Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
terjemahan untuk "grace Period"Jika dalam konteks ekonomi dan pentadbiran perniagaan diterjemahkan sebagai "tempoh tenggang/tempoh tangguh", manakala dalam konteks sosiologi dan pentadbiran diterjemahkan sebagai "tempoh tangguh".Makna09.12.2014
Saya ingin mengeluarkan surat untuk sambungan perjanjian. Di antara 'Lanjutan Tempoh Perjanjian' dan 'Tempoh Lanjutan Perjanjian', yang manakah sesuai untuk menerangkan maksud surat tersebut? Adakah lanjutan + tempoh adalah penggunaan yang betul? Jikalau betul, boleh terangkan maksudnya?Kedua-dua cadangan jawapan yang diberikan betul. Lanjutan bermaksud sambungan manakala tempoh pula bermaksud masa atau waktu.Tatabahasa04.06.2021
Ayat manakah yang betul di antara "pelanjutan tempoh masa" atau "perlanjutan tempoh masa"?Ayat yang betul ialah pelanjutan tempoh masa.Tatabahasa09.08.2018
Ingin dapat bantuan DBP dalam penggunaan "tempoh". Manakah satu yang betul? "tempoh dari 29/08/2013 hingga 05/09/2013" atau "dari tempoh 29/08/2013 hingga 05/09/2013"Frasa yang gramatis ialah ... tempoh dari 29/8/2013 hingga 05/09/2013.Tatabahasa13.09.2013
Pilihan yang manakah betul? a) Tempoh yang panjang b) Tempoh yang lamaKedua-duanya boleh digunakan merujuk konteks ayat.Tatabahasa27.02.2015
Berapa lamakah tempoh menunggu untuk kelulusan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP?Untuk makluman tuan, setiap permohonan dalam Khidmat Pengesahan Bahasa DBP akan diproses dalam tempoh 48 jam. Walau bagaimanpun, tempoh ini bergantung pada jumlah permohonan yang terkumpul pada sesuatu masa, berkemungkinan permohonan akan diproses lebih awal daripada tempoh tersebut ataupun sebaliknya.Lain-lain29.08.2014
a) Dalam tempoh kurang dari 50 tahun. b) Dalam tempoh kurang daripada 50 tahun. Yang mana lebih tepat?Frasa yang gramatis ialah "dalam tempoh kurang daripada 50 tahun".Tatabahasa09.09.2011
Yang mana satu betu, dalm sepanjang tempoh kontrak atau di sepanjang tempoh kontrak?Salam sejahtera,

Perkataan yang betul ialah "dalam sepanjang tempoh kontrak"

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa20.12.2017
Manakah penggunaan yang betul di antara; 1. ... bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 2. ... bagi tempoh Januari 2020 hingga Jun 2020Penggunaan yang betul ialah ... bagi tempoh Januari hingga Jun 2020Lain-lain03.09.2020
adakah ayat ini betul? "Tempoh masa diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan mencukupi."

Puan Norasyikin, ayat yang betul ialah sama ada gunakan tempoh atau masa sahaja.

"Tempoh yang diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan adalah mencukupi."

" Masa yang diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan adalah mencukupi."

Makna24.02.2010
Tesaurus
 
tempoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan masa: waktu, jangka masa, jangka waktu,

2. Bersinonim dengan penangguhan: penundaan, pengunduran waktu, peluang, kesempatan.,


Peribahasa
482

A promise is a promise

Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan

Kata biarlah dikota

He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.

Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kata biarlah dikota. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...