Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan, 1. saling tolak-menolak 2. tolak-menolak 3. saling menolak Saya berasa bahawa "saling tolak-menolak" adalah salah dan jawapan yang betul ialah "tolak-menolak" atau " saling menolak". Adakah jawapan saya ini betul? Saya tidak pasti akan jawapan saya ini. Tolong berikan penjelasan kenapa perlu letak "tolak menolak/saling menolak". Terima kasih.Frasa yang betul ialah "saling menolak" atau "tolak-menolak".  Tolak-menolak ialah perbuatan bersalingan, maka tidak perlu lagi perkataan saling dalam kata tersebut.Tatabahasa01.05.2014
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apakah maksud JKE/JKP/Pembinaan/Tolak-JKE/Tolak-JKP/Pracetak pada status semakan manuskrip. Bolehkah terangkan secara terperinci. Status pada manuskrip saya ialah JKP. Terima kasih atas bantuan pihak tuan.Salam sejahtera,
JKE bermaksud Jawatankuasa Editorial.
JKP bermaksud Jawatankuasa Penerbitan.
Pembinaan bermaksud judul sedang ditulis sehingga siap manuksrip lengkap.
Tolak JKE bermaksud judul ditolak pada peringkat Jawatankuasa Editorial.
Tolak-JKP bermaksud judul ditolak pada peringkat Jawatankuasa Penerbitan.
Pracetak bermaksud peringkat atur huruf, reka bentuk dan akhirnya cetak.

Status manuskrip JKP bermaksud manuskrip tuan dalam peringkat diajukan untuk kelulusan JKP.

Terima kasih.
Lain-lain23.03.2012
Apa maksud "titik tolak"?Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll).Makna08.07.2008
Adakah menulis dalam apa-apa dokumen rasmi frasa kata "bertitik tolak daripada itu" termasuk dalam bahasa persuratan dan dibolehkan..Bertitik tolak membawa maksud 1. bermula: persoalan itu harus ~ dgn mengenal pasti punca masa­lahnya; 2. berasal atau berpunca (drpd). Oleh itu, "bertitik tolak daripada itu" tidak salah digunakan dalam dokumen rasmi.Lain-lain10.08.2019
apakah kata ganda bagi perkataan tolak?sekian terima kasih.Tolak-menolak.Tatabahasa17.11.2009
Salam, Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan peribahasa yang pernah digunakan(bahasa pasar). Adakah peribahasa "tolak batu dan kayu" atau "tinggal batu dengan kayu" wujud? Jika tidak, apakah ayat yang sebenarnya digunakan?Ungkapan "tolak batu dan kayu" bukanlah peribahasa, hanyalah ungkapan yang lazim digunakan dalam bahasa percakapan. Ungkapan tersebut digunakan lazimnya bagi mereka yang tidak memilih makanan, apa sahaja yang terhidang di hadapannya dia boleh makan.Tatabahasa25.03.2015
Adakah perlu tanda baca koma sebelum perkataan iaitu? 2. Mengapakah Bertitik tolak daripada itu tidak boleh dijadikan penanda wacana? 3. Seperkara lagi atau seperkara itu?1. Tidak perlu tanda "koma" sebelum perkataan "iaitu".
2. "Titik" ialah "kata nama", biasanya penanda wacana ialah "kata tugas". Oleh itu "bertitik tolak" bukan penanda wacana.
3. "Seperkara lagi"
Tatabahasa10.10.2014
Salam. Saya nak tahu tentang cara guna awalan "me(n-)" dengan betul kerana panduan yang saya ada tidak begitu jelas. 1. Dia menolak meja ke tepi. 2. Dia tolak meja ke tepi. Mana satu betul? Atau dua-dua pun betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia menolak meja ke tepi.

Penggunaan perkataan tolak sesuai digunakan dalam ayat perintah seperti ayat Tolak meja ke tepi.
Tatabahasa04.09.2016
Mohon terjemahan yang betul ke dalam Bahasa Malaysia untuk: Calibration - Kalibrasi Compliance - Komplians Quarantine - Kuarantin Approve - Lulus Reject - Tolak Adakah benar?Terjemahan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. calibration - penentukuran
2. compliance - pematuhan/komplians
3. quarantine - kuarantin
4. approve -  lulus/setuju
5. reject - tolak
Istilah19.09.2013
maksud tolok?Menurut kamus dewan, tolak membawa maksud bandingan, imbangan (yg sama), tara. Tolok juga membawa maksud sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), Indocarpus edulis.Makna12.12.2012
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Puisi
 

Tolak laju terus ke Pahang,
     Haluan menuju Kuala Parit;
Bagaimana hati tak sayang,
     Hartaku habis bukan sedikit.



Lihat selanjutnya...