Kata |
Takrif |
Sumber |
kekar I | 1. kembang, mekar (bunga); 2. bercerai-cerai, berserak-serak, berpecah-pecah (tidak berlonggok atau berkumpul); mengekar mekar, berkembang (bunga): bunga sedang ~; mengekarkan memecahkan atau menceraikan (supaya tidak terkumpul lagi), menyelerakkan: nasi yg berketul-ketul itu dikekarkannya dgn garpu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
longgok | himpunan yg bertindih-tindih dan tidak teratur (bkn barang jualan dll); tompok: jual ~ jualan yg dibuat secara selonggok-selonggok (bukan satu-satu). berlonggok berhimpun secara longgok (bkn barang jualan dll). berlonggok-longgok bertimbun-timbun; bertompok-tompok. melonggokkan menghimpunkan supaya berlonggok; menimbunkan: Mereka ~ buah kelapa yg telah digugurkan itu di satu tempat. longgokan sesuatu yg dihimpunkan berlonggok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timbun | kumpulan atau himpunan sesuatu (spt pasir, kayu api) yg berlonggok; se~ pasir. bertimbun 1 bersusun bertindih-tindih (merupakan timbun); berlonggok: Kayu api ~ di bawah rumah. 2 ki banyak: Kerjanya yg ~ itu tidak mungkin dpt disiapkannya dlm masa seminggu. menimbun 1 menutup lubang dsb dgn tanah dll; menimbus: Lubang itu ditimbun dgn tanah. 2 menjadi spt timbun; membukit; banyak sekali: Kain baju yg kotor ~. 3 tambun atau gemuk (bkn badan): badan ~ badan gemuk. menimbuni menjadi sbg timbun pd: Tanah ~ lubang itu. menimbunkan meletakkan sesuatu bersusun-susun hingga merupakan tompokan; melonggokkan; menompokkan: Pekerja-pekerja itu ~ pasir di tepi jalan. tertimbun tertutup oleh tanah dll; terkambus; tertimbus. timbunan 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. penimbunan perbuatan (hal dsb) menimbun atau menimbunkan. penimbun 1 pasir, tanah dll yg ditimbunkan atau utk ditimbunkan. 2 orang yg menimbun lubang dsb atau menimbunkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
endap | ; endap-endap, endapan sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi);mengendap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak; mengendapkan membiarkan supaya mengendap (mendak); mendap, enap I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertimbun | 1 bersusun bertindih-tindih (merupakan timbun); berlonggok: Kayu api ~ di bawah rumah. 2 ki banyak: Kerjanya yg ~ itu tidak mungkin dpt disiapkannya dlm masa seminggu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
endapan | sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertimbun | 1. = bertimbun-timbun bersusun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumahnya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibacanya; 3. = tertimbun tertimbus, terkambus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl berkumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
endap-endap | sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
onggok | longgok, timbun, tompok: se~ jerami; se~ jering; beronggok-onggok berlonggok-longgok, bertimbun-timbun, bertompok-tompok: ia mengerat kayu api ~ banyaknya; kanak-kanak mulai ~, berbisik-bisik sesama sendiri; mengonggokkan melonggokkan, menimbunkan, menompokkan: bermacam-macam jenis buah-buahan, ulam, dll dionggokkan di atas meja di pasar itu; rezeki itu tidak akan dionggokkan di hadapan kita tanpa bekerja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbun | himpunan sesuatu yg bertindih-tindih, longgok, tompok(an): lalat menghurung ~ sampah di tepi parit; se~ batu kerikil; bertimbun 1. = bertimbun-timbun ber-susun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumahnya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibacanya; 3. = tertimbun tertimbus, terkambus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl berkumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia; bertimbunan bertimbun(-timbun): sebermula bangkai ~ spt gunung, darah spt laut; menimbuni 1. menimbus (lubang dll), me-nambak, melonggokkan (tanah), menanam (mayat dll): mereka menggali lubang dan ~ lubang utk menyudahkan rancangan kerja raya; 2. menjadi bertimbun (banyak), membukitkan, melimpah-limpah: ketaman padi telah dilonggokkan ~ macam busut di atas sebidang tikar; aku makin merasa cintaku ~ dan memuncak; 3. gemuk (bkn daging), tambun; tertimbun ditimbun(i), tertimbus (tertanam); ~ dikais, terbenam diselam prb a) perihal menyelidiki sesuatu perkara yg tersembunyi; b) menolong seseorang yg dlm kesusahan; menimbunkan 1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~ guni berisi pasir hingga merupakan benteng; 2. me-ngumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka menimbunkan kerja pd hari esoknya; timbunan 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbunkan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; penimbunan 1. perihal menimbunkan, pengum-pulan (penghimpunan) barang-barang dll: banyak sungai telah menjadi jangkat akibat ~ pasir dan lumpur yg dibawa air dr hilir sungai; 2. tempat utk menimbun; penimbun 1. orang (atau alat) yg menimbunkan (melonggokkan) barang; 2. (tanah, pasir, dll) utk menimbun: ditimpa tanah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
|
|