Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KAKI TOMBOL

Kaki tombol ialah bentuk kaki yang luar biasa,

selalunya terjadi sejak kelahiran. Walau

bagaimanapun, ia berkemungkinan juga terjadi

kemudian akibat daripada kemalangan atau

poliomielitis atau disebabkan penyakit-penyakit

lain. Keadaan tersebut juga dinamakan talipes.

UMUM
TALASEMIA

Talasemia ialah penyakit darah secara keturunan

yang menyebabkan anemia. Penyakit ini terjadi

terutamanya pada kanak-kanak yang keturunannya

berasal dari kawasan Mediterranean. Talasemia

juga terjadi pada orang Amerika kulit hitam dan

sesetengah orang Asia dan Timur Tengah.

Tubuh kanak-kanak yang menghidap talasemia

tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang

mencukupi, iaitu pigmen yang memberikan warna

merah pada sel darah. Hemoglobin juga membawa

oksigen ke tisu tubuh. Kekurangan hemoglobin

menyebabkan organ mangsa kekurangan oksigen

yang diperlukan. Gejala talasemia wujud semasa

kelahiran atau muncul kira-kira enam bulan

kemudian. Gejala ini termasuk kulit pucat, keletihan,

kerengsaan, selera terjejas, dan pertumbuhan

terencat. Kanak-kanak yang terlibat mempunyai

jantung, hati dan limpa yang membesar. Penyakit ini

juga mencacatkan dan melemahkan tulang tertentu,

khususnya tulang di bahagian muka.

UMUM
KEJUTAN

Kejutan ialah keadaan berbahaya yang boleh

terjadi jika darah gagal beredar dengan betul di

dalam tubuh. Keadaan ini kadangkala dikenali

sebagai kejutan edaran. Kejutan juga boleh terjadi

kerana sebarang penyakit atau kecederaan yang

serius. Ia boleh juga disebabkan oleh tekanan

emosi. Kejutan yang melampau boleh

menjejaskan fungsi utama tubuh dan boleh

membawa maut.

UMUM
ABSESAbses ialah nanah yang terjadi dalam bahagian

tubuh yang dijangkiti bakteria. Nanah mengandungi

bakteria, plasma darah, dan debris daripada sel

yang mati. Ia juga mengandungi sel darah putih

yang digunakan oleh badan untuk mencegah

jangkitan. Abses biasanya akan kelihatan merah dan

bengkak yang boleh pecah dan mengalir. Abses

mungkin terjadi di dalam mana-mana tisu yang

dijangkiti bakteria.

UMUM
PERGERAKAN

Pergerakan terjadi apabila sesuatu objek bertukar

tempat di dalam ruang. Pergerakan ialah istilah

bandingan dan bukannya istilah mutlak. Sesuatu

objek berkemungkinan berada dalam pergerakan

bagi sesuatu objek lain tetapi berkemungkinan juga

pegun bagi objek ketiga. Contohnya, andaikan anda

sedang menaiki kereta api dan melewati seseorang

yang sedang berdiri di tepi landasan. Orang yang

berdiri di tepi landasan akan melihat anda dan

penumpang lain di atas kereta api seperti sedang

bergerak, tetapi penumpang yang duduk di sebelah

anda di dalam kereta api sebenarnya duduk tetap

pada pandangan anda.

UMUM
KELAPARAN

Kelaparan terjadi apabila benda hidup mati

kerana kekurangan sebarang bahan makanan yang

perlu bagi kehidupan. Bahan makanan ini dikenali

sebagai nutrien atau zat makanan. Zat makanan

dikelaskan kepada enam kumpulan: karbohidrat,

lemak, mineral (garam galian), protein, vitamin, dan

air. Zat makanan membekalkan tenaga untuk

mengatur proses tubuh dan untuk membina dan

menyenggara tisu tubuh.

UMUM
LETUPAN DEBU

Letupan debu terjadi apabila awan yang sarat

dengan debu terbakar, menyebabkan pengeluaran

tenaga yang kuat. Letupan seumpama ini boleh

merosakkan harta benda dan membunuh manusia.

UMUM
METASTASIS

Metastasis lihat Barah (Bagaimana barah terjadi).

UMUM
ASFIKSIA

Asfiksia ialah keadaan pengsan yang terjadi

apabila paru-paru tidak menyediakan oksigen

yang secukupnya kepada darah. Asfiksia timbul

jika pernafasan terhenti atau terhalang. Darah

membawa oksigen dari paru-paru ke sel tisu di

seluruh tubuh. Sel-sel ini mesti mendapat oksigen

untuk hidup. Jika darah tidak lagi menerima

oksigen yang secukupnya dari paru-paru, maka

sel-sel itu mula mengurai dan akhirnya mati.

UMUM
MUNTAH

Muntah ialah perbuatan mengeluarkan isi perut

melalui mulut. Muntah mungkin terjadi dari perkara

yang kecil seperti makan berlebihan atau sesuatu

yang serius seperti hampir mati. Muntah mungkin

disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk

kegelisahan, jangkitan bakteria, keradangan kimia

dalam perut, kehamilan, radiasi, ulser, pergerakan

yang luar biasa atau kesakitan yang teruk. Muntah

biasanya didahului oleh loya, satu rasa kurang

menyenangkan dalam perut. (Lihat Loya).

UMUM
Tesaurus
 
jadi (kata kerja)
Bersinonim dengan berhasil, berjaya;,
Kata Terbitan : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian,

Puisi
 

Burung lekung berbunyi malam,
     Bunyi di atas bumbung penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Suratan kita dah terjadi dahulu.



Lihat selanjutnya...