Kata |
Takrif |
Sumber |
salasilah | daftar keturunan keluarga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
salasilah | daftar keturunan keluarga. | Kamus Pelajar |
salasilah | Ar daftar keturunan (asal usul), susur galur (keturunan); kesalasilahan hal yg berkaitan dgn salasilah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susur galur | salasilah keturunan, asal usul (seseorang atau sesuatu); menyusur galur menyelidiki asal usul (hal dll), mengusul; menyusurgalurkan menyusun salasilah keturunan (asal usul seseorang atau sesuatu): saya akan ~ sejarah pembakuan bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanad | salasilah atau pertalian antara beberapa orang rawi yg meriwayatkan sesuatu hadis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sanad | salasilah atau pertalian antara beberapa orang rawi yg meriwayatkan sesuatu hadis. | Kamus Pelajar |
menyusurgalurkan | menyusun salasilah keturunan (asal usul seseorang atau sesuatu): saya akan ~ sejarah pembakuan bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silah-silah | salasilah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
susur-galur | salasilah, asal usul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titisan terimba | keturunan, salasilah, susur galur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
genealogy | n 1. study of the history of families, geneaologi, kajian /salasilah, susur-galur/; 2. the history of members of particular family, salasilah, susur-galur; 3. chart representing this, rajah /salasilah, susur-galur/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
genealogical | adj geneaologi, salasilah, susur-galur: ~ records, rekod-rekod salasilah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
genealogist | n (student of geneaology) pengkaji /geneaologi, salasilah, susur-galur/; (expert in geneaology) pakar /geneaologi, salasilah, susur-galur/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
family tree | n salasilah keluarga. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
decision tree | salasilah keputusan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
event tree analysis (ETA) | analisis salasilah peristiwa | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Kaedah induktif yang merungkai urutan peristiwa yang boleh membawa kepada pelbagai keadaan kemalangan, iaitu bermula daripada peristiwa pencetus hingga kepada pelbagai keadaan akhir. |
saga | saga | Kesusasteraan | Tiada | Kisah legenda yang panjang tentang salasilah raja yang hebat, pahlawan, dan sesebuah keluarga. Saga sering disampaikan secara lisan tetapi mula dirakamkan secara bertulis pada abad ke-12. Saga sering dikaitkan dengan cerita dari Iceland dan negara Scandinavia. Saga mengandungi ciri-ciri ghaib, watak mitos atau watak yang berdarjat tinggi. Pada masa sekarang, istilah saga digunakan untuk merujuk kepada mana-mana legenda atau kisah yang melibatkan pengalaman dan kejayaan yang cemerlang dan menakjubkan. Contoh saga dari Scandinavia ialah Heimskrigla Saga yang menceritakan Raja Norway yang awal. Contoh dalam kesusasteraan Melayu ialah Silsilah Melayu dan Bugis yang meriwayatkan pengembaraan dan kehebatan wira-wira Bugis. Dalam sastera Arab, saga terdapat dalam trilogi Najib Mahfuz yang tersohor berjudul Bayn al-Qasrayn, Qasr al-Sharq, dan al-Sukkariyah. |
beef pedigree | pedigri lembu pedaging | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Lembu pedaging yang mempunyai rekod sejarah keturunan atau salasilah yang disahkan oleh sesuatu badan pembiakbakaan. Lembu ini mempunyai nilai yang tinggi kerana mempunyai ciri tertentu yang diingini seperti terdapat pada baka asal. Bagi meningkatkan baka dan kualiti, lembu ini dipelihara di ladang yang khas. |
end state | keadaan akhir | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keadaan kerosakan teras, pembendung atau persekitaran selepas melalui rangkaian peristiwa kegagalan dalam analisis salasilah peristiwa. |
teromba | teromba | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, ketiga-tiganya hampir sama digunakan untuk merujuk kepada susunan kata-kata adat. Contoh teromba: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Air melurut dengan bundarnya, Benar melurut dengan muafakatnya. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Yang tidak ada sama dicari, Sama sakit sama senang. Ke bukit sama mendaki, Ke lurah sama menuruni. Teromba berasal daripada bahasa Minangkabau yang bermaksud salasilah, keturunan seseorang, sekumpulan masyarakat sesuatu bangsa, dan sesuatu sistem. Teromba dikenali juga sebagai perbilangan. Lihat juga tamba, terasul. |
annal | catatan sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Catatan atau rekod bersifat sejarah yang ditulis berdasarkan urutan masa, tahun demi tahun secara kronologi. Ada kalanya catatan masa lengkap dengan tahun, bulan, dan hari. Catatan sejarah merupakan suatu bentuk penulisan sejarah yang awal. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, wujud sejenis karya yang mempunyai ciri-ciri penulisan catatan sejarah, yang dikenali sebagai karya sastera bercorak sejarah. Dalam karya berkenaan, unsur sejarah dapat dilihat, terutamanya berkaitan dengan penurunan salasilah raja-raja, pembukaan kota, dan rentetan peristiwa berkronologi yang berlaku dalam sesebuah kerajaan. Contoh karya dalam kesusasteraan Arab ialah Kital al-Suluk oleh al-Maqrizi. Manakala contoh karya catatan sejarah yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional ialah Hikayat Raja Pasai, Sejarah Melayu Hikayat Merong Mahawangsa, Misa Melayu, dan Tuhfat al-Nafis. Karya catatan sejarah juga disebut sebagai kronikel. Penggunaan kronikel mencakupi bidang yang lebih luas, meliputi peristiwa utama dalam pemerintahan seseorang raja, tetapi kurang memberi penekanan tentang susunan peristiwa tahun demi tahun. Annal berasal daripada perkataan Yunani annales yang bermaksud yearly books. Lihat juga kronikel. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sejarah | sejarah; 1 asal usul (keturunan), salasilah: ~ kaad salasilah keluarga; ~ a Melanau sejarah orang Melanau; 2 peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg lampau, kisah, riwayat, tambo: ~ a dana sejarah orang dahulu. | Melanau Mukah | |
susun II; ~ asel | salasilah: bup ~ Busui buku salasilah Busui; pe~ asel bersalasilah. | Melanau Mukah | |
salasilah | asel usul [asl usul] | Melanau Dalat | |
salasilah | asal-usul, katuunan, puih. | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tusut Ib | salasilah, susur galur. | Sementara tusut pula berbentuk separuh puisi, menjelaskan tentang asal usul keturunan keluarga, binatang-binatang dan tanaman. | Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
moginakan Kd | jamuan besar (majlis kesyukuran). | Pada masa lampau adat-istiadat untuk mengadakan jamuan besar yang dipanggil "Moginakan" diadakan setahun sekali. Dalam upacara ini, ia hanya dihadiri oleh kaum keluarga yang rapat dan yang mempunyai salasilah keturunan yang sama. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
salasilah | [sa.la.si.lah] | سلسيله |
|
|