Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; ujian ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tertimbun dikais, terbenam diselam.

Takrif

Menolong seseorang dalam kesusahan; memeriksa sesuatu dengan teliti.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya.

Takrif

Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jejak selut kaki terbenam.

Takrif

Berbuat sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan. selut = lumpur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang dicari, terapung direnangi, terbenam diselami.

Takrif

Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terapung sama hanyut, terendam sama basah (= lulus sama terbenam).

Takrif

Persahabatan yang setia, sehidup semati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam.

Takrif

Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari.

Takrif

Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. lulus = maksudnya terbenam dalam air.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbenam