereka; ~ dangkalan sial benar; 2. (yg) mendatangkan kecelakaan (kemalangan dll), (yg) tidak mendatangkan keuntungan (kebahagiaan dll): menurut kepercayaan Inggeris, nombor 13 ialah suatu angka yg ~; besok mari ikut aku, kita tinggalkan tempat ~ ini; 3. jahanam, si celaka (kata makian): jangan sebut-sebut lagi nama perempuan ~ itu! ~ bercampur malang prb kehidupan orang yg sangat sengsara (segala yg dihajati tidak diperoleh); bagai menjenguk jerat ~ prb pergi ke sesuatu tempat tetapi utk sebentar sahaja, orang yg gemar berjalan-jalan; menyialkan mendatangkan sial: tidak cukup engkau dgn sial dirikau, kausialkan orang lain pula; sialan 1. orang yg (mendatangkan) sial; 2. Id jahanam, celaka (kata makian): ~ lu! kesialan perihal sial, kecelakaan: tetapi Bidin berasa takut kalau-kalau ~ wang loteri itu akan membuatkan kapal yg ditumpanginya jadi kacau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salah I | 1. tidak benar, tidak betul: dia boleh membezakan antara yg ~ dan yg benar; jawab-an kamu ~; 2. tidak tepat (sasaran, maksud, dll), tidak kena: kakinya terkehel kerana ~ menendang bola; 3. tidak baik, tidak layak, tidak patut, cacat, cela: Kolonel Farquhar itu pergi ke Siak meminta tempat hendak membuat negeri di Tanjung Jati, akan tetapi ~nya di sana apabila musim utara terlalu amat besar ombaknya; ~ sedikit baginda tidak berputera sayang sedikit baginda tidak berputera; 4. perbuatan yg menyalahi hukum (aturan dll), perbuatan yg tidak patut (layak): itu ~nya sendiri; 5. = bersalah berbuat se-suatu yg menyalahi hukum (aturan dll), berbuat sesuatu yg tidak patut (tidak layak): lain yg ~, lain yg diseksa; dia didapati ~ kerana bersubahat dgn musuh-musuh negara; ~ adat tidak mengikut adat, melanggar adat; ~ agak = ~ duga = ~ kira = ~ sangka tidak betul telahannya; ~ ambil silap mengambil; ~ ambilan silap mengerti; ~ anggapan keliru; ~ angkuh Mn tidak patut pd pandangan orang; ~ asuhan tidak elok didikannya; ~ (sesat) air salah didikan (sukar utk diajar); ~ bantal berasa sakit pd tengkuk atau leher selepas bangun drpd tidur; ~ bawa tidak betul caranya mengamalkan sesuatu ajaran dsb; ~ bebal salah dan bebal, kesilapan dan kekeliruan kerana kebodohan; ~ benang Mn a) silap menenun sesuatu; b) sakit (badan); ~ besar kesilapan yg sangat besar; ~ cakap kesilapan ketika bercakap (menyebabkan orang lain sakit hati dll); ~ cerna sakit kerana tidak hadamnya makanan; ~ cetak kesilapan (yg dilakukan) pd waktu mencetak, ralat; ~ dengar tidak mendengar mesej, berita dsb dgn betul; ~ dorong terlanjur perbuatan; ~ duga silap menduga; ~ eja(an) silap mengeja; ~ faham tidak mengerti hal yg sebenarnya (silap mengerti); ~ gamak salah agak; ~ hati susah (sakit, men-dongkol, dll) hati; ~ jalan tersesat; ~ kain ter-selak kain (sehingga mendedahkan kemaluan atau pangkal paha); ~ kata tidak betul perkata-annya; ~ kena tidak kena pd tempatnya; ~ kira salah sangka, marah kerana salah mengerti; ~ laku kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti; ~ langkah a) silap melangkah; b) mendapat bencana dlm perjalanan kerana sial, sial; c) silap (tidak dgn sepatutnya) memulakan se-suatu; d) buruk perbuatan (maksud); ~ lihat = ~ mata = ~ pandang a) keliru pelihatan; b) melihat dgn maksud buruk; ~ mengerti salah tafsir; ~ mulut terlajak kata, terlepas cakap; ~ orang a) bukan orang yg dimaksudkan (kerana silap pandangan dll); b) bukan orang yg dapat dipermain-mainkan orang lain; ~ paduk tidak sepadan (pasangan suami isteri dll); ~ pakai silap memakai; ~ pandang menyangka orang yg dilihat sbg orang yg dikenali (sebenarnya tidak demikian); ~ periksa a) silap memeriksa; b) berbuat sesuatu yg tidak layak; ~ piantan bukan waktunya; ~ pilih tersilap memilih; ~ raba a) tersilap meraba; b) tuduhan (dakwaan) yg tidak tepat; ~ rasa a) perasaan yg tidak menyenangkan (buruk), berfirasat buruk; b) tidak senang hati; c) tidak tepat sangkaannya; ~ rupa (roman) Mn tidak layak pd pandangan orang; ~ sedikit a) berbeza sedikit; b) = ~nya sedikit sayang sedikit; ~ sangka tidak tepat sangkaannya, menyangka yg tidak benar; ~ semat salah faham; ~ sendi tergeliat, terseliuh; ~-silih bermacam-macam kesilapan; ~ tampa salah faham; ~ tanggap salah mengerti, salah memahami (sesuatu); ~ tangkap a) silap menangkap sesuatu atau seseorang; b) salah faham, salah mengerti; ~ tebak = ~ teka tidak benar telahan; ~ terima a) salah faham, salah mengerti; b) berasa marah kpd; ~ timbang a) silap menimbang; b) berat sebelah (men-jatuhkan hukuman dll); ~ tingkah tidak senonoh (tingkah laku), kurang sopan; ~ tubruk bp salah pegang; ~ urat terseliuh, tergeliat; ~ wisel Id, bp salah faham; ~ bunuh memberi balas, ~ cencang memberi pampas = ~ cencang memberi pampas, ~ bunuh membangun = ~ cotok berkudung paruh, ~ telan belah perut prb kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat yg telah ditetapkan); ~ makan memun-tahkan, ~ tarik mengembalikan, ~ langkah surut kembali prb kesilapan dlm sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera; jika ~ sebatang dicabut, ~ serumpun dibongkar, ~ separak dirambah prb hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dgn kesalahan; berani kerana benar, takut kerana ~ prb bertindak kerana berada pd pihak yg benar; salah-salah 1. walaupun (sungguhpun, meskipun) salah: ~ dibebaskan juga; 2. jika tidak bernasib baik, jangan-jangan: ~ bersikap, takut akan tertuduh pula; bersalah 1. melakukan sesuatu yg salah (spt melanggar hukum dsb): jika aku yg ~, aku minta ampun; mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yg ~; 2. ada salahnya, mempunyai salah: sesiapa yg ~ lima, tidak akan lulus; bersalahan 1. berbeza drpd, berlainan: tempat itu sungguh baik, tiada ~ spt berita orang itu; 2. = bersalah-salahan bertentangan, tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah: jangan kamu beri bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini; menghukum sese-orang tanpa bukti yg nyata adalah ~ dgn hukum Allah; 3. Mn kurang sihat (badan); kebersalahan perihal (rasa, sikap dsb) ber-salah: kadang-kadang dlm penyaringan ini semacam terjadi ~; menyalah 1. menyimpang (halanya), menye-leweng; 2. tidak mengikut peraturan (undang-undang dll); 3. mengelak (tikaman dll), menangkis: Raja Ngah pun memejamkan matanya lalu menerkam, disalah oleh Bedurai; 4. Mn kurang sihat (badan); menyalahi 1. tidak mematuhi peraturan (undang-undang dsb), bersalahan dgn: adinda tiada mahu menyerangi tempat orang, ~ adat; unsur-unsur luar ini telah banyak ~ hukum morfologi; 2. tidak menyetujui, mem-bantah, menentang: Pateh itu orang