Kata |
Takrif |
Sumber |
tukar | bp = bertukar; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); ~ cincin saling memberi cincin tanda (pd hari per-tunangan); ~ ganti memberi ganti (benda yg telah hilang dll); ~ tambah bertukar barang dgn memberi tambahan wang; bertukar 1. memberi dan menerima gantinya, saling memberi: kedua-dua lelaki berjabat tangan, sedang kedua-dua perempuan ~ sapa; 2. berubah kpd bentuk (rupa dll) yg lain: mukanya yg jernih tadi tiba-tiba ~ menjadi muram; ~ dr yg sudah-sudah berlainan (berubah) dr yg sudah-sudah; 3. berganti dgn yg lain, bersalin (pakaian dll), bersilih (kulit, bulu, dll): timbanya yg dibuat drpd upih itu empat hari sekali ~; 4. berpindah dr suatu tempat ke tempat yg lain (dr kereta ke kereta yg lain dll): dia sekarang sudah ~ ke Ipoh; ~ adat berubah adatnya (berlainan drpd yg biasa); ~ akal menjadi gila; ~ baju (pakaian) bersalin baju (pakaian); ~ bulu a) berganti dgn bulu yg baru (burung dll), bersilih bulu; b) ki berubah pegangan (pendapat, pendirian, dll); ~ fikiran a) berbincang, berbahas; b) berubah pendapat (pendirian dll); c) gila; ~ ganti berganti dgn yg baru; ~ haluan berubah arah (haluan dll); ~ hati a) sudah berubah perasaan hati; b) lain di mulut lain di hati; ~ kulit a) bersalin kulit (ulat dll); b) ki berubah pendapat dll; ~ lalu bertukar barang dgn tidak menambah wang; ~ sebut tidak sama atau berbeza pendapat (perkataan dll); ~ tangan berpindah kpd orang lain (pihak lawan dsb); ~ tempat a) yg satu berpindah ke tempat yg lain dan kebalikannya; b) berpindah tempat; seiring ~ jalan, seia ~ sebut prb orang yg setujuan maksud atau faham tetapi berlainan cara melaksanakannya; bertukar-tukar 1. selalu berganti, berganti-ganti; 2. saling mengambil hak orang lain (kerana tersalah atau tersilap); 3. saling memberi: mereka dibenarkan ~ hadiah yg kecil-kecil; kami sering berbincang dan ~ pendapat; bertukaran, bertukar-tukaran saling memberi sesuatu, beri-memberi: mata kami sentiasa bertukar-tukaran pandangan yg membawa makna; menukar 1. mengganti dgn yg lain: ~ pakaian; 2. merubah kpd keadaan yg lain: air boleh ditukar menjadi wap jika dipanaskan; kemudian ia ~ haluannya serta belayar menghala ke utara; 3. menghantar (meletakkan dll) ke tempat lain, memindahkan; 4. Mn membeli-belah, berbelanja; tukar-menukar saling memberi, beri-memberi: pd zaman dulu orang menjalankan per-niagaan dgn cara ~ barang; menukari memberi sesuatu sbg ganti, meng-ganti: ~ wang kertas dgn wang perak; menukarkan 1. menggantikan dgn yg lain: yg dibuat oleh baginda itu hanyalah ~ orang Portugis yg lemah dgn orang Belanda yg lebih kuat; 2. mengubahkan kpd sesuatu yg lain (menjadi sesuatu yg lain): ketiga-tiga itu pun mulalah bertapa dan bersetuju ~ nama mereka; 3. menghantarkan (memindahkan, meletakkan dll) ke tempat lain: aku akan ditukarkan ke Pahang bulan depan; mempertukarkan 1. menukarkan; 2. men-jadikan bertukar(-tukar); tukaran sesuatu yg ditukarkan, pengganti: jikalau tuan hendak melepaskan katak ini berilah ~nya; pertukaran perihal bertukar (mempertukarkan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara); penukaran perihal menukarkan (mengubahkan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan: diada-kan ~ tandatangan sbg cenderamata; penukar orang atau alat yg menukar(kan); ~ wang orang yg menukar wang (wang dlm negara dgn wang luar negara). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berganti | bertukar, berubah, beralih menjadi; ~ nama bertukar namanya; ~ pakaian bertukar pakaian; hari (minggu, bulan, tahun) ~ hari (minggu, bulan, tahun) selepas hari dll ini hari dll kemudiannya pula; satu ~ satu satu demi satu bertukar, bergiliran; silih ~ = saling ~ = ganti-~ bergilir-gilir atau bertukar-tukar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pindah | bertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan merugikan; berpindah 1. beralih tempat (kediaman, kerja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbincangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; memindah 1. bp = memindahkan; 