Pantun |
Sumber |
Tema |
Rosak ikat terbuka simpul, Terbuka simpul pengikat jatuh; Rosak adat celaka timbul, Celaka timbul umat bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kocak-kocak terbuka jala, Ikan mengena haluan perahu; Esok-esok bertanya janda, Asal senyum tandanya mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Yang disebut baju tersingkap, Baju terbuka nampaklah pusat; Orang tak takut pergi menyelap, Memburu betina sepepak tempat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau tidak kerana kunci, Tidak terbuka pintu almari; Kalau tidak kerana budi, Manakan kami datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tengah hari orang bertudung, Hari panas baju terbuka; Patahlah hati orang sekampung, Menteri ganas penghulu celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Terbuang baju dipakai singkat. Singkat pakaian aurat terbuka; Terbuang Melayu mengabaikan adat. Adat terabaikan umat binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Berbunyi mawas serta bangsi, Raja Janjuma dari seberang; Syurga terbuka saya tangisi, Hendak menumpang ilmu pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Putik belimbing bercedu-cedu, Bunga kunda berangkai-rangkai; Jentik dinding terbuka pintu, Nak tidur dua sebantal. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik belimbing diketu-ketu, Dari Kedah ke Taman Liang; Petik dinding terbuka pintu, Pintu terdedah besar tiang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Awas-awas menumbuk sambal, Salah tumbuk tiada lumat; Awas-awas duduk terbual, Salah duduk terbuka aurat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |