Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
HIKAYAT NABI WAFATSASTERAKarya
NABI SULAYMAN A.S.

Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah

Sulayman ibn Daud Alaihimassalam yang berasal

dari keturunan Yahudha ibn Yakub ibn Ishaq. Nabi

Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi

Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh

itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman

melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi

Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun

usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman

seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan

pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas

untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh

Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya

berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan

dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan

fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara

dua orang perempuan tentang kedudukan kanak-

kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam

Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman

membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik

sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa

tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah

mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis.

Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi

Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula.

Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat

penyembelihan binatang korban.

UMUM
WASIATWASIAT, perkataan daripada bahasa Arab yang bermakna menyatakan kehendak atau pesanan terakhir sebelum wafat.  Pengertian yang sama digunakan dalam budaya Melayu, khususnya terhadap peninggalan harta secara bertulis atau lisan.  Dalam ertinya yang umum, wasiat mendapat makna yang khusus dalam kesusasteraan Melayu lama bercorak sejarah.  Mengikut teks bercorak sejarah seperti Hikayat Raja-Raja Pasai atau Sulatatus Salatin, sudah menjadi  tradisi bagi raja-raja yang memerintah dalam menghadapi saat terakhirnya, berpesan kepada putera pewaris takhta tentang betapa pentingnya bagi putera itu apabila menjadi raja kelak berlaku adil.  Tradisi ini dikatakan wasiat terakhir seorang raja kepada bakal penggantinya.BUDAYAPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
SAM'ANIY, AL-

Samaniy, al- (506562 H./11131167 M.) ialah

pakar sejarah, salasilah dan keturunan serta ahli

geografi. Nama penuhnya ialah Abd al-Karim ibn

Muhammad ibn Mansur al-Tamimiy al-Samaniy al-

Maruziy. Dia juga dipanggil Abu Saad. Dia terkenal

kerana telah banyak mengembara untuk menuntut

ilmu dan mempunyai ramai guru. Ada pendapat

yang mengatakan bahawa bilangan gurunya

melebihi 5000 orang. Dia sangat tekun dalam

pembacaan dan membuat kajian sehingga berjaya

menghasilkan 50 buah buku. Antara hasil

karangannya ialah Kitab al-Ansab, Tarikh Maru yang

mengandungi lebih daripada 20 jilid, Kitab Tadhyil

Tarikh Baghdad li al- Khatib, Tarikh al-Wafat li al-

Mutaakhkhirin min al-Ruwat dan lain-lain. Dia juga

amat mahir dalam bidang salasilah dan keturunan

sehingga menulis buku Al-Ansab yang mencatatkan

biografi tokoh-tokoh terkenal sama ada dari segi

sejarah atau ilmiah. Dia menyusun nama mereka

menurut susunan abjad.

UMUM
NABI YAKUB A.S.

Nabi Yakub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak.

Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani

Israel . Baginda digelar Israel yang bermakna roh

Allah dalam bahasa Ibrani. Nabi Yakub a.s. lahir di

Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Yakub a.s.

dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi

Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya

menyuruh Nabi Yakub a.s. pergi bermusafir

menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq

kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah

sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di

sana , Nabi Yakub a.s. mengahwini dua orang anak

perempuan pak ciknya. Nabi Yakub a.s. juga

diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu.

Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah

melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran

asbat (puak). Setiap mereka inilah yang menjadi

bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan

Nabi Yakub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih

mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang

telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui

konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah

mengembalikan penglihatannya setelah dia

menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Yakub

a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu

selepas lama kehilangannya, serta lama

menanggung kesedihan dan penderitaan yang

berat. Nabi Yakub a.s. wafat di Mesir setelah 17

tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi

Yusuf a.s.

UMUM
1
Tesaurus
 
wafat
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :mati