2. = memindah-mindah, pindah-memindah menjangkit(-jangkit), menular(-nular); memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali memindahkan; 2. menjangkiti, menulari; memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; pindahan barang (harta dll) yg dipindahkan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah; kepindahan kejangkitan, ketularan; perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertukar lalu | bertukar barang dgn tidak menambah wang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertukar tambah | bertukar barang dgn memberi tambahan wang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertukar barang | bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertukar | ; ~ barang bertukar barang dgn barang (dlm perdagangan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukar; bertukar | bertukar-tukaran saling memberikan sesuatu: ~ hadiah. | Kamus Pelajar |
tukar; bertukar | bertukar-tukar saling berganti; berganti-ganti. | Kamus Pelajar |
berputar | 1 bergerak berkeliling; berpusing; berkisar: Jarum panjang ~ lebih cepat drpd jarum pendek. 2 bertukar arah atau bertukar hala; berbelok; berkelok: ~ haluan. ~ belit berlaku tidak jujur; berubah-ubah (janjinya dll). ~ fikiran berubah fikiran. ~ lidah berbelit-belit perkataannya; mungkir janji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
exchange | vt 1. give (st) and receive (st) in return, (letters, presents, etc) berbalas-balas, bertukar-tukar; (addresses , business cards, photographs, etc) bertukar-tukar; (views, ideas, etc) bertukar-tukar: the heads of state ~d gifts, ketua-ketua negara itu bertukar-tukar hadiah; ~ blows, bertumbuk(-tumbukan), berbalas-balas tumbukan; ~ glances, saling pandang-memandang, berbalas pandangan; ~ greetings, bertegur-sapa, saling sapa-menyapa, berbalas-balas sapaan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exchange | 2. a. give (so., st) in place of (so., st) else, bertukar-tukar; (seats, places) bertukar: the two countries ~d prisoners, kedua-dua negara itu bertukar-tukar orang tawanan; b. replace (st) with (st else) menukarkan: the shop refused to ~ the damaged goods, kedai itu enggan menukarkan barang yg bercacat tersebut; you can ~ these shoes if they dont fit, kamu boleh menukarkan kasut ini sekiranya tdk muat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
interchange | vi bertukar; (with each other) saling bertukar; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
change | ~ over, bertukar kpd: we have ~d over to the metric system, kami telah bertukar kpd sistem metrik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
change | ~ into, bertukar menjadi: the burnt egg-shell ~s into lime, kulit telur yg dibakar bertukar menjadi kapur; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
change | vi 1. alter, transform, berubah, bertukar; (of person) berubah: her feelings for him have ~d perasaannya thdp lelaki itu telah berubah; relations between the two countries have ~d for the better, perhubungan antara kedua-dua buah negara itu telah berubah menjadi bertambah baik; shes ~d a lot, dia telah banyak berubah; 2. vary, shift, berubah-ubah: fashions ~, fesyen berubah-ubah; 3. (of traffic lights) bertukar warna: Im waiting for the lights to ~, saya menunggu lampu isyarat bertukar warna; 4. put different clothes on os, /bersalin, bertukar/ pakaian: to ~ for dinner, bersalin pakaian utk makan malam; 5. alight from one vehicle and board another, bertukar + approp n : he ~d at the junction, dia bertukar bas di persimpangan itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
exchange | ~ st with, bertukar-tukar sst dgn; (greetings, glances, etc) berbalas-balas sst dgn: she ~d shoes with her sister, dia bertukar-tukar kasut dgn kakaknya; ~ words with so., /bertengkar, berkelahi, bertikam lidah/ dgn sso. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
changeable | adj 1. inconstant, berubah-ubah, bertukar-tukar: his ~ nature, sifatnya yg berubah-ubah; 2. alterable, /dapat, boleh/ /berubah, bertukar/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
