Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.

Takrif

Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang.

Takrif

Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuak terbeli, tunjang hilang). tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut.

Takrif

Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut). tunjang = akar yang di atas tanah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tuak terbeli, tunjang hilang.

Takrif

Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali.

Takrif

Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang, b. Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang). mali-mali = sebangsa tumbuhan yang mempunyai tunjang juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tunjang
Kata Terbitan : bertunjangkan, menunjang, tunjangan, penunjang,

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.



Lihat selanjutnya...