Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud penangan | pukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia merasa ~ dr tanganku sendiri. | Makna | 09.01.2013 |
Salam sejahtera, penggunaan kata majmuk 'mengambil berat' agak mengelirukan para pengguna bahasa Melayu. Malangnya, tiada pihak yang berani tampil untuk mengajukan kemusykilan ini ataupun jahil tentang hal tersebut. Sebagai munsyi, saya mengambil berat tentang kemusyikilan bahasa ini. Frasa-frasa yang saya temukan adalah seperti yang berikut: (a). .. mengambil berat tentang kebajikan orang kampung (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga) (b) ... mengambil berat akan keselamatan anak mereka (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (c) ... mengambil berat terhadap tugas (Kamus Pelajar, terbitan DBP) (d) ... mengambil berat hal orang lain (Kamus Dewan atas talian) Berdasarkan penjelasan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama yang sesuai ialah 'tentang'. Bagaikan sudah terang lagi bersuluh, adakah kata sendi nama 'akan' dan 'terhadap' tidak sesuai? Mengapa? Adakah 'mengambil berat' kata kerja transitif? Hal ini saya katakan demikian kerana 'mengambil berat' disertai frasa nama objek. Sekian. Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Salam sejahtera, Untuk makluman, pihak kami bersetuju dengan pandangan yang telah diberikan. Akan tetapi, mengikut rumus yang betul, frasa yang tepat ialah ... mengambil berat kebajikan orang kampung. Untuk lebih jelas, boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 282, nombor 337. Sungguhpun begitu, diakuai bahawa kkt lazimnya digunakan oleh masyarakat sebagai kktt kerana telah menjadi kebiasaan. | Tatabahasa | 20.12.2016 |
Adakah salah dari segi tata bahasa sekiranya saya menggunakan perkataan 'mara' dengan perkataan 'membangun'? | Dalam konteks makna, ayat yang lebih tepat ialah mara untuk membangun kerana mara dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, bermaksud bergerak ke muka, tampil ke hadapan. | Makna | 21.08.2006 |
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "splash screen"? Splash screen merujuk kepada paparan grafik yang dipaparkan semasa sesebuah perisian baru dimulakan. Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/Splash_screen . Terima kasih | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: splash screen - skrin tampil Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 29.01.2022 |
Assalamualaikum, tuan/puan. Saya ingin menanyakan dua soalan. PERTAMA sekali, saya ingin menanyakan tentang istilah "splash screen", iaitu sebuah skrin/paparan yang muncul pertama kali sebaik sahaja kita membuka sesebuah aplikasi. Contoh yang paling dekat adalah pada aplikasi WhatsApp. Setelah kita menekan ikon aplikasi WhatsApp pada telefon pintar kita, akan keluar satu skrin yang memaparkan logo WhatsApp di tengah-tengah dan ada terlulis "from Facebook" di bawah. Itulah yang dipanggil "splash screen". NOTA: Tuan/puan mungkin perlu menutup aplikasi WhatsApp dengan menyingkirkannya daripada skrin "recents" supaya ia berhenti berjalan di latar dan membuka aplikasi tersebut semula untuk melihatnya. Untuk aplikasi lain, sama sahaja kebiasaannya. Ia akan memaparkan logo aplikasi tersebut di tengah-tengah sebelum ia membuka aplikasi sepenuhnya. Jadi, saya ingin mengetahui apakah istilah bagi "splash screen" tersebut dalam bahasa Melayu. KEDUA, saya ingin menanyakan tentang istilah "loading screen". Saya telah merujuk laman PRPM. Namun, tiada yang spesifik untuk istilah "loading screen". Kebanyakan istilah untuk komputer dinyatakan sebagai "pemuatan". Akan tetapi, bagi saya "skrin memuat" kedengaran lebih sesuai. Bagi pihak tuan/puan, adakah istilah yang sesuai bagi "loading screen" ialah "skrin pemuatan" atau "skrin memuat" atau ada istilah yang lebih sesuai. Saya inginkan pencerahan. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: splash screen - skrin tampil loading screen - skrin pemuatan "pemuatan" merupakan proses memuatkan sesuatu kandungan atau pengisian. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 03.09.2021 |
|
|