interchange | vt 1. put each in the place of the other, menukarkan: the front tyres should be ~d with the back tyres, tayar hadapan patut ditukarkan dgn tayar belakang; 2. exchange, bertukar-tukar; (letters, greetings, etc) saling [v]: to ~ gifts, bertukar-tukar hadiah; to ~ ideas, bertukar-tukar fikiran; the two universities arranged to ~ students regularly, dua buah universiti itu mengatur utk bertukar-tukar pelajar secara tetap; greetings were ~d between the heads of states, ketua-ketua negara itu saling berutus or berkirim utusan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
changeableness | n berubah-ubahnya, bertukar-tukarnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
green water | air hijau | Perikanan | Akuakultur | Air yang telah bertukar menjadi warna hijau disebabkan oleh pertumbuhan fitoplankton. |
colour changeling | (setem) ubah warna | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem yang bertukar warna disebabkan oleh bahan kimia atau perubahan cuaca. |
mutating virus | virus pemutasian | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang sentiasa bertukar sifat atau bentuk selepas jangkitan. Keadaan ini boleh menyebabkan virus tersebut sukar atau tidak dapat dikesan oleh perisian antivirus berdasarkan tandatangan virus. |
polymorphic virus | virus polimorfik | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang boleh bertukar bentuk, sifat dan kandungan untuk melepasi pengesahan antivirus. |
electrochromic | elektrokromik | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan bagi bahan yang sifat optiknya berubah, seperti bertukar warna apabila bahan diletakkan dalam bahan elektrolit dan dikenakan medan elektrik luar. Perubahan sifat optik ini berlaku disebabkan oleh pengoksidaan atau penurunan bahan tersebut apabila disuntik dengan cas positif atau negatif. Perubahan ini dapat berbalik apabila arah medan elektrik luar disongsangkan. Kegunaan bahan elektrokromik adalah sebagai tingkap pintar. Contohnya, filem tipis tungsten dioksida, polianilina dan kromium oksida. |
tangentiality | tangentialiti | Perubatan | Psikiatri | Gangguan pemikiran apabila seseorang yang sedang berbual-bual tiba-tiba bertukar ke topik yang lain dan tidak kembali ke topik yang asal. Keadaan ini sama seperti yang dialami oleh pesakit skizofrenia, penyakit dwikutub dan sindrom otak organik. |
vapour lock | sekat wap | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Keadaan dalam sistem bahan api yang menyebabkan bahan api cecair bertukar menjadi wap dan menghasilkan buih. Keadaan ini menyebabkan penghantaran bahan api ke karburetor atau penyuntik bahan api terhalang atau terhenti sepenuhnya. Proses pemeluwapan ini berlaku akibat kenaikan suhu atau penurunan tekanan dalam talian bahan api. Lihat juga talian balikan wap. |
planned happenstance | kebetulan terancang | Psikologi | Tiada | Sudut pandangan seseorang untuk mencipta peristiwa yang mempunyai peluang tersebut tetapi bertukar menjadi peluang sebenar. |
free wheel | gegancu bebas | Sukan | Lumba Basikal | Alat yang mempunyai bilangan gerigi yang tetap atau yang boleh bertukar-tukar. |
automatic transmission | penghantaran automatik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem penghantaran kenderaan yang mempunyai kedudukan nisbah gear yang bertukar secara sendiri. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
liwah | tukar | keliwah | bertukar | - | - | - | Binaan Bangunan dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
palaki' sukat | sejenis bengkarung yang boleh bertukar warna mengikut persekitaran; sumpah-sumpah | - | - | - | - | - | - | Murut |
halang pamaluyan | sejenis bengkarung yang boleh bertukar warna mengikut persekitaran; sumpah-sumpah | - | - | - | - | - | - | Murut |
maliu | memtamorfosis | ngaliu | mengubah sesuatu benda kepada bentuk lain | batu' ~ | - | batu yang dipercayai bertukar daripada manusia | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
