Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu.

Takrif

Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan. olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebab budi boleh kedapatan.

Takrif

Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah tampak kaki ular.

Takrif

Tingkah laku seseorang yang jahat yang sudah mulai diketahui.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sumbang di mata, binasa hati.

Takrif

Tingkah laku yang tiada baik menimbulkan anggapan yang jahat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan.

Takrif

Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Putih kapas boleh dilihat, putih hati berkeadaan.

Takrif

Kejujuran seseorang hanya dapat dilihat pada tingkah laku atau perangainya saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang.

Takrif

Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mata kejam, bantal membuat ragam.

Takrif

Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang). ragam = tingkah laku.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tingkah (kata nama)
Bersinonim dengan ragam, kerenah, olah, canda;,
Kata Terbitan : tingkah laku, bertingkah,