Selamat Tengah Hari Ahad, 23 Mac 2025
Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) ialah Khidmat Nasihat berkaitan Bahasa, Sastera, Penerbitan, dan Korporat DBP.
Arkib Soalan
Kata Kunci  
Klasifikasi Soalan (KS)




Terdapat 43285 rekod dijumpai.

BilSoalanJawapanTarikh Soalan
1 Saya meminta pihak tuan/puan untuk menyemak bahasa dalam lampiran.

Untuk makluman tuan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified).

Pihak kami akan menyediakan sebut harga.

20/03/2025
2 Semak hatinya apabila dia gagal dalam pepriksaan akhir tahun. Ayat yang betul ialah "Susah hatinya apabila gagal dalam peperiksaan akhir tahun".19/03/2025
3 Null

Ayat yang betul ialah:

Mata pelajaran ini berkaitan dengan pengetahuan tentang kemahiran, kecergasan dan kesihatan. Di sekolah rendah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mula diajar dari tahun satu hingga tahun enam manakala di sekolah menengah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan mula diajar dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

18/03/2025
4 Selamat sejahtera, ayat ini "Hobi saya ialah membaca" yang salah atau betul, jelaskan. Terima kasih.

Ayat “Hobi saya ialah membaca” tidak betul. Membaca merupakan kata kerja. Kata pemeri “ialah” hadir di hadapan frasa nama atau kata nama, tidak boleh hadir di hadapan kata kerja.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 89, 90, 263, 264 dan 385.

18/03/2025
5 Adakah variety dalam linguistik variasi atau varieti?Padanan bagi istilah variety (Linguistik) dalam bahasa Melayu ialah kelainan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.17/03/2025
6 Tuan, saya keliru dengan penggunaan dari / daripada: 1) Ali menurunkan almari (dari / daripada) lori. Yang mana satu betul? dari atau daripada? 2) Siti turun (dari / daripada) bas sekolah. Yang mana satu betul? dari atau daripada? Terima kasih tuan.

Jawapan yang betul ialah:

1) Ali menurunkan almari dari lori.

2) Siti turun dari bas sekolah.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 265 - 272.

16/03/2025
7 Salam sejahtera, Saya ingin bertanya mengenai terjemahan bagi perkataan "Factory Outlet". Pihak tuan mencadangkan frasa "Barangan Terus Dari Kilang", tetapi ia terlalu panjang untuk papan tanda fasad kedai kami. Adakah terdapat pilihan lain yang lebih ringkas dalam bahasa Melayu yang masih membawa maksud yang sama? Jika ada, mohon cadangan pihak tuan. Terima kasih.

Setakat ini tiada sebarang perubahan terhadap padanan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi “Factory Outlet”. Cadangan padanan terjemahan “BARANGAN TERUS DARI KILANG” telah diselaraskan bagi semua iklan yang berkaitan.

14/03/2025
8 Saya ingin bertanya maksud perkataan berikut dalam bahasa melayu yang sesuai untuk poster pertandingan memasak. Cook, Compete, Conquer berikan cadangan-cadangan dari pihak tuan/puan.Cadangan terjemahan yang sesuai ialah "Memasak, Bersaing, Menakluk" mengikut konteks dan konsep yang mahu diketengahkan.14/03/2025
9 Adakah skema ayat berikut betul? 'Kenalah mendaftar bawah <nama produk>!' Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dan terperinci bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang bersesuaian.14/03/2025
10 Tolong semakan.

Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi:

i.     Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com

 atau

ii.    Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), melalui talian 03-4145 1800 atau e-mel info@itbm.com.my

14/03/2025
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 ...

Kembali Ke Laman DBP
© Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia
Reka Bentuk: Abu Bakar bin Haji Buyong, Bahagian Sistem Maklumat, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Kembali Ke Laman DBP