bagih | 1 bertukar-tukar khidmat; saling membantu: kami duai ~ kami saling membantu; 2 memberi tanah utk dikerjakan dng bayaran balik sebahagian hasil tanaman; pawah (tanah). | Iban | |
bali III | 1 tukar; ubah: ukoi ~ sj bengkarung yg bertukar warna kulitnya; bunglon: uji ~ alus agi ukir kayu nya sila ubah supaya lebih halus lagi ukiran kayu itu; 2 lusuh; pudar turun (bkn kain); | Iban | |
lelamaih | beluncas nyatuh, ulat daun nyatuh; ~ gelaguhuong kepompong beluncas nyatuh; ~ seletan beluncas nyatuh yg mengerosong sebelum bertukar menjadi kepompong; ~ tekap beluncas nyatuh yg masih merayap; angaih ~ ranggas pokok nyatuh yg daunnya habis dimakan oleh | Melanau Mukah | |
kulat | kulat, cendawan; ~ buhuong kulat taun MS; ~ ihet kulat rabuk; ~ luweang sj kulat yg terdapat pd pokok meranti yg sudah reput selepas dipetik kulat ini bertukar warna jadi hitam, boleh dimakan; ~ mabuok kulat beracun; ~ nyok sj kulat yg berminyak, boleh d | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
nyadi Ib | tanduk jadian (rusa, pelanduk, kijang) yang bertukar menjadi batu dan boleh dijadikan ubat. | Pelanduk juga berjanji untuk berpesan kepada cucu-cicitnya supaya menghadiahkan manusia dengan tanduk nyadi untuk dijadikan tangkal. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melaban Ib | sejenis pokok yang tumbuh di hutan. | Selepas Puteri itu mandi, tubuhnya bertukar muda kembali. Sebenarnya kulit pokok melaban sentiasa berganti-ganti, dan begitu juga sekiranya seorang manusia di bumi memiliki tangkal batu kulit melaban, dia tidak berubah menjadi tua walaupun usianya telah meningkat. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
peda Bj | sejenis parang. | Tukul dua paun digunakan apabila parang guuk dan peda yang dibuat bertukar ganti itu hampir siap. Guuk dikerjakan apabila sebahagian sahaja lagi yang perlu dibentuk dan dibaiki, cuma peda yang nampaknya memerlukan lebih masa lagi. | Pendayan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
guuk Bj | sejenis parang. | Tukul dua paun digunakan apabila parang guuk dan peda yang dibuat bertukar ganti itu hampir siap. Guuk dikerjakan apabila sebahagian sahaja lagi yang perlu dibentuk dan dibaiki, cuma peda yang nampaknya memerlukan lebih masa lagi. | Pendayan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bakas Bj Sm, Kd, Tb | 1. sumpah seranah. | BAKAS .! sumpahnya. Dia memegang batang busai itu erat-erat. Kayuhnya telah berubah. Daripada perlahan, kini bertukar menjadi cepat. Semacam mengikut kemarahan hatinya. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keromong Ib | sejenis alat muzik berupa gong kecil yang diperbuat daripada tembaga. Ia terdiri daripada tujuh buah dengan bunyi yang berlainan. | Kami yang datang beramai-ramai ini, ialah untuk menepati janji yang telah kami buat dengan ayah Kumang. Rombongan kami ini yang datang berserta dengan gong dengan keromong, ialah hendak meminta dibahagikan batu bulan purnama, batu Petakang Bintang Tiga dengan batu intan yang bercampur permata, yang boleh bertukar menjadi manusia dan boleh juga bertukar menjadi pengaruh yang boleh membawa harta benda. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb NH 2 . Sebatian amina aromatik berbentuk cecair yang bermi- nyak, tidak berwarna, mempunyai bau cirian, takat didih 184.4ºC, larut dalam alkohol, kloroform, dan eter, larut sedikit dalam air, dan bertukar menjadi warna perang apabila terdedah pada udara dan cahaya. Anilina disediakan se - cara penurunan nitrobenzena oleh serbuk besi dengan bermangkinkan asid hi- droklorik. Anilina digunakan untuk membuat bahan pewarna, pengantioksida atau kupu-kupu dan lalat gergaji. (BIO) catharsis (katarsis) Lihat abreaction. (UBAT) cation exchange capacity (keupayaan pertukaran kation) Kebolehan sesuatu bahan pepejal yang dalam keadaan bersentuhan dengan larutan untuk saling bertukar kation. Kation tertentu yang tidak terikat dengan kuat dalam pepejal tersebut berpindah ke dalam molekul bahan larutan. Kat- ion yang bebas dari larutan berpindah masuk ke dalam pepejal tersebut. Sifat
