PERKATAAN |
PADANAN |
BIDANG |
HURAIAN |
photobleaching | | | Pemusnahan sifat fluorofor suatu bahan secara kaedah fotokimia yang dapat dikesan daripada kesukaran untuk mengamati molekul pendarfluor dan memberikan masalah terutamanya dalam mikroskopi masa-lesap. Kemusnahan ini dapat dikawal dengan mengurangkan keamatan cahaya atau memendekkan tempoh masa pendedahan cahaya, menambah kepekatan bahan fluorofor atau menggunakan fluorofor yang lebih berdaya tahan. Fotoluntur ini dapat dieksploitasikan untuk mengkaji pergerakan atau pembauran molekul. |
antibody-conjugated silica nanoparticle | | | Antibodi yang bercantum dengan kapsul zarah silika yang mengandungi beribu-ribu molekul pencelup berpendarfluor untuk digunakan dalam bioanalisis yang sangat peka. Dalam kaedah konvensional, satu molekul antibodi disangkutkan dengan hanya satu atau beberapa molekul pencelup supaya isyarat peristiwa ikatan antibodi-antigen menjadi amat kecil. Antibodi ini digunakan untuk mengesan sel bakteria dalam sampel, dalam tempoh kurang daripada 20 minit. |
|
Peribahasa |
---|
| 482 A promise is a promise Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan Kata biarlah dikota He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise. Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kata biarlah dikota. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|