Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai anjing tersepit di pagar.

Takrif

Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melepaskan anjing tersepit, sudah lepas dia menggigit.

Takrif

Menolong orang yang tiada tahu berterima kasih.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kerbau tersepit leher: dihela tanduk sudah panjang, dilalukan badan sudah besar.

Takrif

Terdorong melakukan sesuatu pekerjaan yang salah, tidak mungkin menarik diri lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bak anjing tersepit.

Takrif

Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing terpanggang ekor, b. Bagai anjing tersepit di pagar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.

Takrif

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit.

Takrif

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tua-tua penyakit, muda ubat; sesudah tersepit baru tahu akan sifat.

Takrif

Sesudah menderita kecelakaan, baru berikhtiar atau berunding hendak melepaskan diri daripada kecelakaan itu. (Peribahasa lain yang sama makna: Sudah kalah baru berkubu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah.

Takrif

Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anjing terpanggang ekor.

Takrif

Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing tersepit di pagar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

Takrif

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
sepit
Kata Terbitan : menyepit, tersepit, penyepit,