Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Turut hadir atau yang turut hadir? Turut diundang atau yang turut diundang? Turut mengundang atau yang turut mengundang? | Kedua-dua frasa, turut hadir dan yang turut hadir boleh digunakan. | Tatabahasa | 20.07.2012 |
Adakah 'juga' dianggap unsur lewah sekiranya kita telah menggunakan turut? Contohnya, Dia turut juga terlibat dalam kes itu. Adakah 'juga' dianggap lewah sekiranya kita telah menggunakan 'turut'? | Salam sejahtera, perkataan juga dan turut dianggap unsur lewah kerana tidak boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 05.10.2020 |
Adakah 'juga' dianggap unsur lewah sekiranya kita telah menggunakan turut? Contohnya, Dia turut juga terlibat dalam kes itu. Adakah 'juga' dianggap lewah sekiranya kita telah menggunakan 'turut'? | Salam sejahtera, perkataan juga dan turut dianggap unsur lewah kerana tidak boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat. Sekian, terima kasih.
| Tatabahasa | 01.10.2020 |
Selain itu, dia juga turut menerima pingat. Adakah "juga turut" dalam ayat ini dianggap lewah? | Ayat ini lewah. Pilih salah satu sahaja, juga atau turut. | Lain-lain | 18.08.2021 |
3. Pengerusi turut mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah serta selamat datang kepada ahli JLAKS yang baru dinaikkan ke pangkat Pemangku Laksamana Pertama mulai 19 Sep 13 seperti berikut: 4. Mesyuarat juga dimaklumkan, terdapat ahli JLAKS yang tidak dapat hadir pada mesyuarat kali ini seperti berikut: | Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama. Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, puan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat. | Lain-lain | 13.01.2014 |
Selain isu buli,seminar itu turut membincangkan tentang masalah pengangguran yang semakin meningkat.Mohon pembetulan | Selain isu buli, seminar itu turut membincangkan masalah pengangguran yang semakin meningkat. | Tatabahasa | 06.06.2015 |
Selain petsembahan koir, acara sukanaeka turut diadakan sebagai PELENGKAP/KELENGKAPAN kepada sambutan Hari Guru. Terima kasih~ | Selain petsembahan koir, acara sukanaeka turut diadakan sebagai PELENGKAP sambutan Hari Guru. | Tatabahasa | 09.09.2014 |
apa beza turutlah dan turutilah? | Turutlah daripada kata dasar turut + partikel lah, manakala turutilah daripada kata dasar turut + akhiran -i + partikel lah. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Frasa yang paling tepat: 1) Dua minggu berturut-turut 2) Dua minggu berturut 3) Dua minggu berturutan | Frasa yang paling tepat ialah Dua minggu berturut-turut | Tatabahasa | 09.02.2018 |
Apa kesalahan ayat berikut? 1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. 2.Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah. | 1. Turut menghadiri majlis itu ialah para pemimpin dari negara asing. - ayat ini betul 2. Pesalah itu dijatuhkan hukuman penjara kerana kes pengedaran dadah. - salah dan penggunaan yang betul ialah dijatuhi. Apitan di-...-i ialah bentuk pasif meN-...-i yang menandakan lokatif, iaitu tempat berlakunya perbuatan - menjatuhi + objek (orang). Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 207. | Tatabahasa | 24.06.2011 |