Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Karyawan ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukan saya tolak buluh, Saya tolak batang padi; Bukan saya kehendak sungguh, Saya jolok nak tengok hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari-hari tolak bertimba, Jaraknya batang jambu; Hari-hari tolak bercinta, Hajat hati guring sekelambu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal Acheh Salleh tolak, Mari terlena di Pulau Minyak; Setengah kasih setengah tidak, Antara jangan dicampur hendak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Menghadap raja di Acheh, Lipat kajang suntingkan kain; Beradab berkata kasih, Tolak belakang mencari lain.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak keling duduk di upih, Duduk berjuntai di permatang; Kalau nak tolak kenal berkasih, Nanti si undai akan datang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan sengat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hati; Kus semangat abang seorang, Tolak belakang ada ganti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan selangat ikan sembilang, Tebuk belakang ambil hatinya; Kus semangat tuan seorang, Tolak belakang ada gantinya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kacip baling ke bulan, Bintang tidak meninggi hari; Saya ke mari menghadap tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Harap-harap kelapa puan, Tidak puan kelapa bali; Harap ke mari kepada tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi.
1
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Puisi
 

Tolak laju terus ke Pahang,
     Haluan menuju Kuala Parit;
Bagaimana hati tak sayang,
     Hartaku habis bukan sedikit.



Lihat selanjutnya...