Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
DI SINI TIADA PERHENTIANDI SINI TIADA PERHENTIAN, kumpulan puisi karya Zurinah Hassan diterbitkan oleh Penerbitan Pewarna, Kuala Lumpur pada tahun 1977. Kumpulan setebal 43 halaman ini memuatkan 38 buah puisi yang dihasilkan oleh Zurinah sejak bulan April 1973 hingga bulan November 1976.SASTERAKarya
SYAHADAHlafaz kalimah umat islam-pengakuan tiada tuhan selain Allah dan nabi Muhammad pesuruh AllahAGAMAKonsep
EROPAH

Eropah merupakan tempat lahir peradaban Barat.

Tiada benua lain yang mempunyai pengaruh yang

sebegitu besar terhadap sejarah dunia selain

Eropah. Idea tentang politik Eropah, penemuan

sains, seni dan falsafah, dan kepercayaan

keagamaan berkembang ke seluruh dunia dari

zaman Yunani. Perkembangan peradaban dunia

baharu, termasuklah benua Australia dan New

Zealand, dan Amerika Utara dan Amerika Selatan

berasaskan peradaban Eropah.

UMUM
DESPOTISME

Despotisme ialah satu bentuk kerajaan yang

ketuanya mempunyai kuasa yang tiada had

terhadap rakyatnya. Despot tidak semestinya jahat

dan zalim. Mereka mungkin baik dan bertimbang

rasa, dan malah mereka mungkin meletakkan

kebajikan rakyat mengatasi kepentingan diri

sendiri.

UMUM
KAWASAN TENANG

Kawasan tenang ialah kawasan yang biasanya

sedikit sekali berangin atau tiada langsung

berangin. Beberapa kawasan di permukaan bumi

dikenali sebagai kawasan yang selalu tenang.

Kawasan tenang ini termasuk utara dan selatan

garisan lintang kuda , utara dan selatan wilayah

subkhutub dan doldrum khatulistiwa.

UMUM
MINYAK MINERAL

Minyak mineral ialah cecair yang jernih, tidak

berwarna, dan berminyak yang hampir tiada rasa

atau bau. Ia juga dinamakan parafin cecair,

petrolatum cecair, minyak mineral putih, dan

minyak parafin putih . Minyak mineral digunakan

dalam sediaan ubatan dan kosmetik seperti julap

dan tonik rambut. Ia juga digunakan sebagai pencair

(pelarut) dalam pembuatan plastik, dan sebagai

pelincir dalam operasi perindustrian. Minyak

mineral diperoleh apabila pecahan (bahagian yang

diasingkan) petroleum dididihkan pada 316C

hingga 399C.

UMUM
SISTEM KUKU BESI

Sistem kuku besi ialah satu bentuk kerajaan

yang ketuanya mempunyai kuasa yang tiada had

terhadap rakyatnya. Pemimpin kuku besi tidak

semestinya jahat dan zalim. Mereka mungkin baik

dan bertimbang rasa, dan mereka juga mungkin

meletakkan kebajikan rakyat mereka lebih penting

daripada diri mereka sendiri. Tetapi kebiasaannya,

pemimpin despot tidak dikongkongi oleh orang

sekeliling mereka dan mereka kadang-kadang

menggunakan sepenuh kuasa mereka untuk

menjaga kedudukan mereka.

UMUM
ORNITOPTER

Ornitopter ialah mesin yang direka bentuk untuk

terbang dengan mengepakkan sayapnya seperti

burung. Tiada sesiapa yang pernah berjaya

membina ornitopter, tetapi manusia mengimpikan

kenderaan demikian sejak zaman dahulu.

UMUM
ALAM

Alam ialah unit klasifikasi biologi paling besar.

Semua organisma hidup tergolong dalam satu

alam, tetapi tiada organisma yang tergolong dalam

lebih daripada satu alam.

UMUM
SAKARIN

Sakarin ialah pemanis sintetik. Ia dibuat

daripada toluena dan petroleum. Sakarin lebih

kurang 300 kali semanis gula meja tetapi tidak

mempunyai karbohidrat dan tiada nilai makanan.

Sakarin juga mempunyai rasa pahit.

UMUM
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Hendak makan pinang tiada,
     Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
     Baru kutahu hatiku hampa.



Lihat selanjutnya...