Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KUMBAHAN

Kumbahan ialah air yang mengandungi jirim

buangan yang dihasilkan oleh manusia. Kumbahan

juga dikenali sebagai air buangan. Ia mengandungi

kira-kira satu per sepuluh daripada satu peratus

jirim pepejal. Kumbahan datangnya dari sink dan

tandas di rumah kediaman, restoran, bangunan

pejabat dan kilang. Kumbahan mengandungi bahan

larut yang tidak boleh dilihat, berserta cebisan

jirim pepejal seperti najis manusia dan sampah

yang telah dikisar. Sesetengah kumbahan juga

mengandungi tanah dan air larian permukaan

yang berlaku selepas ribut atau banjir. Kebanyakan

kumbahan juga mengandungi bahan kimia yang

berbahaya dan bakteria yang boleh mendatangkan

penyakit.

UMUM
1
Tesaurus
 
tandas
Bersinonim dengan habis langsung, habis kesemuanya, hilang kesemuanya, tiada langsung, tandus, licin-licau;,
Kata Terbitan : menandaskan,