Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SPINA BIFIDA

Spina bifida ialah sejenis kecacatan yang

berlaku pada spina dan wujud semasa lahir. Spina

menutupi dan melindungi saraf tunjang. Dalam

kecacatan spina bifida, saraf tunjang tidak

terbentuk dengan baik dan vertebrat dan kulit tidak

dapat membentuk di sekelilingnya.

UMUM
MIELITIS

Mielitis ialah keradangan saraf tunjang atau

sumsum tulang dan selalunya disebabkan oleh

virus atau jangkitan lain. Poliomielitis ialah satu

bentuk mielitis. Bentuk lain termasuk sklerosis

berbilang dan penyakit anjing gila. Gejala

penyakit mielitis selalunya termasuk

sakit belakang dan lumpuh.

UMUM
NEUROLOGI

Neurologi ialah bidang perubatan yang

berkaitan dengan diagnosis dan rawatan

terhadap penyakit sistem saraf dan otot. Sistem

saraf mengandungi otak, saraf tunjang, dan saraf

(lihat Sistem saraf ). Ahli neurologi ialah doktor

yang menerima latihan kepakaran dalam

neurologi selepas tamat sekolah perubatan dan

latihan sambil kerja. Mereka menilai dan

merawat pesakit yang mengalami sakit kepala,

mendapat serangan sakit jantung tiba-tiba, atau

strok atau pesakit yang mendapat gangguan

seperti penyakit Alzheimer, Huntington,

meningitis, sklerosis berbilang, distrofi otot, dan

Parkinson.

UMUM
AMPHIOXUS

Amphioxus juga dinamakan lanselet ialah

haiwan laut yang kecil yang hidup di dalam air

cetek. Ia merupakan hubungan antara vertebrat

dengan invertebrat. Amphioxus tidak mempunyai

otak yang jelas, tetapi mempunyai kord saraf yang

terdapat di sepanjang belakangnya yang seperti

saraf tunjang haiwan yang mempunyai tulang

belakang.

UMUM
KUSTA

Kusta juga dikenali sebagai penyakit Hansen,

ialah sejenis penyakit berjangkit yang kronik.

Penyakit ini khususnya menyerang bahagian kulit;

membran mukus, terutamanya dalam hidung; dan

sistem saraf periferal, yang merangkumi saraf yang

menghubungkan saraf tunjang dengan otot-otot.

Pada peringkat lanjut penyakit ini, fungsi mata, hati,

limpa, otot, dan sumsum tulang juga boleh terjejas.

Kusta biasanya tidak membawa maut. Walau

bagaimanapun, pesakit yang tidak dijaga atau

dirawat boleh mengalami kecacatan pada bentuk

tangan dan kaki.

UMUM
TABES

Tabes, bermakna badan yang menyusut. Perkataan

ini pernah digunakan untuk menggambarkan

keadaan yang menyebabkan penyusutan ini. Namun,

kini penggunaannya secara eksklusifnya adalah

untuk menggambarkan penyusutan badan yang

disebabkan oleh sifilis, sejenis penyakit kelamin.

Dalam keadaan ini ia dikenali sebagai tabes dorsalis

yang bermakna penyusutan di bahagian dorsal

(belakang) saraf tunjang. Seseorang yang mengalami

keadaan ini menghadapi kesukaran untuk

mengimbangkan pergerakannya. Dia juga mungkin

kehilangan deria rasa di bahagian tangan dan kaki,

dan otot kakinya menjadi semakin lemah. Saraf

optik, iaitu sejenis saraf mata, juga mungkin terjejas.

UMUM
ADAT PERKAHWINAN MURUT

ADAT PERKAHWINAN MURUT, adat perkahwinan diamalkan oleh masyarakat Murut yang tinggal di Sabah. Sistem sosial yang menjadi amalan suku Murut di Pensiangan ialah barian (hantaran sampai mati) atau barian kahwin seumur hidup. Sistem ini masih dianggap sebagai tunjang adat bagi mengukuhkan tali persaudaraan antara ibu bapa dan anak perempuan yang telah kahwin. Ibu bapa perempuan atau saudara-maranya berhak meminta atau mengambil sesuatu benda yang disukai daripada menantunya pada bila-bila masa tanpa memikirkan sama ada perbuatannya itu menyenangkan menantunya ataupun sebaliknya.

 

BUDAYAKonsep
1
Tesaurus
 
tunjang
Kata Terbitan : bertunjangkan, menunjang, tunjangan, penunjang,

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.



Lihat selanjutnya...