Kata |
Takrif |
Sumber |
kekaraman | 1 mengalami bencana karam. 2 perihal karam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karam | 1 masuk atau terbenam dlm air (bkn kapal, perahu dll); tenggelam: Dua buah kapal musuh ~ di Teluk Siam. 2 terendam atau tenggelam dlm air; digenangi air: Apabila hujan turun dgn lebatnya, banyaklah kampung di situ yg ~. mengaramkan menjadikan (perahu dll) karam; menenggelamkan. kekaraman 1 mengalami bencana karam. 2 perihal karam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekaraman | 1. mengalami bencana karam. 2. perihal karam. | Kamus Pelajar |
karam | 1. masuk atau terbenam dlm air (bkn kapal, perahu dll); tenggelam: Dua buah kapal musuh ~ di Teluk Siam. 2. terendam atau tenggelam dlm air; digenangi air: Apabila hujan turun dgn lebatnya, banyaklah kampung di situ yg ~. mengaramkan menjadikan (perahu dll) karam; menenggelamkan. kekaraman 1. mengalami bencana karam. 2. perihal karam. | Kamus Pelajar |
kekaraman | 1. mengalami bencana yg mengakibatkan perahu dsb karam: mereka telah ~ di laut; 2. perihal karam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karam | 1. tenggelam (perahu dll): sebelum ~, barang-barang dlm kapal itu dapat diselamatkan; 2. digenangi (air): kampung itu ~ oleh air bah; ~ berdua basah seorang prb dua orang yg melakukan kesalahan tetapi seorang yg kena hukum; ~ di darat prb mendapat bencana di tempat sendiri (di tempat yg tidak sepatutnya); ~ di darat ada juga tinggal tungku lekar, ~ di laut habis sekali prb mendapat kesusahan di tempat sendiri, dapat juga meminta bantuan tetapi kalau di tempat orang, putus bicara; ~ di laut boleh ditimba, ~ di hati bilakan sudah prb kesedihan kerana kematian kekasih adalah lebih drpd kehilangan harta; ~ Kampar oleh Kuantan prb orang yg dikasihi merosakkan harta yg diberikan, tetapi ia tetap disayangi; ~ sambal oleh belacan prb mendapat kerugian oleh orang yg dipercayai (dikasihi); ~ tidak berair prb mendapat kecelakaan dgn tidak tentu sebabsebabnya; orang ~ di laut, aku ~ di darat prb mendapat bencana di tempat yg tidak patut mendapatnya; telah ~ maka bertimba prb setelah mendapat bencana baru ingat (menyesal); mengaram turun hendak tenggelam; disangka tiada akan ~, ombak yg kecil diabaikan prb kerana tidak menghiraukan bahaya yg kecil, maka ditimpa celaka yg besar; mengaramkan 1. menenggelamkan (perahu dll); 2. ki membencanakan, mencelakakan; kekaraman 1. mengalami bencana yg mengakibatkan perahu dsb karam: mereka telah ~ di laut; 2. perihal karam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
handam karam | rugi sehingga habis modal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andam karam | hilang sama sekali, habis semuanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
handam | ; ~ karam rugi sehingga habis modal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelem | Jk karam, tenggelam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
founder2 | vi 1. (of ship) fill with water and sink, karam: the vessel ~ed in the heavy seas, kapal itu karam di laut yg bergelora; 2. fail, gagal; (of relationship) hancur: the project ~ed for lack of funds, projek itu gagal akibat kekurangan wang; it seemed the sexual chemistry ran out and the marriage ~ed after six years, nampaknya tarikan seks telah mati dan perkahwinan itu hancur selepas enam tahun; 3. (of horse) fall, rebah: his exhausted horse ~ed and threw him, kudanya yg letih itu rebah dan dia terpelanting. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