besar, siapa dapat akan ~ katanya; 3. tidak mene-pati (janji dll); menyalahkan 1. menganggap salah: aku tidak mahu ~ sesiapa, baik pun engkau; 2. menangkis (tikaman, pukulan, dll), meng-elakkan: ia pun melompat ~ tikaman orang itu; 3. menyangkal (tuduhan dll), tidak mengakui; mempersalahkan menimpakan kesalahan kpd, menyatakan (seseorang dsb) bersalah: Kamallah yg harus dipersalahkan; tersalah 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apa-apa yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat; 3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan; ketersalahan perihal (atau keadaan) ter-salah: ~ ini akan membunuh seluruh generasi akan datang; kesalahan 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2. dipersalahkan, dianggap salah, mendapat salah; pesalah orang yg didapati bersalah (kerana melanggar hukum dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pedor | Tr mengalir mengubah haluan (perahu dll): dia bernasib baik kerana sempat ~ kalau tidak pasti perahunya melanggar tebing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untung | 2 tidak membawa kecelakaan; bernasib baik; mujur: ~ engkau membawa wang, jika tidak terpaksa kita berjalan kaki pulang. | Kamus Pelajar |
untung | 1 sesuatu yg telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku kpd seseorang; nasib: Ia menangis mengenangkan ~ dirinya yg malang itu. 2 tidak membawa kecelakaan; bernasib baik; mujur: ~ engkau membawa wang, jika tidak, terpaksa kita berjalan kaki pulang. 3 laba yg diperoleh dlm perniagaan: Pd bulan lalu, syarikat itu telah mendapat ~ sebanyak RM10,000/-. 4 manfaat; faedah: Apa ~nya berbuat aniaya kpd orang lain? ~ atas kertas untung yg belum nyata yg mungkin diperoleh pelabur, peniaga dsb berdasarkan jangkaan yg dibuat atau berdasarkan faktor tertentu. ~ batu nasib yg tidak baik; sial. ~ bersih laba yg diperoleh selepas ditolak segala perbelanjaan. ~ kasar untung yg belum ditolak segala perbelanjaan. ~ nasib nasib seseorang. ~ sabut nasib yg selalu baik. untung-untung kalau-kalau; barangkali: Marilah kita pergi sekarang, ~ masih ada orang yg berjual di situ. beruntung 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh ~ kerana suaminya sangat bertimbang rasa. keberuntungan perihal beruntung; kemujuran; kebahagiaan: Perkahwinannya dgn Aminah membawa ~ yg tidak ternilai. beruntung-untungan berserah kpd nasib semata-mata (tidak bersungguh-sungguh mengharapkan hasil). menguntungkan 1 mendatangkan untung atau laba; memberi untung kpd: Perusahaan kain batik tidak berapa ~ sekarang ini. 2 menjadikan ada untungnya; menyebabkan mendapat untung: Segala usahanya itu sangat-sangat ~ bangsa dan negara. 3 memberi faedah atau manfaat kpd: Ceramah itu sangat ~ penuntut-penuntut tingkatan enam. keuntungan 1 sesuatu yg menguntungkan; apa-apa yg mendatangkan untung: Tindakan segera yg diambil telah membawa ~ kpd syarikat itu. 2 faedah; manfaat: Pergaduhan itu tidak memberi apa-apa ~ kpd kedua-dua pihak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kunyah | ; mengunyah 1. melumatkan (menghancurkan) makanan dlm mulut dgn gigi sebelum menelannya, memamah: tanganku menyuap nasi lagi, mulutku ~ perlahan-lahan; 2. ki memikirkan baik-baik, meneliti (ajaran, kata-kata, dll): segala ajarannya hendaklah