Kata |
Takrif |
Sumber |
terak | hampas atau sisa bijih; tahi bijih; sanga. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terak | hampas atau sisa bijih; tahi bijih; sanga. | Kamus Pelajar |
tahi bijih | sanga, terak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hampas lanar | tahi bijih (lodak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terak I | 1. tahi bijih, sanga; 2. = ~ dapur sisa bara api. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hampas | 1. sisa benda yg telah diambil patinya (airnya, isinya): ~ kelapa; ~ kopi; ~ tebu; ~ lanar tahi bijih (lodak); 2. tidak berguna, sia-sia: ~ sungguh budak ini, satu kerja apa pun tak boleh diharapkan; spt tebu, air dimakan ~nya dibuang prb perihal gadis ditinggalkan setelah dirosakkan; umpama memerah nyiur, santan diambil ~nya dibuang prb perihal mendengar nasihat orang yg baik diambil, yg tidak baik dibuang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
amang I | tahi bijih timah, kotoran pd bijih timah dll: kurang elok karangnya kerana banyak ~ di dalamnya; ~ bijih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengorek | 1 membuat lubang dgn menggunakan sesuatu alat; menebuk; menggali: ~ lubang dgn bor. 2 mengeluarkan sesuatu dr bahagian dalam atau dr tempatnya (dgn mencungkil): ~ tahi telinga; ~ bijih. 3 ki memeriksa dgn teliti; menyiasat (utk mencari rahsia): Polis telah dpt ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tahi | 2 berbagai-bagai benda yg dianggap sbg hampas (sisa, keladak, kotoran, karat: dll): ~ mata; ~ bijih. | Kamus Pelajar |
korek | /korék/; ~ api mancis (gores) api. ~ gigi kayu yg halus utk mencungkil apa-apa yg melekat pd gigi. mengorek 1 membuat lubang dgn menggunakan sesuatu alat; menebuk; menggali: ~ lubang dgn bor. 2 mengeluarkan sesuatu dr bahagian dalam atau dr tempatnya (dgn mencungkil): ~ tahi telinga; ~ bijih. 3 ki memeriksa dgn teliti; menyiasat (utk mencari rahsia): Polis telah dpt ~ rahsia mengenai kegiatan golongan penderhaka itu. pengorek 1 alat yg digunakan utk mengorek. 2 orang yg menyiasat atau yg membongkar rahsia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |