Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MERCURY

Mercury ialah utusan tuhan dan dewa

perjalanan dalam mitologi Rom. Orang Rom

purba turut memuja Mercury sebagai dewa

perdagangan, harta, dan kekayaan. Perkataan

commerce, merchandise dan merchant berkait

rapat dengan namanya.Orang Rom menganggap

Mercury agak licik dan mengelirukan, serta

seorang penipu atau pencuri. Penjenayah

menganggapnya sebagai pelindung mereka.

Mercury menyerupai dewa Hermes dalam

mitologi Yunani.

UMUM
ABU AYYUB AL-ANSARIY

Abu Ayyub al-Ansariy (? 52 H./ ? 672 M.),

salah seorang sahabat besar dan turut menghadiri

Baiah al-Aqabah yang kedua. Nama penuhnya

ialah Khalid ibn Zayd al-Ansariy dari Bani al-Najjar,

suku Khazraj di Madinah (YathribTibah). Ketika

Rasulullah SAW berhijrah dan sampai di Madinah,

Baginda tinggal dan menetap di rumah Abu Ayyub

al-Ansariy r.a. sehinggalah masjid dan rumah

Baginda dibina pada tahun itu.

UMUM
THE WEST COUNTRY

The West Country ialah bahagian barat daya

England . Ia merangkumi kaunti Somerset, Devon

dan Cornwall. Sesetengah orang turut

memasukkan Avon dan Gloucestershire. The West

Country pada keseluruhannya ialah kawasan luar

bandar yang rendah. Pertanian dan pelancongan

ialah pekerjaan utama, tetapi kawasan ini

mempunyai pelbagai jenis industri pembuatan,

perlombongan dan kejuruteraan.

UMUM
SISTEM WESTMINSTER

Sistem Westminster ialah satu bentuk

pemerintahan yang dikembangkan di Britain pada

tahun 1700-an dan 1800-an. Ia turut dilaksanakan di

tanah jajahan British termasuk Australia dan New

Zealand. Ciri penting sistem ini ialah penumpuan

terhadap fungsi kerajaan dalam perundangan dan

eksekutif (pengurusan).

UMUM
MARLBOROUGH, DUKE OF

Marlborough, Duke of (16501722) ialah

jeneral British yang teragung. Dia memenangi

kejayaan yang cemerlang berturut-turut di

Blenheim, Ramillies, Oudenaarde, dan Malplaquet

dalam kempennya dalam Perang Rebut Takhta

Sepanyol (lihat Pertempuran Blenheim).

UMUM
AJAX THE GREATER

Ajax the Greater,  Putera Raja Telamon dalam

mitologi Yunani ialah salah seorang wira Yunani yang

paling berani yang turut berjuang dalam Perang

Trojan. Namanya dalam bahasa Latin ialah Ajax,

sementara dalam bahasa Yunani Aias . Dia dikenali sebagai

Ajax the Greater bagi membezakannya dengan Ajax

the Lesser, iaitu seorang lagi pahlawan Yunani dalam

Perang Trojan.

UMUM
DRYDEN, JOHN

Dryden, John (16311700) ialah penulis Inggeris

yang hebat semasa zaman Pemulihan (kira-kira

dari tahun 1660 hingga tahun 1700). Dia turut

berjaya sebagai seorang penyair, dramatis dan

pengkritik sastera.

UMUM
PHOENIX

Phoenix (pend. 983 403; pend. kaw. met.

2 112 101) ialah ibu negeri dan bandar terbesar

Arizona . Ia adalah pusat peranginan utama dan

turut dikenali sebagai tempat membuat peralatan

komputer dan elektronik. Bandar ini terletak di

Lembah Sungai Salt, sebuah kawasan tanah rata

yang dikelilingi gunung rendah. Phoenix diasaskan

pada tahun 1870.

UMUM
TEAPOT DOME

Teapot Dome ialah salah satu skandal kerajaan

yang paling jahat dalam sejarah Amerika. Skandal ini

terjadi semasa Pentadbiran Presiden Warren G.

Harding yang turut menjatuhkan martabatnya di

kalangan Presiden Amerika Syarikat.

Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat dan sebuah

suruhanjaya khas telah menyiasat skandal ini dari

tahun 1922 hingga tahun 1928.

UMUM
MUSLIM IBN UQBAH IBN RABAH AL-MURRIY

Muslim ibn Uqbah ibn Rabah al-Murriy

ialah cendekiawan zaman Umawiyyah yang amat

tegas. Dia mengenali Rasulullah s.a.w. dan turut

serta dalam peperangan Siffin bersama-sama

tentera Muawiyah dalam barisan tentera jalan kaki.

Salah satu matanya buta. Dia dilantik oleh Yazid ibn

Muawiyah r.a. sebagai panglima umum untuk

menundukkan penduduk Madinah yang

memberontak terhadap Yazid serta penentangnya.

Abu Uqbah menyerang Madinah pada tahun 63 H./

683 M. dan berlaku peperangan antara kedua pihak

dalam satu pertempuran hebat yang dikenali dalam

sejarah sebagai pertempuran al-Harrah.

UMUM
Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.



Lihat selanjutnya...