Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

Takrif

Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak jernih.

Takrif

Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak ada gading yang tak retak.

Takrif

Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bunga yang harum itu ada juga durinya, b. Tak ada elok yang tidak bercacat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung.

Takrif

Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau tak sir berdegak, sir melayang.

Takrif

Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke langit tak sampai, ke bumi tak nyata (= tak terjejak).

Takrif

Pekerjaan yang tanggung-tanggung atau terbengkalai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak ada pendekar yang tak bulus, tak ada juara yang tak kalah.

Takrif

Meskipun pandai ada kalanya salah (keliru) juga. bulus = kena.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bunga yang harum itu ada juga durinya.

Takrif

Tak ada yang tak ada cacatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak ada elok yang tidak bercacat, b. Tak ada gading yang tak retak).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nasi tak dingin, pinggan tak retak.

Takrif

Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. Biasa dijadikan gurindam; engkau tak ingin, aku tak hendak.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tak ada gunung yang tinggi yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang dalam yang tak dapat dituruni.

Takrif

Tidak ada usaha yang tak dapat dikerjakan, asal saja ada kemahuan yang keras.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak

Puisi
 

Pucuk paku makanan kalui,
     Dahan dedap bertaruk muda;
Tak berbalas tak berbalui,
     Tak ada adab sesama muda.



Lihat selanjutnya...