Kata |
Takrif |
Sumber |
telepati | (télépati) perhubungan fikiran, perasaan, dsb secara langsung antara minda seseorang dgn minda seorang lain tanpa melalui deria yg biasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
minda | akal fikiran; daya berfikir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
minda | akal fikiran, daya berfikir: ~ yg disubur-kan dgn ilmu pengetahuan yg banyak, akan menjadi alat yg tajam utk mengatasi ber-bagai-bagai masalah dan mengilhamkan pemikiran baru; kita kurang menggunakan ~ utk berfikir. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
id | (Psi) bahagian minda yg berhubungan dgn naluri dan dorongan bawah sedar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gangguan fikiran | keadaan jiwa (perasaan atau minda) yg tidak tenteram, cemas, bercelaru dsb akibat sesuatu tekanan, terutamanya faktor luaran atau persekitaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
psikik | ist 1 berkaitan dgn jiwa atau minda manusia. 2 berkaitan dgn fikiran atau fenomena yg tidak dpt dijelaskan oleh hukum alam, spt mempunyai kekuatan dalaman yg luar biasa atau mempunyai kebolehan meramal sesuatu yg akan berlaku: kuasa ~. 3 orang yg mempunyai kebolehan, spt kekuatan dalaman yg luar biasa atau yg boleh meramal sesuatu yg akan berlaku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
keliberalan | perihal (sifat atau keadaan) liberal: keterbukaan dan ~ minda juga penting dlm menghadapi arus globalisasi ekonomi dunia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejantinaan | keadaan jantina (sama ada laki-laki atau perempuan), jenis kelamin: meminda perlembagaan utk menghapuskan beza-membeza yg berdasarkan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terterap | (telah) diterapkan (dipraktikkan, diserapkan dsb): konsep pendidikan seumur hidup sudah ~ ke dlm minda masyarakat kita; di sebalik peristiwa itu, ~ unsur pemikiran, falsafah dan nafas keislaman yg menjadi pegangannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reseptif | (réséptif) mudah, bersedia atau terbuka utk menerima (idea baru, cadangan, dsb): mereka begitu ~ terhadap rancangan baru itu; minda yg ~ kpd ilmu-ilmu moden. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
diseased | adj 1. berpenyakit: a ~ lung, paru-paru yg berpenyakit; 2. (fig.) sakit: a ~ mind, minda yg sakit. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
preconscious mind | minda prasedar | Perubatan | Psikiatri | Fikiran yang berada di bawah tahap kesedaran dalam tempoh tertentu, tetapi tidak sengaja dipadamkan daripada minda. |
surrealism | surealisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa minda dalam seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan minda dalam itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire. |
healing | rehat minda | Umum | Tiada | Proses apabila keadaan buruk atau emosi yang menyakitkan berakhir atau bertambah baik. |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dalam karyanya To the Lighthouse pula mementingkan ulangan imej dominan dalam memerikan lapisan dalaman watak untuk menimbulkan pada puitis. Frasa stream of consciousness dicipta oleh Willian James dalam bukunya Principles of Psychology (1890). Teknik ini dipelopori oleh Dorothy Richardson dalam novelnya yang berjumlah 12 jilid berjudul Pilgrimage (1915-1967), dan oleh James Joyce dalam Ulysses (1922). Teknik ini dimantapkan lagi oleh Virginia Woolf dalam Mrs. Dalloway (1925) dan oleh William Faulkner dalam The Sound and the Fury (1928). Contoh penggunaan teknik aliran kesedaran dalam kesusasteraan Melayu ditemui dalam cerpen Igau oleh Shahnon Ahmad. Dalam cerpen ini, Shahnon merakamkan perasaan dan pemikiran watak protagonis untuk mendedahkan rasa keterasingan, kesunyian, dan ketidaktentuan semasa di perantauan. Istilah ini dikenali juga sebagai arus kesedaran. |
psychological functions | fungsi psikologi | Kejururawatan | Tiada | Proses minda yang kompleks sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. |
reaction formation | pembentukan tindak balas | Perubatan | Psikiatri | Mekanisme pertahanan minda apabila emosi yang menyebabkan seseorang menjadi cemas atau emosi yang tidak boleh diterima, digantikan dengan tindakan yang berlawanan. |
idea | idea | Kesusasteraan | Tiada | Buah fikiran atau gagasan yang mengilhamkan minda pengarang untuk berkarya. |
occult fiction | fiksyen ilmu hitam | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang berasaskan sistem pemikiran mistik atau fiksyen supernatural. Fiksyen ilmu hitam berdasarkan andaian bahawa terdapat realiti misteri yang berada di luar jangkauan dunia nyata. Realiti misteri ini digarap melalui amalan seperti ilmu sihir dan telepati. Telepati ialah perhubungan fikiran dan perasaan secara langsung antara minda seseorang dengan minda seseorang yang lain tanpa melalui deria yang biasa. Fiksyen ini merangkumi cerita fantasi, seram, dan rasukan. Contohnya, The Exorcist oleh William Peter Blatty. |
life-cycle thinking | pemikiran kitar hayat | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | 1. Pendekatan minda yang prihatin agar tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar dalam melakukan aktiviti kehidupan. 2. Rangka kerja yang sistematik dengan mengambil kira pandangan menyeluruh terhadap pengeluaran dan penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan serta penilaian kesan terhadap alam sekitar melalui keseluruhan kitar hayat. |
thought insertion | selitan fikiran | Perubatan | Psikiatri | Kepercayaan bahawa fikiran individu yang lain atau kuasa luaran berada dalam minda seseorang. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
minda | akel [akl]; pikir [pikir] | Melanau Dalat | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
jubata Sk | dewa. | Mungkin inilah sialnya, gerutunya dalam minda yang sempit dan semakin payah digunakan untuk berfikir itu. Tulah apalah ini! Huh, disumpah Jubata agaknya. | Jambatan Laut China Selatan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
minda | [min.da] | ميندا |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
congak | mental arithmetic | Proses pengiraan dalam minda secara pantas. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
|
|