Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair.

Takrif

Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.

Takrif

Sangat miskin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair.

Takrif

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sama juga kain basahan sehelai, timah sesuku, kalau tak timah pergi terasa mendapat.

Takrif

Benda yang tiada berharga tiada berapa diendahkan orang, kecuali oleh orang yang benar-benar berkehendakkan benda itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada terlerai kerbau berlaga dengan janjang.

Takrif

Tidak dapat menceraikan orang yang sedang berkasih sayang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada terjilat oleh anjing.

Takrif

Perbuatan yang sangat tercela.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada terempang peluru oleh lalang.

Takrif

Kehendak orang yang berkuasa tidak tertahankan oleh orang yang lemah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada terbuangkan tahi mata dengan empu kaki.

Takrif

Aib sanak saudara kita tentu kita ikut memikulnya, takkan dapat dipikul oleh orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada terbawa sekam segantang.

Takrif

Sangat lemah; tidak berdaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada telap oleh asai.

Takrif

Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Hendak makan pinang tiada,
     Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
     Baru kutahu hatiku hampa.



Lihat selanjutnya...