SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSayang mengkodok di tanjung-tanjung, Sayang lengkuas di padang-padang; Jangan tidak cuba berlindung, Supaya puas kita berpandang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPutus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAyung-ayung buah kerayung, Masak sebutir di hujung julai; Saya duduk tanjung-tanjung, Duduk bergantung rambut sehelai. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanjung ke tepi tanjung, Membawa roman segenggam arang; Berkampung kita berkampung, Menengok kumbang singgah sekarang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsap api di Tanjung Tuan, Nampak dari Tanjung Jati; Harap hati kepada puan, Tidak puan siapa lagi? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang Arab berjalan ke tanjung, Datang ke tanjung menjual intan; Jangan diharap berdua pulang, Janji manis ditelan jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanjung Batu Seberang Alai, Nampak dari Teluk Gading; Makan sagu biang bersalai, Apa dilawan digonjeng kering. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanjung Rhu di hujung tanah, Pokoknya beratur seperti jambangan; Kematian Mahsuri kerana fitnah, Kini hanya tinggal kenangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanjung Darat Bukit Seringan, Tempat taman raja berjuntai; Harapku berat langit nan ringan, Mati kempunan lamun tak sampai. |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanjung |
|
Puisi |
---|
|
Putus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala.
Lihat selanjutnya... |
|