dikunyah dan diambil mana yg baik; 3. ki memakan, menelan: usia tua telah ~ hidupnya sejak suaminya meninggal dunia; 4. = mengunyah-ngunyah ki menyebut (memperkatakan) berulang-ulang, selalu membangkit-bangkitkan: janganlah dikunyah-kunyah lagi perkara itu; mengunyahkan mengunyah utk (orang lain); terkunyah 1. (telah) dikunyah: Milah membiarkan nasi yg masih ada dlm mulutnya ~; 2. mengunyah dgn tidak sengaja; ~ di batu ki buruk nasib, malang, sial; ~ di nasi ki bernasib baik, beruntung, mujur; kunyahan sesuatu yg sudah dikunyah; pengunyahan perbuatan (proses dsb) mengunyah: gigi berfungsi memotong dan menyiat makanan menjadi potongan-potongan kecil utk memudahkan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untung | 1. apa yg telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku ke atas seseorang, nasib: bukan sebab keberanian dan ke-gagahanku maka aku beroleh hadiah dan pangkat itu, hanya semata-mata kerana ~; 2. tidak sial (celaka), bernasib baik, mujur: ~ jugalah ada abang bawa kad pengenalan, kalau tidak tentu kena tahan oleh polis; 3. = keuntungan hasil pendapatan atau perolehan drpd sesuatu kegiatan (spt perusahaan, per-niagaan, dll) yg melebihi modal dan segala perbelanjaan yg berkaitan, laba: berdagang dgn tidak mendapat ~; 4. faedah, guna, manfaat: cuba kaufikir, apa ~nya mengasihi orang yg tidak mengasihi kita; ~ atas kertas (Eko) untung yg belum nyata yg diperoleh pelabur disebabkan kenaikan harga asal saham yg dimilikinya, dan keuntungan sebenar akan hanya diperoleh apabila saham tersebut dijual; ~ baik (buruk) nasib baik (buruk); ~ batu ki nasib yg buruk (sial); ~ bersih laba yg diperoleh setelah ditolak segala bayaran (perbelanjaan, cukai, dll); ~ besar laba yg banyak; ~ kasar laba sebelum ditolak segala perbelanjaan (cukai dll); ~ malang a) nasib yg buruk (sial, celaka); b) nasib; ~ modal (Eko) laba modal; ~ nasib nasib badan; ~ rugi a) laba atau rugi; b) manfaat atau mudarat; ~ sabut ki nasib yg selalunya baik (mujur); ~ sebelum cukai (Eko) keuntungan yg diper-oleh oleh syarikat sebelum ditolak cukai yg berkaitan; ~ ada, tuah tidak prb a) pulang pokok sahaja; b) seseorang yg mendapat sesuatu perolehan atau kelabaan tetapi dgn segera juga balik men-jadi rugi dan hilang pendapatannya; ~ melam-bung, malang menimpa prb seseorang yg mengalami kemalangan dan hilang peng-harapan serta beroleh kesusahan pula; ~ sabut timbul, ~ batu tenggelam prb jika bernasib baik, selamat, jika bernasib malang, binasalah; ~ sepanjang jalan, malang sekejap mata prb kemalangan itu datangnya dgn tiba-tiba sahaja (sebab itu orang harus selalu berhati-hati); ~ tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak prb nasib seseorang itu tidak dapat diubah; harapan si ~ menggamit, kain di badan didedahkan prb kerana mengharap-kan laba yg besar tetapi belum tentu dapat, lalu laba yg kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan; untung-untung 1. barangkali (akan), kalau mujur, kalau-kalau: cubalah kakak ceritakan, ~ adik kakak yg buruk ini dapat melegakan fikiran kakak; 2. ada juga baiknya (barang-kali) kerana, nasib baik barangkali kerana, mudah-mudahan: biarlah dia menipu aku, ~ terbuka mataku; untung-untungan jika untung baik dan jika nasib malang binasa, jika untung baik dan jika