PeribahasaTerbuka mulut, terpancut keluar hati.TakrifKepada orang yang banyak bercakap tidak boleh dipercayakan sesuatu rahsia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua.TakrifSudah terlambat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDengan kartu terbuka.TakrifDengan terus terang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTutup lutut, terbuka pusat; lepas kaki, leher terjerat.TakrifKesalahan yang terlalu banyak sudah tak dapat disembunyikan lagi, lambat-laun akan ketahuan juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdua terkunci, bertiga terbuka.TakrifRahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi.TakrifKeinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah.TakrifSerba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPaksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka.TakrifMendapat keuntungan tanpa bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: Padi rebah, paksa tekukurlah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSatu pintu kalau tertutup, sepuluh pintu lagi terbuka.TakrifSesuatu perkara yang tak dapat dirahsiakan lagi; berbagai-bagai macam jalan dan usaha mencari rezeki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang sepuh nampak senam.TakrifTampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya. sepuh = sadur; senam = warna yang asal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbuka |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tidak kerana kunci, Tidak terbuka pintu almari; Kalau tidak kerana budi, Manakan kami datang ke mari.
Lihat selanjutnya... |
|