Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
inelastic electron tunneling spectroscopy (IETS)Kaedah untuk mengkaji mod getaran molekul yang terserap pada permukaan lapisan oksida logam.
glucose detectionPengukuran kepekatan glukosa dalam bendalir yang dilakukan secara pengesanan tak langsung pada produk daripada tindak balas glukosa oksidase. Pengesanan dapat juga dilakukan secara langsung, contohnya pengesanan menggunakan impedans elektrokimia, resonans permukaan plasmon atau karbon nanotiub.
lipidSebatian organik yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik yang tak berkutub. Sebatian ini terdiri daripada hidrokarbon alifatik rantai panjang dan sebatian terbitannya. Contoh sebatian ini ialah asid lemak, alkohol, amina, dan amino alkohol.
Kirkwood-Adler transitionKeadaan peralihan fasa ampaian koloid yang zarahnya adalah dalam keadaan tak tertib ke fasa kekisi yang tertib. Peralihan ini dapat diubah dengan mengubah kepekatan atau cas zarah. Pada kepekatan tinggi atau pada tolakan julat dekat, struktur kekisi ialah kubus berpusatkan muka. Jika sebaliknya, struktur berpusatkan jasad terbentuk.
liquid crystalBahan dalam fasa cecair dengan molekulnya tersusun seperti dalam hablur pepejal. Bahan ini bersifat tak isotrop, dwibiasan dan mempamerkan corak belauan dalam cahaya terkutub disebabkan oleh orientasi molekul yang selari dalam bilangan yang banyak. Hablur cecair digunakan dalam sistem paparan elektronik.
macrophageSel di dalam tisu yang terdiri daripada sejenis sel darah putih yang dikenali sebagai monosit. Sel ini bertindak dalam sistem pertahanan khusus dan tak khusus haiwan vertebrata yang fungsinya adalah untuk memerangkap dan menghadam patogen, sama ada sebagai sel bergerak ataupun sel pegun.
itinerant ferromagnetismKeferomagnetan yang dihasilkan daripada spin elektron konduksi yang bergerak sepanjang kekisi. Contohnya, pepejal molekul C60 bersifat keferomagnetan walaupun tidak mempunyai elektron tak berpasangan. Sifat keferomagnetan ini terhasil daripada sumber elektron mengkonduksi disebabkan kecacatan dalam pepejal.
lambda transitionKeadaan peralihan fasa orde kedua dalam bahan. Contohnya, peralihan fasa cecair helium pertama ke cecair helium kedua yang dapat dicerap melalui perubahan tak selanjar muatan haba. Peralihan ini berlaku pada suhu 2.2K (takat lambda).
electron energy loss spectroscopy (EELS)Teknik untuk mengkaji atom, molekul atau pepejal berasaskan spektrum kehilangan tenaga elektron yang dicerap apabila sebahagian elektron pada alur elektron yang menuju kepada suatu bahan diserakkan secara tak kenyal. Spektrum ini dapat digunakan untuk menentukan komposisi unsur dan keadaan ikatan atom dengan menganalisis tenaga daripada spektroskop yang diletakkan di bawah mikroskop elektron.
electron energy loss spectroscopy (EELS)Kaedah untuk mengkaji komposisi unsur dan keadaan ikatan atom pada sampel. Pengesanan komposisi unsur dan keadaan ikatan atom sampel adalah berasaskan spektrum kehilangan tenaga elektron yang dicerap apabila sebahagian elektron pada alur elektron yang menuju kepada sampel diserakkan secara tak kenyal.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak

Puisi
 

Pucuk paku makanan kalui,
     Dahan dedap bertaruk muda;
Tak berbalas tak berbalui,
     Tak ada adab sesama muda.



Lihat selanjutnya...