Bolivia ialah negara yang terletak berhampiran dengan bahagian tengah Amerika Selatan. Ia tidak mempunyai pantai dan justeru itu, ia berhadapan dengan sekatan pengangkutan yang semula jadi. Di barat Bolivia, tersergam Pergunungan Andes yang hebat dan agung, berlitup an salji, mengelilingi sebuah penara yang tinggi lagi kering. Sebuah dataran tanah pamah yang luas, meliputi kawasan utara dan timur Bolivia. Hutan hujan tropika tumbuh subur di bahagian utara dataran itu, dan padang rumput dan paya berselerak merentasi sebahagian besar kawasan timur. Sebahagian besar bukit bukau terletak di antara pergunungan Andes dan dataran tanah pamah ini. |