appearance | b. (slowly) kelihatan: the castaways hopes were raised by the ~ of a ship on the horizon, harapan orang-orang yg kapalnya telah karam itu semakin meningkat apabila sebuah kapal kelihatan di ufuk; 2. occurrence, coming into existence, [various translations]: the ~ of tyranny again and again throughout history, wujudnya kezaliman yg berulang-ulang sepanjang sejarah; the ~ of political bias in his writings, terdapat sikap politik yg berat sebelah dlm tulisan-tulisannya; the first ~ of the word in English,munculnya kata itu utk kali pertama dlm bahasa Inggeris; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fail | 4. be unable, neglect (to do st), tidak, gagal, [sometimes tdk dapat]; (in negative construction), [no specif translation]: he had ~ed to turn off the gas, dia tidak menutup gas; some of the seeds ~ed to germinate, sesetengah biji benih tidak tumbuh; to ~ to obtain any information, gagal mendapatkan sebarang maklumat; the crane ~ed to haul the sunken boat up, kren itu tdk dapat menarik keluar perahu yg karam; an answer which cannot ~ to please him, jawapan yg pasti akan menyenangkan hatinya; I shall not ~ to do so, saya pasti akan berbuat demikian; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
tamsil | tamsil | Kesusasteraan | Tiada | Misalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat, kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kamu tersesak. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
unturu' | jari (tangan) | - | - | karam | - | jari kaki | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Rungus |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
karam | karam; 1 tenggelam, perahu, dll: ~ buyak ayad karam kena gelombang; 2 digenangi air; 3 ki tidak cukup makanan dlm sst majlis. | Melanau Mukah | |
karam | jahanam | TETAW | |
karam | celaka | TETAW | |
karam | busuk | TETAW | |
karam | kaam [ka.am] | Melanau Dalat | |
karam | kaam. | kedayan | |
apoh; ngapoh | 1 memungut atau menyelamatkan (sesuatu yg terapung di air): sida ~ orang ke karam peraunya mereka menyelamatkan orang yg perahunya karam itu; 2 mencuci dan mengatur (barang-barang spt pinggan mangkuk selepas menggunakannya); mengemas; 3 mengasuh; memeliha | Iban | |
ngiew karam | lahak | TETAW | |
mekaham | karam | TETAW | |
makahem | karam | TETAW | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
ilum Ib | pinang yang dikacip dan digulung dengan sirih berkapur untuk dimakan. | Mereka dua beradik mengancam dengan suara yang sangat nyaring. Meradana terus menampalkan ilum pinang ke timbau perahu seperti yang dinasihatkan oleh Kumang. Perahu itu terus senget dan hendak karam. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb Walaupun diu- sahakan namun akhirnya dia hampa. คว ้ าง [kwa:] ว terapung-apung: ผู ้ เคราะห ์ ร ้ ายจากเรือล ่ มลอยคว ้ างอยู ่ กลางทะเล Mangsa kapal karam terapung-apung di permukaan laut. ควาญ [kwa:n] น gembala gajah: หนุ ่ ม ๆ ชาวสุรินทร ์ เข ้ าร ั บการอบรมเพื่ อเป็นควาญช ้ าง Anak-anak muda wilayah Surin itu. โคลง 1 [klo:] น sejenis puisi Thai, klong โคลง 2 [klo:] ก 1 mengoleng: เด ็ ก ๆ โคลงเรือจนล ่ ม Budak-budak mengoleng perahu itu sehingga karam. 2 teroleng- oleng: เรือของเขาโคลงเมื่ อถูกคลื่ นซ ั ด Pera- hunya teroleng-oleng dipukul ombak. โคลน [klo:n] น lumpur, selut: รถค ั นน ั ้ น ตกลงไปในโคลน Kereta itu terjatuh
|
Kamus Thai 2.indb 1 [ap] น kotak kecil อับ 2 [ap] ว 1 ( กลิ่ น) hapak: เสื้ อตัวนั้ นมีกลิ่ น อับ Baju itu berbau hapak. 2 ดู อุดอู ้ อับปาง [appa:] ก karam: เรือสองลำ อับปางกลางทะเล Dua buah perahu ka- ram di tengah laut. อับอาย [apa:y] ว malu: เขารู ้ สึกอับอาย ที่ ตอบคำถามเป ็ นภาษาอังกฤษไม ่ ได ้ Dia bera- sa malu kerana |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
karam | [ka.ram] | کارم |
hendam-karam | [hen.dam.ka.ram] | هيندم - کارم |
handam-karam | [han.dam.ka.ram] | هندم - کارم |
|
Puisi |
---|
|
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta.
Lihat selanjutnya... |
|