Kata |
Takrif |
Sumber |
pengkatalogan | proses dsb menyenaraikan sesuatu (nama barang, nama buku, dsb) dlm katalog, proses membuat katalog: sistem ~ di perpustakaan dgn penggunaan singkatan perkataan bahasa Malaysia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
katalog | senarai atau daftar nama buku, barang dll dlm susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
katalog(catalog) | 1. Arahan bagi menyenaraikan semua fail dalam satu direktori. 2. Susunan butiran maklumat yang disenaraikan mengikut peraturan tertentu. 3. Tindakan memasukkan maklumat perkara tertentu ke dalam jadual atau rekod yang tersusun. | Kamus Komputer |
katalog | senarai atau daftar nama buku, barang dll dlm susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali). | Kamus Pelajar |
katalog | 1. butiran senarai yg lengkap, biasanya mengikut abjad, berserta catatan tentang perinciannya; 2. senarai buku atau sumber di perpustakaan; mengkatalogkan 1. menyenaraikan maklumat tentang sesuatu barangan (spt buku, peralatan kosmetik) utk menghasilkan katalog barangan yg berkenaan; 2. membuat klasifikasi (pd sesuatu barang atau maklumat) utk disusun di dlm katalog, mis buku di perpustakaan, maklumat di muzium: sebanyak 1200 buah buku sudah dikatalogkan utk bacaan umum; pengkatalogan proses dsb menyenaraikan sesuatu (nama barang, nama buku, dsb) dlm katalog, proses membuat katalog: sistem ~ di perpustakaan dgn penggunaan singkatan perkataan bahasa Malaysia; pengkatalog orang yg mengkatalogkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faharasat | (Parsi) (nombor) senarai (daftar), katalog. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fail terkatalog(catalogued file) | 1. Fail komputer yang disusun mengikut sistem susunan tertentu. 2. Fail dalam direktori yang dipaparkan akibat penggunaan perintah katalog. | Kamus Komputer |
mengkatalogkan | 1. menyenaraikan maklumat tentang sesuatu barangan (spt buku, peralatan kosmetik) utk menghasilkan katalog barangan yg berkenaan; 2. membuat klasifikasi (pd sesuatu barang atau maklumat) utk disusun di dlm katalog, mis buku di perpustakaan, maklumat di muzium: sebanyak 1200 buah buku sudah dikatalogkan utk bacaan umum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
indeks | (indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat, katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas; ~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga (Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara (Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~ perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering digunakan; pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks: perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
catalogue | n katalog; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
card catalogue | n katalog kad. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
include | vt 1. have as part, termasuk: the price quoted ~s purchase tax, harga yg disebut termasuk cukai belian; her job ~d feeding the farm animals, kerjanya termasuklah memberi ternakan makan; 2. put in as part of a whole together with st, so. else, memasukkan; (of st enclosed) menyertakan: do you wish to be ~d in the team?, adakah kamu ingin dimasukkan ke dlm pasukan itu?; I am including an order form with the catalogue, saya sertakan borang pesanan dgn katalog ini; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
catalogue verse | puisi katalog | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang menunjukkan senarai rekod nama individu, tempat, peristiwa, objek atau buah fikiran. Puisi katalog bertujuan memudahkan ingatan atau hafalan tentang sesuatu susunan peristiwa, genealogi atau fakta. Teknik penyenaraian akan memberikan kesan ringkas, dramatik, dan ekonomik terhadap puisi tersebut. Puisi katalog biasanya wujud dalam karya epik, iaitu penglibatan hero dalam beberapa siri peperangan yang dibuat dalam bentuk senarai. Contohnya, karya Milton berjudul Paradise Lost yang memperlihatkan beberapa senarai genealogi dan unsur mitologi. Contoh lain terdapat dalam karya Walt Whitman berjudul Song of Myself (1855). Dalam karya tersebut, pengarang memasukkan beberapa senarai panjang tentang genealogi dan maklumat geografi yang berkaitan dengan susunan nama individu, tempat, dan pekerjaan yang terdapat di Amerika Syarikat. |
trade discount | diskaun perdagangan | Ekonomi | Tiada | Potongan ke atas harga barang yang disenaraikan dalam katalog barang oleh penjual borong atau pembekal kepada peruncit yang dapat membayar hutang lebih cepat daripada tempoh yang ditetapkan. Misalnya, diskaun perdagangan akan diberi jika pembeli boleh membayar dalam tempoh 7 hari bagi suatu pembelian kredit yang diberi tempoh pembayaran selama 30 hari. |
Preferred Products List (PPL) | Senarai Produk Pilihan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Senarai peralatan komersial yang telah mencapai piawaian Tempest dan keperluan lain yang digariskan oleh Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat. Senarai ini diterbitkan dalam Katalog Produk dan Perkhidmatan Keselamatan Sistem Maklumat yang juga diterbitkan oleh NSA. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
katalog | katalog [katalog] | Melanau Dalat | |
bererih | katalog | TETAW | |
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Pilihan (PPL); Id. daftar produk pilihan) Senarai peralatan komersial yang telah mencapai piawaian Tempest dan keperluan lain yang digariskan oleh Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat. Senarai ini diterbitkan dalam Katalog Produk dan Perkhidmatan Keselamatan Sistem Maklumat yang juga diterbitkan oleh NSA. seni bina keselamatan (Ig. security architecture; Br. seni bina keselamatan; Id. arsitektur sekuritas) Perincian lengkap tentang semua komponen dan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
katalog | [ka.ta.log] | کاتالوݢ |
|
|