tidak untung apa boleh buat, terserah (berserah) kpd nasib, nasib-nasiban: ~ mengerjakan pekerjaan yg besar bahayanya; Kasihanilah kami, bawalah kami ke kampung abang, Kamal bersuara ~; beruntung 1. memperoleh untung, mendapat laba: bukan dia sahaja yg ~ begitu, banyak lagi orang kita yg lain-lain; 2. bernasib baik, bahagia, mujur: siapa ~, dialah menang; 3. berjaya, berhasil; menguntungkan 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling ~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna, bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yg lebih ~ utk mengadakan revolusi; keuntungan 1. = keberuntungan perihal beruntung (nasib baik), kebahagiaan, kemujur-an: tidak ada apa-apa lagi yg menggores hati mereka, inilah satu ~ bagi mereka dua suami isteri; 2. laba, untung: takkan mungkin orang berniaga mahu mengelakkan ~; 3. (sesuatu) yg mendatangkan untung, manfaat: dgn itu, berakhirlah istiadat yg telah menjadi tradisi masyarakat Melayu, adat yg tidak memberi apa-apa ~; peruntungan untung nasib (diri seseorang), nasib, untung malang: menitik air matanya mengenang-ngenang ~ saudaranya; seperuntungan sama peruntungan, senasib: Cik Yon yg telah dipandangnya sbg belahan dirinya, yg dianggapnya sbg kongsi ~, akan bercerai daripadanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkunyah | 1. (telah) dikunyah: Milah membiarkan nasi yg masih ada dlm mulutnya ~; 2. mengunyah dgn tidak sengaja; ~ di batu ki buruk nasib, malang, sial; ~ di nasi ki bernasib baik, beruntung, mujur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
utuong II | untung; 1 nasib; 2 tidak sial, bernasib baik, mujur; 3 laba: Serikat Bunga Suak ~ dua pulok ribu taun itou Syarikat Bunga Suak untung dua puluh ribu tahun ini; 4 faedah, guna, manfaat: inou ji ~nou pesakai jegem a tudip pegak tudip tanak iyen ji apa untun | Melanau Mukah | |
Kamus Thai 2.indb ศาสตราจารย ์ สมปราชญ ์ ไม ่ สามารถร ่ วมการประชุมปฏิบัติการ รม ร ่ วม Kamus Thai 2.indb 309 4/15/2008 11:11:59 AM ร 310 ในวันนี้ Profesor Somprach tidak dapat menyertai bengkel pada hari ini. ร ่ วมใจ [-cai] ว bersatu hati: ชาวบ ้ าน ร ่ วมใจกันต ่ อต ้ านโครงการวางท ่ อก ๊ าซไทย มาเลเซีย Orang kampung 2 (แปลงผ ั ก) batas ร ่ องรอย [-r:y] น kesan: โจรเข ้ าไปใน บ ้ านนั้ นโดยไม ่ ทิ้ งร ่ องรอย Pencuri memasu ki rumah itu dengan tidak meninggal- kan sebarang kesan. ร ้ อง [r:] ก berteriak: เด็กคนนั้ นร ้ อง ด ้ วยเสียงอันดัง Budak itu berteriak de ngan suara yang lantang. ร ้ องทุกข ์
|
Kamus Thai 2.indb berangkat ke upacara pembu kaan sawah diraja. จรรยา [canya:] น budi, akhlak, etika, moral: เขาถูกบ ่ มเพาะเพื่ อให ้ เป็นคนที่ มีจรรยาดี Dia diasuh supaya menjadi orang yang mempunyai budi yang baik. จรรยาบรรณ [-ban] น etika: นายแพทย ์ จะต ้ องยึดถือจรรยาบรรณแพทย ์ Doktor mesti berpegang kepada etika perubatan. จรวด [caruat] น roket จระเข ้ [c:rake:] น buaya จราจร [cara:c:n Negara Thai. 3 mengacukan: ชายในเครื่ องแบบนั้ น จ ้ องปืนของเขามาที่ เรา Lelaki berpakaian seragam itu mengacukan senapangnya ke arah kami. จองหอง [c:h:] ว sombong: ฉันไม ่ ชอบเขาเพราะเขาจองหองมาก Saya tidak suka padanya kerana dia sangat sombong. จอแจ [c:cε:] ว hingar-bingar, hi ngar-bangar, hiruk-pikuk, bising, ri- uh-rendah: บรรยากาศที่ ตลาดนั้ นจอแจมาก Keadaan di pasar itu hingar-bingar |
|
|