Kata |
Takrif |
Sumber |
putus ikhtiar | sudah habis ikhtiar, hilang akal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putus bicara | a) = ~ ikhtiar sudah habis ikhtiar, hilang akal; b) = ~ kata sudah selesai (pembicaraan, perkara, dll); c) = ~ kata sudah mendapat kata sepakat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
daya I | 1. kekuatan, tenaga, keupayaan, kemampuan: ~ pengangkutan lori itu dua tan sahaja; usaha-usaha utk meninggikan ~ pengeluaran; ~ berfikir; 2. akal, ikhtiar, jalan (utk sesuatu); habis segala ~ habis ikhtiar; seribu ~ bermacam-macam akal (ikhtiar); 3. muslihat, tipu; tipu ~ tipu muslihat; ~ batin kekuatan batin; ~ cipta keupayaan (kebolehan) mencipta; ~ fikir kekuatan atau keupayaan utk menggunakan akal fikiran; ~ ghaib kuasa ghaib (spt kesaktian dsb); ~ gerak kekuatan utk bergerak; ~ ingatan kekuatan atau keupayaan fikiran utk mengingat sesuatu atau seseorang; ~ juang kemampuan utk berjuang atau memperjuangkan sesuatu dgn gigih; ~ kuda (Fiz) unit utk mengukur tenaga (enjin dll), kuasa kuda; ~ penarik (tarik) kekuatan (kebolehan) utk menarik sesuatu (benda, orang, dll); ~ tahan kemampuan utk mempertahankan diri atau bertahan drpd sesuatu ancaman (bahaya, penyakit dsb); ~ usaha = ~ utama kegiatan (usaha) utk memelopori sesuatu; sedaya = sedaya upaya; berdaya 1. mempunyai tenaga, bertenaga, berupaya: mereka sudah terlalu keletihan dan tidak ~ lagi; 2. mempunyai kemampuan (keupayaan): aku tidak ~ membalas budinya; tujuannya supaya kita berdisiplin, bersistem dan ~ menyelesaikan sesuatu persoalan yg rumit; 3. mempunyai muslihat (fikiran, ikhtiar); memperdaya, memperdayakan, mendaya, mendayakan menjalankan tipu daya (muslihat), menipu: apabila sudah begitu, mudahlah mereka mendayakan kami spt yg sudah diperdayakannya beberapa orang pelayan; mendayai 1. menipu, mengakali; 2. mempengaruhi; 3. memberi tenaga (kekuatan dsb); terdaya termampu, bertenaga, berkemampuan, berkeupayaan: jangan-jangan dia tidak ~ hendak menjalankan kerjanya nanti; hanya lima sen minyak utk pelita itu sahaja yg ~ oleh mereka setiap petang; terperdaya terkena tipu daya (muslihat), tertipu; kedayaan kebolehan membuat sesuatu; perdayaan tipu daya, tipu muslihat: tidak baik bertunang lama-lama, takut tidak terlawan ~ iblis nanti; pendayaan perihal (perbuatan) mendayai atau mendayakan, penipuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikhtiar | daya usaha yg dilakukan utk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan utk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ikhtiar | Ar 1. pilihan (pertimbangan, kehendak, pendapat, dll) yg terbaik: apa ~ tuan mengenai masalah ini?; terserah kpd ~ tuan terserah kpd pertimbangan tuan; telah kehabisan ~ tidak dapat berbuat apa-apa lagi, telah hilang akal; 2. daya, upaya, usaha: segala ~ telah dijalankan tetapi penyakitnya belum juga sembuh; mencari ~ mencari jalan, mencari akal; ~ menjalani, untung menyudahi prb usaha mestilah dijalankan utk mencapai sesuatu maksud (berhasil atau tidaknya terserahlah kpd nasib); berikhtiar berusaha, berdaya upaya: sekarang sudah sampailah masanya kita ~ membantu dia; mengikhtiarkan 1. mengusahakan, mencarikan jalan (akal, daya upaya, dll): dia telah berjanji akan ~ bantuan bagi sekolah itu; 2. memberikan pendapat (pertimbangan, nasihat, dll): kami ~ saja, diterima tidaknya terserahlah kpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikhtiar | daya usaha yg dilakukan utk mencapai sesuatu: Bermacam-macam ~ telah dilakukan tetapi penyakitnya belum juga sembuh. berikhtiar mencari jalan utk mendapatkan sesuatu; berusaha: Kerajaan sekarang sedang ~ utk menolong petani-petani. mengikhtiarkan mengusahakan sesuatu supaya berhasil; mencari akal: Mereka berjanji akan ~ pengumpulan wang utk membantu pelajar itu meneruskan pelajarannya. | Kamus Pelajar |
tawakal | berserah kpd Tuhan setelah berikhtiar, percaya dgn sepenuh hati kpd Tuhan (dlm penderitaan, kesusahan, dll): fikirannya menjadi amat sabar, ~ dan menyerah; habis akal baru ~ sesudah dijalankan ikhtiar (dan jika tidak berjaya) barulah berserah kpd Allah; bertawakal berserah kpd Tuhan setelah ber-ikhtiar, tawakal: manusia hanya perlu ber-usaha, bersabar dan ~, pesan Ustaz Aminudin; ketawakalan keadaan tawakal: hal tersebut diandaikan sbg suatu ~ kpd kekuasaan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akal | 1. budi, fikiran: ceritanya termakan oleh ~; 2. daya upaya, ikhtiar; menjalankan bermacam-macam ~ menjalankan bermacam-macam ikhtiar; 3. muslihat, tipu daya: itu ~nya sahaja; ~ budi fikiran yg sihat; ~ bulus = ~ kancil = ~ ubi tipu muslihat yg licin; ~ dua jengkal berasa diri sama dgn orang lain; ~ geladak tipu muslihat yg jahat; ~ melintas fikiran yg mendatang; ~ sari sl satu hari nanti; ~ sejengkal berasa diri lebih drpd orang lain; ~ tiga jengkal berasa diri kurang drpd orang lain; ~ akar berpulas tak patah prb orang yg pintar tidak mudah kalah dlm bersoal jawab; ~ tak sekali datang, runding tak sekali tiba prb tidak ada usaha yg serta-merta jadi sempurna; ilmu dan ~ dihalai-balaikan itulah tanda orang yg lalai prb janganlah lengah menyelidiki ilmu-ilmu dan menambah pengetahuan; lubuk ~ tepian ilmu prb dikatakan kpd orang yg pandai; akal-akal pura-pura, dibuat-buat: dia tu demam ~ sahaja, dia tidak hendak pergi ke sekolah; seakal; ~-akal = ~ budi = sebudi ~ sekuat-kuatnya, dgn segenap tenaga dan fikiran; berakal mempunyai akal (fikiran), cerdik (dapat berfikir), pandai mencari akal (ikhtiar): manusia ialah makhluk yg ~; mengakali 1. mencari akal (ikhtiar) utk melakukan sesuatu: diakalinya agar dapat mengahwini puteri itu; 2. menipu, memperdaya: tidak baik ~ cikgu; mengakalkan mencarikan ikhtiar (daya upaya); terakalkan dapat difikirkan oleh akal: apakah yg diliputi dan yg ~? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
upaya | usaha utk mencapai sesuatu maksud; ikhtiar: tidak ada ~ tidak ada usaha atau ikhtiar. berupaya 1 berkebolehan atau mampu membuat sesuatu: Ia tidak ~ lagi memperdamaikan mereka. 2 berusaha dgn sekuat tenaga. mengupayakan 1 mencari jalan utk mengusahakan sesuatu; mengikhtiarkan. 2 menjadikan mampu atau dpt mencapai sesuatu; membolehkan: Usaha yg dijalankan itu ~ syarikat mencapai sasaran yg ditetapkan. keupayaan kesanggupan atau kemampuan utk melakukan sesuatu. pengupayaan perihal atau perbuatan mengupayakan. seupaya-upayanya setakat yg terdaya; sedapat-dapatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
upaya | usaha utk mencapai sesuatu maksud; ikhtiar: tidak ada ~ tidak ada usaha atau ikhtiar. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
effort | n vigorous attempt, usaha, ikhtiar: all ~s failed, semua ikhtiar gagal; 2. (colloq) result of effort, hasil: for a child of nine, that paintings a pretty good ~, bagi kanak-kanak yg berumur sembilan tahun, lukisan itu merupakan hasil yg cukup baik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
last-ditch | adj terakhir: a ~ effort, ikhtiar terakhir; a ~ fight with bayonets, perjuangan terakhir dgn menggunakan bayonet. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
contrivance | n 1. act, faculty of contriving, ikhtiar, usaha; 2. inventive ability, ingenuity, kebolehan (mencipta): such things are still beyond human ~, perkara spt itu adalah di luar kebolehan manusia; 3. device, alat: a ~ which mechanically polishes shoes, alat yg dapat menggilap kasut secara mekanik; 4. artful scheme, helah: a ~ to mislead the police in their investigations, suatu helah utk mengelirukan polis dlm siasatan mereka. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
health seeking action | ikhtiar kesihatan | Kejururawatan | Tiada | Tindakan individu yang mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mencapai kualiti hidup yang optimum. Contoh, pemakanan yang seimbang dan mengamalkan senaman secara teratur. |
political will | kemahuan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Semangat perjuangan yang kental bagi merealisasikan sesuatu cita-cita politik. Kesungguhan politik ini terbentuk apabila individu atau sesebuah organisasi bergerak sepenuh masa, tenaga dan ikhtiar untuk mencapai cita-cita politiknya. Walaupun ia mungkin menghadapi rintangan, sekatan, kesusahan atau cabaran, namun perjuangan yang berterusan tanpa takut dan putus asa telah menunjukkan kesungguhan politik yang kuat. Kesungguhan ini semata-mata kerana matlamat idealisme politiknya dan bukan kerana kepentingan peribadi, keuntungan ekonomi atau jawatan. Contohnya, Mahatma Gandhi memiliki kesungguhan politik yang tulen semasa berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan India dan setelah berjaya, beliau tidak mahu menjadi perdana menteri. Sinonim kesungguhan politik. |
clerihew | syair ejekan | Kesusasteraan | Puisi | Syair yang mengandungi nada dan persoalan yang boleh menimbulkan kesan ejekan. Persoalan yang timbul dalam puisi ini menggambarkan tentang kehidupan tingkah laku yang tidak memberi faedah. Contohnya, syair "Pedoman Belia" karya Za'ba di bawah. Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ikhtiar | gaya [gaya]; atur [atur] | Melanau Dalat | |
ikhtiar | iktia. | kedayan | |
baruding | ikhtiar | TETAW | |
ketiyer | ikhtiar. | Melanau Mukah | |
akel | akal; 1 fikiran: seritasiyen nda masuok ~ ceritanya tidak termakan akal; 2 daya upaya, ikhtiar: mejalan masem-masem kereja meseti pebak ~ menjalankan bermacam-macam kerja mesti menggunakan akal; 3 ki tipu: siyen buyak ~ a dia kena tipu orang; 4 ki malas; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
ikhtiar | [ikh.tiar] | اختيار |
|
|