Kata |
Takrif |
Sumber |
berkeputusan | mempunyai keputusan (kesudahan dsb); tidak ~ tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidak berkeputusan | tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beragaman | berlarutan, tidak berkesudahan: berpestalah sejauh impian ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selama-lamanya | 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lama | 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. | Kamus Pelajar |
abadi | tetap ada sepanjang masa; tidak berkesudahan; kekal: Hanya Tuhan saja yg ~. mengabadi menjadi abadi: Karyanya ~ dlm khazanah kesusasteraan Melayu. mengabadikan menjadikan abadi; mengekalkan. keabadian keadaan abadi: ~ Ilahi. pengabadian perbuatan atau hal mengabadikan: Mengorbankan dirimu sendiri di jalan kebenaran ialah ibadah dan ~ yg sesungguhnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selama-lamanya | 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. | Kamus Pelajar |
selama-lamanya | 1. tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2. paling lama:Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. | Kamus Pelajar |
abadi | tetap ada sepanjang masa; tidak berkesudahan; kekal: Hanya Tuhan saja yg ~. mengabadikan menjadikan abadi; mengekalkan. | Kamus Pelajar |
selama-lamanya | 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia berikrar tinggal di Singapura ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
ideograph | ideograf | Kesusasteraan | Tiada | Tanda atau gambar yang digunakan dalam sistem tulisan untuk menyampaikan sesuatu idea, aksi, benda dan sebagainya, yang lebih utama berbanding perkataan. Dalam novel berjudul Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, sangkar yang digunakan untuk mengurung Jeha, menyimpan alat-alat untuk mengerjakan sawah, dan menyimpan padi yang telah dituai boleh dianggap sebagai ideograf. Tujuannya untuk menyampaikan idea keterjebakan keluarga Lahuma dalam suatu kemelut kemiskinan (sebagai petani) yang tidak berkesudahan. Tulisan Cina dan Jepun dikatakan menggunakan bentuk ideograf. Ideograf berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud tanda peribadi. Ideograf dikenali juga sebagai ideogram. |
deconstruction | dekonstruksi | Kesusasteraan | Tiada | Teori kritikan dan kaedah analisis berasaskan prinsip bahawa makna yang tetap dan stabil tidak wujud dalam bahasa. Objektif dekonstruksi adalah mencari segala kontradiksi dalam teks untuk membuktikan bahawa teks tidak mempunyai kesatuan atau pertalian yang teratur. Kontradiksi yang dimaksudkan melibatkan percanggahan antara makna yang berkemungkinan dalam satu-satu perkataan atau frasa. Objektif dekonstruksi bukan untuk mengenal pasti makna teks tetapi untuk mendedahkan makna yang berkemungkinan dan bercanggah supaya jelas interpretasi, bukan sesuatu yang tetap, stabil atau muktamad. Kaedah ini diaplikasikan bukan sahaja untuk bahasa tetapi juga untuk menganalisis sebarang konsep sistem dan institusi dengan merujuk kepada teks. Contohnya, realiti itu sendiri boleh dianggap sebagai suatu teks yang mempunyai pelbagai kontradiksi dan makna yang perlu dibaca dan diinterpretasikan. Dekonstruksi dimulai oleh ahli falsafah Perancis, Jacques Derrida. Beliau berpendapat bahawa makna teks sentiasa bergantung pada perbezaan dengan semua makna yang berkemungkinan dan sentiasa tertangguh. Derrida menggunakan istilah differance untuk menggabungkan kedua-dua keadaan ini. Bagi Derrida, interpretasi merupakan suatu proses yang tidak berkesudahan yang berterusan. Lihat juga kritikan dekonstruktif. |
|
|