Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Padi lurut selasih lurut, Bawa belayar tanah seberang; Budi turut kasih pun turut, Jangan harap hatilah orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang buah pulang ke laut, Khabar berita saya turut; Bunga hadiah saya menyambut, Tutur belia saya menurut.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Limau purut limau sembawa, Limau manis tibak-tibakkan; Akan turut tidak dibawa, Tinggal menangis sidak-sidakkan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pok-pok bunga di kendi, Dalam kendi berkaca bunga; Ikut turut mengenal budi, Dalam budi saya terkena.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Mudik ke Hulu Bukit Beruas, Ambik kulit jemur tenggiri; Adik turut ambo tak puas, Cuma abang tak insafkan diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau nak lurut padi muda, Kenalah rendam bagi rapuh; Kalau nak turut hati muda, Kena pegang bagi kukuh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanjung Rami banyak rumput, Tiga dengan Teluk Berembang; Berilah tali saya nak turut, Saya nak dengar cakap cik abang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang selat airnya surut, Tempat orang menanam padi; Tuan pulang saya nak turut, Tidak kuasa menahan hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sayang selat airnya surut, Tempat orang menanam padi; Tuan pulang saya nak turut, Tidak kuasa menahan hati.
Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...