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd asal diubah suai supaya virus baru ini lebih sukar dikesan, lebih cepat merebak atau lebih berbahaya. virus pemutasian (Ig. mutating virus; Br. virus pemutasian; Id. Virus pemutasian) Virus yang sentiasa bertukar sifat atau bentuk selepas jangkitan. Keadaan ini boleh menyebabkan virus tersebut sukar atau tidak dapat dikesan oleh perisian antivirus berdasarkan tandatangan virus. virus berperisai (Ig. armoured virus; Br. virus berpelindung dilancarkan apabila pengguna lain cuba mencapai fail asal dengan membekalkan arahan yang mengandungi nama fail tersebut. virus polimorfik (Ig. polymorphic virus; Br. virus polimorfik; Id. virus poloimorfik) Virus yang boleh bertukar bentuk, sifat dan kandungan untuk melepasi pengesanan antivirus. virus sektor (Ig. sector virus; Br. virus sektor; Id. virus sektor) Virus yang menjangkiti sektor but pada cakera komputer atau disket. Virus
|
Kamus Thai 2.indb melapah da ging batang pinang untuk dijual. แลก [lε:k] ก menukar: คุณสามารถแลกเงิน ได ้ ที่ ธนาคาร Anda boleh menukar wang di bank. แลกเปลี ่ ยน [-pli an] ก bertukar-tukar: ผู ้ เล ่ นทั้ งสองฝ ่ ายแลกเปลี่ ยนเสื้ อกัน Para pe- main kedua- dua pasukan bertukar- tukar jersi. แล ่ ง [lε] น tabung anak panah แล ้ ง [lε:] 1 ดู ฤดูแล ้ ง ว 2 kemarau: ต ้ นไม ้ จำนวนมากตายในฤดูแล ้ ง
|
Kamus Thai 2.indb klap] ก balik, pulang กลับกลอก [-kl:k] ว dolak-dalik: เพื่ อนบ ้ านของฉ ั นชอบพูดจากล ั บกลอก Jiran saya suka bercakap dolak-dalik. กลับกลาย [-kla:y] ก berubah menjadi, bertukar menjadi: จากตำรวจเขากล ั บกลาย เป็นอาชญากร Dari seorang pegawai po- lis dia berubah menjadi penjenayah. กลัว [klua] ก takut: ฉ ั นไม ่ กล ั วผี Saya tidak takut akan hantu |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
bertukar-tukaran | [ber.tu.kar.tu.ka.ran] | توکر-توکرن |
bertukar-tukar | [ber.tu.kar.tu.kar] | برتوکر-توکر |
bertukar | [ber.tu.kar] | برتوکر |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kertas litmus | litmus paper | Kertas yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu larutan itu berasid atau beralkali. Kertas litmus akan bertukar daripada warna biru kepada merah jika larutan itu berasid. Kertas litmus merah akan bertukar kepada biru jika larutan itu beralkali. | Menengah Rendah |
kemeruapan | volatility | Keupayaan sesuatu bahan bertukar menjadi gas atau wap. | Menengah Atas |
penyejatan | evaporation | Proses yang berlaku apabila cecair bertukar menjadi wap pada suhu di bawah takat didih, hanya melibatkan permukaan cecair dan boleh berlaku sepanjang masa. | Menengah Rendah |
penukargantian | substitution | Proses tindak balas yang melibatkan atom hidrogen bertukar ganti satu per satu dengan atom halogen. | Menengah Atas |
pengewapan | vapourization | Proses apabila cecair menyerap tenaga haba dan bertukar menjadi gas. | Menengah Atas |
nikotina | nicotine | Sebatian yang berbentuk cecair likat yang tidak berwarna tetapi bertukar menjadi warna perang apabila terdedah kepada udara dan takat didih 247°C. Nikotina terdapat semula jadi dalam tembakau dan larut dalam air, alkohol, kloroform dan eter. Nikotina boleh menyebabkan ketagihan. | Menengah Rendah |
takat lebur | melting point | Suhu apabila sesuatu bahan dalam keadaan pepejal bertukar menjadi cecair. | Menengah Atas |
pendeaminan | deamination | Proses penyingkiran kumpulan amino daripada asid amino untuk menghasilkan ammonia, dan kemudiannya bertukar menjadi urea dan asid urik. | Menengah Atas |
penunjuk hidrogen karbonat | hydrogen carbonate indicator | Penunjuk yang digunakan untuk menguji kehadiran gas karbon dioksida. Penunjuk ini akan bertukar warna daripada merah kepada kuning yang menunjukkan kehadiran karbon dioksida. | Menengah Rendah |
ujian Millon | Millons test | Ujian untuk menguji kehadiran protein. Mendakan putih terbentuk apabila protein ditambahkan dengan reagen Millon. Kemudian, mendakan putih bertukar menjadi merah bata apabila campuran dipanaskan. | Menengah Rendah |
|
Puisi |
---|
|
Hari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun?
Lihat selanjutnya... |
|