Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah maksud ditala? | Kata terbitan 'ditala' ialah daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Tala juga membawa maksud: tala II : Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam. tala III: menala memukul dgn tangan tergenggam. tala IV: hala, arah. | Makna | 12.12.2012 |
Apakah istilah dalam bahasa Melayu untuk in tune dan out of tune? Sesuaikah diterjemahkan sebagai 'dalam tala' dan 'luar tala'? | Salam sejahtera, Padanan dalam bahasa Melayu ialah in tune - menala out of tune- sumbang (bidang kesenian) Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.04.2019 |
salam... ap itu "menalakan''? betul ke ejaan "kompelin''? | Kata terbitan yang betul ialah menalak, daripada kata akar tala, bermaksud: 1. menentukan bunyi (alat muzik dan sebagainya) dengan nada yang bersesuaian; dan 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dan sebagainya) supaya berjalan dengan lancar. Komplein hanya digunakan dalam bahasa percakapan, perkataan yang baku ialah aduan. | Makna | 30.05.2011 |
Salam sejahtera. Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang beberapa padanan terjemahan berikut: 1. Plain line drawing - "Lukisan garis langsung" atau "Lukisan langsung"? 2. Great truth - "Kebenaran besar" atau "Kebenaran hakiki"? 3. Musical tunes - "Nada muzik" atau 'Tala muzik"? 4. Tajuk Buku yang berbentuk "commentary", contohnya "Zuo's Commentary", bolehkah dterjemahkan sebagai "Ulasan Zuo" ataupun "Hikayat Zuo" seperti yang diterjemah oleh sesetengah pihak? Sekian, terima kasih. | Dalam pangkalan data kami, tidak ada padanan terjemahan khusus bahasa Melayu bagi rangkai kata Plain line drawing, Great truth, Musical tunes dan Zuo’s Commentary. Sungguhpun begitu, cadangan padanan terjemahan yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai adalah seperti yang berikut: 1. Plain Line Drawing- Lukisan garis biasa 2. Great Truth- Kebenaran mutlak 3. Musical tunes- Tala muzik 4. Zuo’s Commentary- Sudut Pandangan Zuo | Istilah | 04.01.2021 |
|
Puisi |
---|
|
Katak betung berbunyi malam, Tala-menala bunyi dahulu; Tuhan belum menjadikan alam, Kita sudah berjanji dahulu.
Lihat selanjutnya... |
|