Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Berdiri tegak semasa menyanyi lagu 2. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Yang mana betul? | Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
Cikgu meminta murid-murid berdiri tegak semasa beratur. Cikgu meminta murid-murid supaya berdiri tegak semasa beratur. Ayat yang mana satu baru betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Cikgu meminta murid-murid berdiri tegak semasa beratur. | Tatabahasa | 01.10.2021 |
Semua murid berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dinyanyikan. Jawaban yang diberi oleh buku untuk antonim bagi perkataan 'tegak' ialah 'senget' dan bukan 'condong'. Bolehkah berikan penerangan untuk soalan ini? | Menurut Kamus Dewan, condong, miring, sendeng dan senget membawa maksud yang sama. Sehubungan dengan itu, senget boleh digunakan sebagai antonim bagi perkataan tegak. | Tatabahasa | 15.11.2015 |
1. Frasa nama yang manakah betul? a. ( Semua hadirin / hadirin )berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku. 2. berdekatan dengan sekolah / berdekatan sekolah | 1. Hadirin berdiri tegak ketika menyanyikan lagu Negaraku - hadirin bermaksud sekalian yang hadir. 2. Berdekatan sekolah - berdekatan bermaksud dekat dengan sesuatu. | Tatabahasa | 09.12.2014 |
menebang pokok yang cenderung.. tuan, mengikut kamus, cenderung bermaksud 2 tidak tegak; condong; senget adalah ayat ini betul? bolehkah tuan kasi contoh yang sesuai untuk kegunaan cenderung dalam aspek tidak tegak. TQ | contoh ayat yang diberikan adalah betul. contoh lain ialah : meriam besi itu cenderung ke arah baruh. | Tatabahasa | 17.09.2011 |
'kita perlu berhenti daripada melakukan apa-apa pekerjaan kita lantas berdiri tegak tatkala ladu'Negaraku ' dinyanyikan. ayat ini betul tak? terima kasih | Kita perlu berhenti daripada melakukan apa-apa pekerjaan lantas berdiri tegak tatkala lagu Negaraku dinyanyikan. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
Soalan di bawah ialah soalan UPSR tahun 2005. 11. Murid-murid berdiri tegak sebagai _________ lagu Negaraku yang dinyanyikan. A. menghormati B. penghormatan C. penghormat D. kehormatan Jawapan manakah sebagai pilihan jawapan? Bolehkah tuan/puan berikan penerangannya? Terima kasih. | Murid-murid berdiri tegak sebagai menghormati lagu Negaraku yang dinyanyikan. Menghormati bermaksud memberikan hormat kepada ... dan dalam hal ini memberikan hormat kepada lagu Negaraku. | Tatabahasa | 24.08.2011 |
Penggunaan tunggak dan tonggak Wasatiyyah _________ kesatuan ummah. Apa perbezaan tunggak dan tonggak? | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, tonggak bermaksud 1 kayu yang panjang dan dipasang tegak (seperti tiang telegraf). 2 pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri; tunggul. 3 asas atau dasar sesuatu kepercayaan, pegangan dll. Manakala tunggak dalam Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud 1. bahagian batang kayu yang masih tinggal dalam tanah sesudah ditebang atau patah, tunggul; 2. = tunggakan kerja yang masih belum dihabiskan; 3. ki asas, tunjangan, penunjang, pendukung. Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang lazim ialah tonggak. | Tatabahasa | 17.01.2014 |
Apakah terjemahan bagi 'elevation'? Satu sumber yang telah saya rujuk memberi terjemahan sebagai 'pelan tegak aras tinggi'. Tk. | Tunku Noraidah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Jawapan yang Tunku dapat itu memang betul jika kita melihat istilah dalam bidang geografi atau ukur bahan. Manakala jika diterjemah secara terus ia bermakna n 1. act of moving to higher position, pengangkatan, penaikan, mengangkat, menaikkan; 2. act of causing to rise, penaikan, menaikkan; 3. act of making higher, peninggian; 4. act of appointing, pengangkatan; 5. (RC) pengangkatan; 6. height, a. (altitude esp above sea-level) ketinggian, aras tinggi: the hotel is located at an ~ of 3,000 metres, hotel itu terletak pd ketinggian 3,000 meter; b. position, tempat, kedudukan: this plant is found only at lower ~s, tumbuhan ini hanya terdapat di tempat yg kurang tinggi sahaja; c. place higher than surroundings, tempat tinggi: the memorial was built on a rocky ~, tugu itu didirikan di tempat berbatu yg tinggi; 3. (of style etc) ketinggian, kemulukan; 4. (archit) pelan tegak: front ~, pelan tegak depan; 5. (angle), (sudut) dongakan. | Istilah | 23.03.2009 |
Salam ceria, Jalan tegak Jalan lurus Yang manakah betul penggunaan kata adjektif untuk jalan? | Jalan lurus. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
|
Puisi |
---|
|
Berempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai.
Lihat selanjutnya... |
|