PeribahasaTermakan di sadah.TakrifSangat kesal hati kerana tertipu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTermakan (di)cirit berendang.TakrifDi bawah kuasa isteri. cirit = ampas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti ayam termakan rambut.TakrifBunyi nafas yang sesak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air.TakrifOrang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Telentang sama tertiarap bersama memakan pasir).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNasi tersenduk tidak termakan.TakrifTidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan.TakrifLahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai diurap dengan daun katang-katang.TakrifSangat marah. (Biasa juga: Bak termakan lemang mentah). katang-katang = sebangsa tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTelentang sama menadah embun, tertiarap bersama memakan pasir.TakrifOrang yang seia-sekata dalam pergaulan. (Peribahasa lain yang sama makna: Tertungkup sama termakan tanah, tertelentang sama terminum air).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |